Dulu
sebelum saya mula buat Shaklee, tertanya-tanya gak macam mana dorang yang ada
kerja hakiki dan yang SAHM ni bahagikan masa. Balik kerja dah penat pastu dekat
rumah dah tersedia kerja rumah pulak masak la uruskan anak-anak la, yang SAHM
pulak dah memang dari pagi kerja rumahnya tak pernah selesai masak, basuh
baju,kemas rumah, anak-anak sekolah, anak kecil lagi. Kagum saya masa dengar
mereka ni masih boleh berbisnes dan berjaya.
Pada
permulaan saya join buat Shaklee, memang struggling dengan pengurusan masa.
Penat toksah cakap la sampai kekadang tertanya gak pada diri "kenapa ko
buat benda ni semua?". Soalan itu akan terjawab sendiri bila saya tengok
muka suami dan anak-anak. Oleh itu saya cakap pada diri sendiri kena cari cara
untuk atasi masalah ini.
Perkara
paling adalah kepercayaan pada partner yang utama iaitu Allah kerana jika kita
percaya padaNya insya allah segala-galanya akan dipermudahkan. Kena dekatkan
diri padanya, betulkan apa yang tak betul jika dulu solat tak penuh takpun
selalu mencuri didalam solat sekarang betulkan itu semua. Solat awal waktu dan
solat dengan tertib. Jika dulu jarang buat solat sunat sekarang dirikan solat
sunat terutaman solat tahajud dan solat dhuha. Jika dulu jarang baca al-quran
sekarang baca al-quran setiap hari. Zikir jangan dilupakan kerana ia juga
makanan jiwa. Bak kata mak Shaklee saya, kalau kita adakan waktu untuk Allah,
Allah akan adakan waktu untuk kita. Maknanya 24 jam yang diberikan oleh Allah
itu akan dapat kita gunakan sebaik mungkin dan merasa puas dengan apa yang kita
buat.
Setelah
rapatkan diri dengan Allah, kita perlu menguruskan masa dengan bijak salah satu
caranya buat to do list. Senaraikan apa yang perlu kita buat untuk hari
tersebut kemudian cuba sedaya upaya follow to do list tu. Mak-mak ni kadang
kala masa banyak abis didapur, jadi kena lah ada strategi untuk masak dengan
kadar segera tetapi masih sedap dan berkhasiat. Macam-macam resepi kita boleh
dapat daripada Google dan kebanyakkan sudah dipermudahkan supaya mak -mak yang
sibuk ni still boleh buat untuk menjamu family. Takkan tetiap hari nak makan
ikan goreng jer kan. Multi tasking tu toksah cakap la, masa masak tu lah hanger
baju yang sudah dibasuh sebelum sidai kat luar, masa tengah tumis bawang masa
tu la basuh sayur la potong rencah la. Dulu saya jenis yang sediakan semua
benda sebelum masak so bila nak masak xyah nak terkejar-kejar. Tetapi sekarang
ni sambil masak tu lah sambil tu sediakan bahan-bahan, bergantung pada jenis
masakan jugak kalau yang boleh ditinggal-tinggal bolehla sambil-sambil kalau
tak kena sediakan dari awal jugak.
Tetapi
satu benda yang pasti selepas mula buat Shaklee ni, waktu tidur kena korban
kalau tidak bila masa nak buat. Namun setelah dapat build foundation yang kuat
insya allah boleh la tidur lena. Ada seorang master yang paling berjaya dalam
Shaklee dulu pernah beritahu yang dia hanya tidur 3 jam selama 2 tahun untuk
bina asas bisnes Shaklee dia. Selepas itu alhamdulillah usaha dia membawa
kepada kejayaan. Memang dia antara top master dalam Shaklee di Malaysia.
Secara
kesimpulannya, tips utk berbisnes dari saya :
- Rapatkan diri dengan Allah (Jika kita adakan masa utk Allah, Allah akan adakan masa utk kita).
- Uruskan masa dengan bijak (Mana aktiviti yang tak berapa penting tak perlu buat).
- Buat To do list ( Supaya kita dapat lalui harian dengan efektif sbb dah tahu apa perlu dibuat).
- Belajar multi tasking (Supaya dapat menjimatkan masa).
- Tetapkan keazaman dan fokus (BIG WHY kenapa nak buat bisnes at the 1st place).
- Berkawan dengan mereka yang berjaya supaya boleh belajar drpd mereka (Jika mereka boleh buat kita juga boleh).
- Banyakkan baca buku-buku motivasi supaya jiwa kita sentiasa tenang dan bersemangat. (Apabila penat kita cepat down jadi kata-kata semangat diperlukan utk bangkit semula).
- Teknologi jangan dilupakan, gunakan segala sumber gajet yang ada dengan bijak.
Buat
online bisnes kenalah ada gajet yer tak, kalau tak macam mana nak bisnes.
Sekurang-kurangnya ada smartphone tuk buat bisnes. Dulu saya hanya guna
smartphone sahaja, itu lah tuk buat poster, update blog, update FB, update IG
dan segala benda la. Sekarang pun masih sama, Cuma beberapa tahun lepas
en.suami kesian tengok saya terkebil-kebil buat kerja pakai tepon. Dia belikan
saya laptop supaya boleh buat kerja dengan lebih selesa.
Alhamdulillah
memang lebih selesa sebab mata tu lagi puas buat kerja guna laptop. Tetapi
smartphone tidak dilupakan mesti ada juga. Macam-macam apps ada untuk sync kan
kerja yang buat di laptop tapi smartphone pun boleh access contohnya dropbox,
evernote, google drive, onenote dan macam-macam lagi la. So kat mana-mana pun
boleh access kerja kita.
So far
itu jer lah yang saya perlukan untuk buat Shaklee ni, kalau balik kg atau on
the road smartphone la memainkan peranan. Jadi data plan yang mencukupi
diperlukan hehehe.
#tsunamishaklee
#sindiketsukses
#shakleekotadamansara