Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia...

Adakah benar kita sudah merdeka?
Merdeka dari peperangan ia benar
Merdeka dari makan ubi kayu sudah pasti
Merdeka dari penjajah negara mungkin ya
Merdeka dari kemelut hidup mungkin masih ada yang masih berusaha
Merdeka dari pemikiran yang tidak sihat mungkin masih ada tetap begitu

Apa erti kemerdekaan yang sebenarnya bagi kita?
Kita sudah tidak dijajah oleh penjajah yang menghunus senjata
Sudah bebas kemana sahaja dengan aman 
Walau masih ada peperangan di bumi ini 
Tetapi adakah benar kita sudah merdeka? 

Merdeka adalah kebebasan
Kebebasan yang bagaimana yang kita mahu?
Bebas dari segi masa? wang? kebebasan individu? kebebasan bersuara?

Apapun erti kemerdekaan pada kita
Jangan sesekali hilang identiti sebagai rakyat Malaysia
Jangan sesekali hilang identiti sebagai umat Islam
Jangan sesekali hilang identiti sebagai bangsa Melayu
Pelihara dan jagai identiti itu walau dimana kita berada
Banggalah menjadi seorang Muslim 
Banggalah menjadi seorang Melayu
Banggalah menjadi rakyat Malaysia

Jangan dek mahu bebas sampai lupa agama
Jangan dek mahu bebas bersuara sampai lupa adab sopan
Jangan dek mahu bebas kewangan sampai lupa zakat dan sedekah
Jangan dek mahu bebas mahu menjadi diri sendiri sampai lupa halal dan haram

Sila ingat akhirat
Sila ingat syurga
Sila ingat neraka
Sila ingat kubur
Sila ingat dunia ini sementara
Akhirat itu yang abadi

Selamat Hari Kemerdekaan Semua

PS: nak gi sambut merdeka tu berhati2 la yer, jaga diri, jaga anak2, manusia jahat ada dimana-mana..peace yo

0 comment... add one now