W Two Worlds Ended...Happy Or Sad?

korean drama - fantasy

14 September 2016, episode finale drama korea W Two World. Haish sorry post kali ni tersasar lagi daripada menu asal hahaha but what can i do, itu gunanya blog tempat untuk bercerita dan berkongsi.

Selalu tengok dekat website Kissasian, boleh klik : W- Two Worlds kalau nak tengok

Memula ingatkan tak dapat nak tengok malam ni sebab kepala sakit berpanas siang tadi punya pasal, lepas en.suami urutkan kepala pengsan tak sedarkan diri. Nasib baik terjaga balik kalau tak terbang isyak ntah ke mana, dah alang-alang bangun berjaga jer la buat apa yang patut dan ofkos tunggu finale W punya eng subs. Sambil-sambil tunggu buatla kerja Shaklee ku sayang, schedule esok punya post & update blog.



Tetiba tergerak hati nak check eng sub dah up ke belum, yeay sudah up apa lagi mari kita tengok finale memuaskan hati atau tidak jangan hero mati macam cerita Uncontrollably Fond sudah la. Jom recap.




Scene Kang Cheol kena tembak sudah tahu sebab ada dalam review yang mendebarkan adakah Kang Cheol hidup atau mati. Sebelum Kang Cheol pergi selamatkan Do Yoon, dia sempat ucapkan yang dia cintakan Yeon Joo, ucapan yang dulunya tak pernah Kang Cheol ucap sebelum dia hilang ingatan yang membuatkan Yeon Joo rasa ralat. Yeon Joo sedih kerana walaupun dia tahu yang dia tidak boleh ada ayah dan Kang Cheol disampingnya tetapi dia tidak mahu berputus harap kerana dia sayang kedua-duanya.

Kang Cheol menunggu Yeon Joo di hadapan perhentian bus dengan harapan mereka sempat berjumpa kerana dia cedera parah dan merasakan episode akhir akan berakhir tidak lama lagi. Waaa masa ni airmataku sudah berguguran, cepatlah Yeon Joon sampai takkan hero mati lagi. Yeon Joo sampai tapi belum sempat dia sampai ke Kang Cheol, Kang Cheol jatuh ibarat sudah mati pastu keluar perkataan Tamat. Oh tidak!!!. Heroku mati lagi, korean drama mana boleh macam ni. 

Expression Yeon Joo yang tiba-tiba kembali kedunia sebenar memang sangat sedih (nangis lagi huhuhu). So Boong bawa Yeon Joo ke hospital kerana Yeon Joo pengsan, doktor pakar bedah merangkap die hard fan W webtoon kena marah dengan So Boong kelakar pun ada. Orang susah hati dia sibuk nak tanya pasal ending W memang kena jerit la, tapi dia mana tahu cerita sebenar pun.
korean drama - fantasy
Mereka digelar Honey Couple sebab sweet sangat2 walaupun off camera
Yeon Joo teruskan hari-hari dia dengan sedih, dia nak kedua-dua (Ayah dan Kang Cheol) ada dengan dia tapi dua-dua pun takder sasau la kejab minah tu. Duduk dekat perhentian bus yang Kang Cheol tunggu dia malam tu sorang-sorang, pergi studio ayahnya tunggu sambil melukis aduhai sedihnya. Break down sungguh minah tu.

Namun, hero belum mati hahaha ayah Yeon Joo (Oh Suung Moo) sebab buat ending yang lain sebelum dia pergi. Dia buat penjahat Han Cheol Ho mati bunuh diri,padan muka sapa suruh jahat sangat. Tetapi sebab ayah buat macam tu supaya Han Cheol Ho tidak terlepas ke dunia sebenar nanti kacau bilau lagi.

Rupanya malam Yeon Joo tak sempat selamatkan Kang Cheol di perhentian bus, ayah dia tengok dari jauh dan ucapkan selamat tinggal. Oh hoi apsal sedih sangat, ayah ucap selamat tinggal dekat anak dari jauh kemudian puff hilang. Kang Cheol sempat diselamatkan oleh Do Yoon dan kena penjara sebelum kembali cari Yeon Joo. Yeon Joo macam sudah hilang semangat kerana kehilangan ayahnya dan Kang Cheol tak percaya Kang Cheol muncul kembali.

Yeon Joo tidak dapat pengakhiran yang dia mahu (ayah dan Kang Cheol ada disisinya) namun kembalinya Kang Cheol buatkan dia boleh tersenyum. Walaupun Kang Cheol tak cerita mengenai surat yang Oh Sung Moo tinggalkan padanya tetapi rasanya Yeon Joo faham apa yang terjadi pada ayahnya.
Comel-comel
So ending hero dan heroin bersama, fuh nasib baik hahaha kalau tak rugi air mata. Puas hati beta. 17hb September akan ada Special Episode W rasanya ini lebih kepada the making of W, kita tunggu yer. Selepas Descendant Of The Sun (DOTS) ini korean drama yang ai suka. Banyak lagi yang best tapi ini dalam senarai Top Five yang akan buat susah nak move on. Sekarang dah takder la rasa anxious nak tunggu episode baru W lagi kalau tak menunggu hari. 
Sweet
Scarlet Heart:Ryeo dan Moonlights Drawn By Clouds yang tengah on-air worth seing. Menarik jugak sebab set up dia istana zaman dahulu kala dengan baju tradisional. Set up scene memang cantik-cantik belaka.My list cerita yang ditunggu episode baru setiap minggu sudah berkurangan,banyak lagi cerita baru tengah on air tapi tak nak menjebakkan diri dahulu biarlah creita tu complete dulu supaya tak resah menunggu episode baru setiap minggu hahaha.

Isnin - Selasa : 
Scarlet Heart : Ryeo
preview :

Moonlight Drawn By Clouds
Preview :

Rabu - Khamis
Jelousy Incarnate
Preview :

Jumaat - Sabtu
Cinderella And Four Knights
Preview :






0 comment... add one now