.::. ESP Oh ESP .::.
ESP promo bulan ni
jadi jom kita recap apa yg bestnya pasal ESP ni dan bagaimana ESP ni banyak
menolong saya.
ESP ini adalah
protein soya, soya yang digunakan adalah Non-GMO (bermaksud tiada perubahan
genetik dilakukan padanya atau kata lainnya kejadian azali). Kenapa la asyik
nak cerita pasal Non-GMO jer kan? Senang kata begini soya GMO telah diubah
genetiknya, jadi kita tak tahu apa kesannya pada manusia in the long run. Dr.
Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan
kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam
sel tumbuhan. Jadi kalau kita boleh elak kita elak. Soya yang digunakan Shaklee
juga merupakan soya yang bermutu tinggi dan ditanam secara organik dan bebas
pesticide. Proses pembuatannya juga dikawal dengan rapi.
Nak cerita kebaikkan
ESP memang banyak sangat, boleh baca di entri saya ini:
ESP banyak membantu
saya semasa berpantang selepas melahirkan. Sebelum bersalin memang sudah buat
banyak research apa yang bagus diambil semasa berpantang dan menyusu yelah nak
supply 2 orang ni takut kang demand lebih drpd supply susah pulak. Dalam berpantang
emosi kena jaga lebih sikit kalau tak nti kena baby blues, tu pasal kena buat
persediaan awal-awal. Saya ambil Set 3M (make more milk) dengan harapan dapat
membantu saya BF kembar.
Banyak tengok
testimonial yg ambil ESP susu makin meriah dan susu makin pekat, itu semua
memberikan harapan pada saya. Study pasal ESP sebab banyak dengar rumors yang
soya menyebabkan kanser dan soya ni bersifat sejuk tak boleh ambil semasa
berpantang. Lepas buat research tanya sana sini saya yakin yang ESP ini selamat
dan berkesan.
Phtyoestrogen yang
ada didalam soya tidak bersifat seperti hormon estrogen yang sebenar dan
walaupun kajian makmal menunjukkan soya merangsang sel kanser tetapi kajian
klinikal tiada bukti yang ianya begitu. Didalam soya ada isoflavone yang
memerlukan proses penapaian yang sempurna untuk mendapatkannya. Macam tempe la
kena lalui proses penapaian sebelum dipanggil tempe dan kita pun tahu yang
tempe tu bagus kan. Tempe tu daripada apa? Daripada soya jugak kan dan dalam
pantang boleh makan tempe tuk tambah susu. Jadi ESP pun lalui proses penapaian
untuk dapatkan isoflavone so kira sama lah kan. Hehehe
Memula memang tak
tahu susu pekat atau tidak sebab belum mula pam tuk simpan EBM tetapi dah
nampak perubahan pada kembar, pipi makin n gembol dan kaki tangan yang halus
makin tebal isinya. Tido pun lebih lama berbanding semasa anak yang sulung,
walaupun 2 org tetapi saya ada masa untuk rilek sikit. Apabila mula pam EBM,
nampak yg susu memang pekat dan banyak sampai penuh la freezer rumah Ummi dan
kakak saya pun tegur yang susu saya pekat dan banyak. Alhamdulillah syukur
sangat-sangat.
Kembar makin hari
makin gembol, berat badan mereka naik dengan baik sekali dan berat badan ibunya
turun dengan baik sekali juga. Ini memang sesuatu yang tidak disangka timbang
berat selepas sebulan bersalin, berat badan dah turun kepada berat sebelum pregnant.
Wah dia punya seronok tak usah cakapla. Bertenaga semasa berpantang sangat
berbanding semasa anak sulung, kulit juga elok jer walaupun kadang-kadang tak
sempat nak sapu moisturizer, rambut kurang gugur. Tak sangka ambil ESP untuk BF
tapi dapat benefits yang lain pula. Tak dilupakan juga vitamin lain dalam Set
3M itu juga, banyak membantu badan sembuh dengan segera.
Set 3M ini memang peneman dan pembantu saya sepanjang BF kembar sampai umur dorang 2 tahun.
ESP bukan sahaja
bagus untuk wanita tetapi kaum adam kerana genistein iaitu salah satu komponen
didalam isoflavones membantu mencegah dan menghalang sel kanser merebak.
Malahan membantu didalam melindungi rahim serta ovari.
Jadi masih percaya
soya penyebab pelbagai masalah? Bagi saya tidak lagi, lagilah sekarang ni kami
para SID telah didedahkan dengan kajian Landmark Study pada produk Shaklee yang
membuktikan produk Shaklee ini selamat dan berkesan walaupun diambil untuk masa
yang lama.
Kumpulan kajian yang
digunakan adalah kumpulan yang tidak mengambil supplemen, kumpulan yang
mengambil supplemen jenama lain dan kumpulan yang mengambil Shaklee.
Keputusannya sangat memeranjatkan kerana ujian yang dibuat menunjukkan ambil
supplemen (tetapi jenama lain) menyebabkan peningkatan risiko penyakit kronik
berbanding tidak mengambil supplemen. Jadi ini membuka mata kami dengan soalan
adakah supplemen yang ada dipasaran itu selamat atau tidak.
Jadi sempena bulan
promosi ESP ini ambillah peluang menikmati kebaikkan ESP, pada pengamal tegar
ESP memang dinantikan promosi begini kerana mereka boleh buat stok. Jangan
lepaskan peluang ya.
Bulan ni ESP Promosi
Beli 6 FREE 1
canister
Beli Twinpack
diskaun 5%
Berbaloi
sangat-sangat ni…
#pts4kebaboom
#tsunamishaklee
#sindiketsukses
#shakleekotadamansara