Mak Biasa Tapi Ada Super Power...

my precious


Kadang kala ibu rasa macam ada super power pun ada, sebabnya :

Scenario 1 ;

Menangis-nangis datang dekat ibu mengadu sakit. Ibu gosok-gosok skit, dah tak nangis & muka ada senyum.

Scenario 2 :

Menangis datang kata sakit, ibu tengok takder apa pun. Gosok sikit-sikit jer sebab tangan ada barang. Menjerit tak puas hati "ibu tiup la!". Laaa, ok2 ibu tiup tempat sakit sambil gosok-gosok. Senyum lebar dan sambung main.


ayuhsihat.blogspot.my


Scenario 3 :

Ibu terlelap masa tidurkan salah seorang kembar. Along terlelap dekat luar, adik seorang lagi giat main. Tak tahu mana silap adik jatuhkan barang atas along. Berdarah hidung along, datang menangis dekat ibu. Ibu mamai dan terkejut, lap hidung along pastu peluk sambil pujuk along tidur balik. Alhamdulillah darah berhenti, along tidur balik dalam pelukan ibu.

Scenario 4 :

Anak-anak semua dah tidur, ibu masih berjaga sebab ada kerja nak buat. Dengar salah seorang mengigau panggil ibu, ibu menyahut terus lena balik. Tak lama lepas tu, ada seorang lagi yang mengigau panggil ibu, ibu jenguk tunjuk muka. Nampak muka ibu terus tidur balik.

Kalau diingat balik semua kisah-kisah ini rasa macam ada super power pulak. Macam kalau kita sakit, dapat tidur dengan mak pun dah rasa sihat walaupun tidak makan ubat.

Terima kasih Ya Allah kerana berikan hambamu ini peluang merasai nikmat ini. Bantulah hambamu ini didalam usaha mendidik amanahMu ini membesar menjadi khalifah yang hebat dan umatMu yang taat didalam mematuhi segala ajaranMu. Aamiin.

0 comment... add one now