Ramai betulla orang post dekat FB pasal cerita Train To Busan ni, memula macam nak tengok tapi tengok sinopsis pasal zombie alahai acik paling tak goma ceghito zombie tapi takpolah try la layan. Lagipun ada sorang adik manis mintak buat review cerita ni kan, so demi adik manis kesayangan tu den buek la. Hahhaa macam reviewer terkenal je, chitporah.
Memula cerita, kenapa rusa tu boleh hidup balik lepas kena langgar. Jeng jeng jeng. Tak cerita la pulak kenapa rusa tu jadi macam tu kan ker terlepas scene tu ermm nantilah ulang balik. Kisah ayah tunggal (Seok Woo) yang terlalu busy cari duit sampai tiada masa untuk anaknya (Soo-An). Cliche tapi itu baru ada drama hehehe. Punya tak tahu perkembangan anak, belikan hadiah yang anak dah ada. Sampai dua Wii budak tu wey bak sini la satu. Tapi si anak tu mintak ayah dia pasangkan yang baru untuk ganti Wii yang sudah sedia ada, nampak tak mesej tersirat disitu? Walaupun si anak marah sebab ayahnya obviously tak tahu sangat pasal dia tapi dia tetap hargai hadiah yang ayah dia belikan. Jadi anak-anak diluar sana jangan nak mengada-ngada mengamuk bila tak dapat apa yang dihajati sila hargai dan bersyukur dengan apa yang ada.Si ayah pun dalam senyap mengikuti juga perkembangan anak walaupun tak dapat sentiasa bersama, buktinya rakaman anaknya menyanyi didalam kelas tu.
Apabila si anak buat request nak jumpa maknya masa harijadinya, dia sebenarnya memberontak sebab hendakkan perhatian ayahnya. Jadi mak ayah diluar sana sibuk macam mana pun jangan lupa luangkan masa untuk anak-anak supaya mereka tidak jauh hati dengan kita. Ok mula cerita dalam keretapi, disebabkan seorang yang terkena virus terlepas masuk dalam keretapi itu yang habis satu keretapi jadi zombie tu. Masa orang yang kena gigit dengan zombie kemudian berubah menjadi zombie macam makin lama makin cepat tetiba jer semua orang dah jadi zombie. Isk menakutkan kut, atas keretapi hendak lari mana.
Si ayah tadi daripada seorang yang agak pentingkan diri sendiri mula berubah sedikit demi sedikit. Gila apa ajar anak supaya jangan tolong orang lain tapi selamatkan diri sendiri jer. Ajaran sesat sungguh, mak pak luar sana jangan ikut yer. Kalau anak tu buat baik sila puji dan galakkan bukan sebaliknya. Pasangan suami isteri tu comel pun yer, si suami (Sang-Hwa) sangat la soft spoken dengan wife (Sung Kyung) dia yang sedang preggy. Memula ingatkan wife dia muka garang or ganas tapi alahai comel jer cuma ngan suami dia memang ganas skit. Ha yang ni para isteri pun jangan ikut yer hahahaha banyak sangat jangan ikut baik banned jer terus cerita ni kan. Alaaa fikir sendiri la.
Disebabkan Sang Hwa menyelamatkan Seok Woo semasa di stesen keretapi Daejeon, sifat pentingkan diri sendiri Seok Woo mula berubah. Lagipun dah kena tempik ngan anak sendiri sebab pentingkan diri sendiri takkan tak reti2 nak sentap. Zombie outbreak dekat Stesen Daejeon memang mengerunkan, gila ramai kut zombie semua kejar hendak gigit dorang. Sang Hwa dan Seok Woo dapat larikan diri dengan beberapa budak sekolah tapi dorang tak semua selamat.
ready..fight.. |
ramai duh zombie kat depan..camner nak lalu.. |
Lepas Seok Woo and the gang kena halau pergi koc lain, koc yang penuh survivior tadi kena serang dekat zombie. Ha tulah kan dah kena, tak pasal-pasal jer dari leh hidup dah jadi zombie. Keretapi sampai ke stesen terakhir, semua musnah dah macam mana ni. Nak tak nak kena la lari jugak selamatkan diri takkan nak tunggu kena gigit dengan zombie.
Marah tul brader ni ngan pakcik suit ni... |
Dah almost ended filem ni tapi malasla nak bagitau ending dia macam mana hahaha korang tengokla sendiri. Malas nak tengok? Banyak jer website yang dah buat review filem ini dan sangat details, boleh la google. Sedih sebab Soo An keseorangan, mak dia yang di Busan tidak tahu apa cerita sebab telefon tak dapat-dapat, nenek dia dah jadi zombie, ayah dia (Seok Woo) lak jeng jeng jeng. Macam tu juga dengan Sung Kyung dah la pregnant dan keseorangan tanpa suami. huhuhu.
Kesimpulannya, bagi ai filem ni ok la bagi ai yang bukan peminat cerita zombie. Takde la menakutkan sangat so anak-anak tengok boleh terima lagi. Mesej tersirat pun ada dan bagus, manusia berubah mengikut keadaan dan situasi.
Katanya akan ada sequel Train To Busan 2 dan katanyan Song Joon Ki akan berlakon owhhh tidak my fav actor. Ni kalau betul rasanya ai tengok sebab jalan cerita ke sebab pelakon hahaha. Fikir sendiri la.
Terima kasih kerana sudi baca. Esok hari Isnin, yeay tak sabar hendak tengok Scarlet Heart: Ryeo.