Ayah Suka Buat Trip Mengejut..Quality Vs Quantity


Trip mengejut memang speaciality ayah disebabkan ayah bekerja keras cari duit untuk keluarga, masa dengan anak-anak takde la banyak mana tapi bila dpt peluang memang akan gunakan sehabis baik la. 

Paling koman ayah akan bawak anak-anak berjalan dekat Tesco ker Giant ker Aeon Big ker (lagipun ayah memang suka gi tempat macam tu kalah ibu). Anak-anak dapat lepaskan tenaga dorang yang baaaannnyyyyaaaak tu, kalau kat rumah asyik nak bergaduh jer. Tapi ibu pun  sama penat sebab dorang tak reti nak duduk satu tempat kang hilang pulak anak aku.
Si gedik ayah

Selalu juga sebab kesian anak-anak tak berjalan mana, ayah angkut kitorg semua pergi follow dia buat apa-apa la yang dia kena buat sampaikan anak-anak marah sebab naik kereta tapi tak turun pun kereta, ayah jer yang turun hahahaha.

Kalau ada cuti & bila ayah dah mula tanya ibu nak berjalan mana yer, maknanya mungkin ada trip mengejut. Itu memang speciality ayah tetiba jer "jom kita gi sana bawak anak-anak". Pernah trip mengejut pergi Cameron Highland dengan tak tempah hotelnya main redah jer. Nasib baik ada Trivago wakakakaka sebelum naik Cameron dapat a few places for us to check it out bila kat atas nanti.

Pernah buat trip mengejut pergi Bukit Tinggi balik hari, tak spend nite dekat sana sebab anak-anak macam bosan (dorang tak reti nak enjoy nature lagi). Setakat nak tengok bangunan yang cantik dan view setting yang cantik bukan untuk dorang lagi. 

Pernah juga buat trip mengejut pergi Morib kononnya nak bagi anak-anak mandi laut tapi masa tu laut mengganas jadi tak dapat la nak mandi laut, anak-anak kecewa. Esoknya ayah ganti gi mandi dekat water park. Ok la tu daripada tak dapat apa.

Jadi kitorang jarang merancang bebetul trip kitorg sebab ayah punya nature of work tetapi apabila ada kelapangan memang ayah akan cuba buat yang terbaik untuk keluarga. 
Peace Yo
Along dah pandai bertanya dan bagi suggestion "Ibu, kalau ayah dapat cuti kita pergi jalan sini sini nak?" Apa yang ibu boleh jawab "Insya allah ada rezeki kita pergi" ibu tak boleh janji sebabnya Ayah suka buat trip mengejut hehehe. Cuma ibu boleh sampaikan suggestion tu pada ayah jer supaya ayah tahu yang anaknya teringin nak pergi situ.

Kami memang takder aktiviti yang rutin setiap hujung minggu bawak anak-anak berjalan, konsep kami bila boleh berjalan kami berjalan. Ayah penat bekerja keras untuk kami jadi bagi lah chance ayah rehat lebih skit hujung minggu kalau tetiba minggu tu ayah dapat off.

#pts4kebaboom
#tsunamishaklee
#sindiketsukses
#bisnesdarirumah
#shakleekotadamansara

0 comment... add one now