Perancangan Kewangan Itu Penting Untuk Masa Hadapan



Financial Plan..Perancangan Kewangan...Budget..

Hidup kena ada perancangan betul tak? Macam tu jugak dengan kewangan kita, lagi-lagi zaman sekarang ni semuanya mahal. Berpeluh ketiak setiap bulan nak uruskan duit. Kalau dulu semasa bekerja setiap bulan sebelum dapat gaji memang saya dah ada checklist apa yang perlu bayar and so on. 1st things yang ada dalam list saya duit utk ummi abah, saya jadikan itu nombor 1 sebab pernah dengar ceramah agama ustaz ni suruh anggap komitmen pemberian duit pada parents setiap bulan mcm bayar kereta. Kena bagi kalau tak bagi nti tertunggak. Setiap tahun bila dapat increment, duit ummi abah pun akan saya revise supaya gaji itu lebih berkat.

Financial plan ni penting supaya kita tak tersasar daripada apa yang kita mampu. Berbelanja mengikut kemampuan bukannya biar pape asal bergaye. Tak betul tu, bila surat hutang sampai mula la peluh dingin keluar. Sekarang ni sejak dalam family Shaklee, setiap bulan selepas dapat bonus kami selalu diingatkan asingkan untuk zakat, untuk mak ayah, untuk anak-anak dan untuk sedekah. Rancang ikut kemampuan kita.

Ada tips yang saya dapat semasa bekerja dulu, cara simpan duit tanpa sedar. Pilih salah satu note yang korang suka contohnya RM5, setiap kali dapat note RM5 korang selitkan kat tempat lain jangan guna. Nanti sampai satu masa korang tengok mesti duit tu dah banyak. Peraturannya jangan guna langsung, simpan dan lupakan.

Lagi satu kena buat plan yang solid tuk bayar hutang-hutang yang korang ada contohnya hutang kereta, hutang rumah, ptptn, segala mak nenek bil supaya takder yg nanti tertunggak. Kad Kredit, ni memang kad yang berhantu so be wise when using it. Hati kena kental semasa guna kad kredit ni yer.

Merancang memang seronok tetapi bila nak buat selalu tersasar jadi kena kuatkan semangat semasa nak executed financial plan korang.

#tsunamishaklee
#sindiketsukses

#shakleekotadamansara

0 comment... add one now