Ayam Sweet Sour Chinese Style


En.suami bawa balik daging ayam banyak terus timbul idea nak masak ayam masak sweet sour chinese style sebab teringat makan dekat foodcourt Garden masa kerja dulu. Alahai sedapnya, apa lagi operasi mencari resipi la. Google la sumbernya, akhirnya berjumpa dengan resepi yang mudah dan insya allah boleh buat sebab bahan-bahan senang hendak dapat.

kredit : When Big Momma Cook

Bahan-bahan:

Bahan A:

6  keping  isi ayam / boneless chicken breast
1 biji telur 
tepung jagung

Bahan B: 

2 biji bawang putih
1 biji besar bawang besar (holland)
1 cm halia
1/2 tin kuib Nenas
1 Cili Bengala Hijau & Merah (potong dadu)
3 biji cili padi (optional)
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
Tepung jagung



Cara memasak Bahan B:

1. Goreng bawang putih dan halia.
2. Masukkan bawang besar holland/kuning, cili belanga, nenas. (jika suka pedas  masukkan cili padi yang dah diketuk)
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan cuka.
4. Kemudian masukkan setengah tin air nenas.
5. Biarkan seketika sehingga kuah masak.
6. Campur tepung jagung dengan air sehingga sebati. Masukkan ke dalam kuah tadi dan gaul seketika supaya kuah itu pekat.
7. Lepas dah siap, tutup api. biarkan dan siapkan bahan A iaitu ayam


Cara Memasak Bahan A:

1. Pukul telur.
2. Celup Ayam dalam telur dan gaulkan dalam tepung jagung.
3. Goreng dalam minyak panas
4. Angkat dan tuangkan sos sweet sour ke atas ayam yang sudah di goreng,

***Jika lambat lagi nak makan, jangan dituang dahulu kuah ke atas ayam. nanti ayam tidak ranggup.
Senang jer kan kalau ikut resepi Big Momma ni, orite masa untuk memasak. Nanti dah siap i update gambar yer... Seronoknya....

kalau nak resepi Ayam Masak Bali boleh klik Sini 





0 comment... add one now