Ujian Kehamilan, Bila Patut Saya Lakukannya?




"Anak"
"Siapa yang sudah berkahwin pasti mahukan anak. Bila missed period mesti hati rasa berbunga-bunga dan penuh harapan yang dia mengandung. Mula merancang untuk pergi farmasi dan beli Urine Pregnancy Test tapi dalam masa yang sama takut dengan result test tu nanti." 

Cliche kan kenyataan diatas hehehe saya pernah mengalaminya dan saya pasti ramai kat luar sana pun sama.

Harapan berbunga-bunga bila period missed walaupun baru 1 hari. Saya dulu banyak kali jugak kecewa bila buat UPT result test beberapa hari kemudian period datang. Sedihnya Allah sajer yang tahu, lepas kecewa beberapa kali saya mula bertenang dan buat research bila waktu terbaik untuk buat UPT test walaupun dekat kotak UPT test tu stated as early as one day late.

Dari yang saya dapat daripada blog Dr.Zubaidi, seelok-eloknya buat ujian UPT setelah lewat 2 minggu kerana kepekatan hormon hCG (Human  Chorionoc Gonadotropin) ialah 100 mIU dan kebanyakkan alat UPT dapat mengesan HCG dalam air kencing jika kepekatanya di dalam lingkungan 50 ke 100 mIU. Hormon hCG adalah hormon yang dikeluarkan selepas berlakunya implantation (penempelan fetus pada dinding rahim) namum kepekatannya mungkin tidak dapat dikesan oleh alat UPT. Kepekatan hCG juga bergantung kepada air kencing kerana itu digalakkan untuk mengujinya pada awal pagi sebelum sarapan kerana kecairan air kencing boleh menyebabkan keputusan ujian tidak tepat. Saya masih ingat semasa mengandung anak kedua, setelah ujian UPT positive dan pergi klinik untuk pengesahan doktor tu ada beritahu "sekarang ni sudah petang jadi mungkin keputusan kurang tepat yer" alahai sayu hati dengar. Tetapi rezeki Allah, double line dengan cerahnya muncul. 

Bagaimana nak baca keputusan UPT? Dikotak biasanya akan beritahu bagaimana nak baca sebab setiap alat lain-lain cara. Ada yang double line,ada yang tanda pangkah dan ada yang digital.
 


Ujian darah untuk menentukan kehamilan adalah lebih tepat kerana ujian kualitatif atau ujian kuantitatif akan dilakukan untuk memeriksa kandungan hCG didalam darah. Ujian kualitatif akan memeriksa jika ada hormon hCG didalam darah manakala ujian kuantitatif pula menguji kepekatan hormon hCG. Bagi mereka yang selalu keguguran ujian kuantitatif akan dilakukan bagi melihat kepekatan hormon hCG kerana kehamilan yang mungkin akan gugur peningkatan hormon hCG adalah rendah berbanding kehamilan normal.

Bacaan lanjut : klik sini

Sekarang dunia perubatan semakin moden, ujian kehamilan sudah boleh dibuat dirumah dan sekarang sudah ada alat ujian yang boleh menganggar berapa minggu kehamilan kita. Malahan bagi yang ingin mendapatkan anak juga sudah ada alat menguji ovulasi. Walau secanggih mana teknologi kita jangan lupa pada Yang Esa Sang Pencipta kita iaitu Allah. Berdoalah padaNya supaya dikurniaakan zuriat yang soleh dan solehah. Berusaha selagi mampu untuk mendapatkan anak sesungguhnya Allah sayang pada umatnya yang berusaha.


Doa Nabi Zakaria. a.s.
doa dapat zuriat
Surah Al Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 






0 comment... add one now