Ulat Buku Oh Ulat Buku




Ada orang dapat inspirasi apabila membaca buku, ada orang mengembara keserata dunia melalui buku, ada orang dapatkan motivasi daripada buku. Saya juga begitu tetapi saya cari motivasi bukan daripada buku motivasi atau buku bina diri, saya akan carik daripada novel-novel yang saya ada so jangan gelak tau, ni nak cerita ni.

Saya adalah salah seorang yang boleh duduk dalam kedai buku berjam-jam, lagi excited nak beli buku daripada beli baju baru, lebih suka habiskan duit beli buku daripada barang make up. Tak dapat beli buku layan belek stationary pun jadi lah. Jadi tak heran lah kalau saya boleh mengadap novel tak makan minum semata-mata nak habiskan baca (ni peel zaman belajar dan sebelum kahwin jer skang mana leh buat dah tapi masa tuk baca novel still ada ngeh ngeh ngeh)

Peminat novel macam saya mestilah ada novel yang menjadi kegemaran, penulis yang menjadi kesukaan. Orang kata baca novel ni membazir masa tapi bagi saya kalau baca novel yang isian bagus masa tu tak kan rasa membazir sebab mesti ada pengajaran, nasihat dan tips yang boleh saya dapat daripada novel berkenaan.

Sebagai contoh Novel The Unsung Hero tulisan Melur Jelita, daripada buku itu apa yang saya dapat adalah semangat patriotisme pada negara dan rasa hormat makin bertambah kepada hero-hero negara kita (polis, askar, bomba etc). Kalau daripada nilai kekeluargaan pula, bagaimana nak jadi seorang anak yang baik, seorang ibu yang baik, seorang isteri yang baik, semangat untuk terus berjaya dan macam-macam lagi lah. Memang ini cerita fiksyen tetapi kalau kita ubah untuk dijadikan panduan tak salah kan.

Contoh lain novel Ketika Cinta Bertasbih Trilogi tulisan Habiburrahman El Shirazy mengajar kita tentang cinta Ilahi itu lebih dahulu perlu dicari sebelum cinta makhluk. Mesti ada yang cakap memangla seronok baca novel sebab fiksyen sebab fantasi leh buat orang yang baca tu berangan. Betul la tu memang berangan kesukaan saya hahaha.

Novel omputih pun ada gak, kalau novel omputih kadang kala dapat tips macam mana nak handle masa in different ways. Omputih ni kan kadang kala cara dorang approach dan selesaikan masalah lain daripada kita orang asia ni disebabkan perbezaan budaya dan agama.

So itu lah saya, ambil motivasi daripada novel-novel kesukaan saya. Kalau rasa down tu bukak balik novel-novel kesukaan tu bahagian yang tertentu then ambil semangat dari situ. Nak gelakkan la tu, orang amek motivasi daripada buku motivasi yg awak dari novel. Asalkan ada pengajaran flyers pun boleh jadi pembakar semangat kannn…

Lama tak beli buku, rindu la pulak. OK bye nak belek MPH Online apa buku yang best2.

#tsunamishaklee
#sindiketsukses

#shakleekotadamansara

0 comment... add one now