Tips Untuk Berbisnes Online Dari Rumah



Sekarang  ni ramai yang berbisnes online daripada student sampailah ke surirumah. Malahan ada yang berhenti bekerja dan menumpukan pada bisnes online mereka. Ramai yang sudah berjaya dan menempa nama dalam bisnes online ini.


Tetapi kejayaan tidak datang bergolek banyak onak dan duri yang perlu dilalui sebelum kemanisan kejayaan itu dapat dirasai.

Saya sendiri berbisnes online dan saya merupakan seorang suri rumah tangga, untuk menjayakan kedua-duanya saya perlu mempunyai perancangan. Saya share sedikit apa yang saya buat sepanjang saya berbisnes online ini.

Setiap bulan kena buat planning WAJIB supaya tak lost nanti. Selalunya yang saya akan buat tetiap bulan adalah kira stok, alert tentang promosi bulanan Shaklee, target sales/ UV, kenalpasti vitamin/set mana yang ingin saya jual bulan tersebut, susun strategi dan buat poster baru jikalau ada tambahan item saya akan tambah pada planning bulan tersebut.

Ini penting untuk memastikan kita on track.Kalau takde planning, kita punya arah bulan tersebut akan kucar kacir skit sebab semua benda kita nak promo dan share disebabkan takde fokus.

So, apabila hennak berbisnes kena serius dan kena ada planning walaupun bulan lepas ada yang tidak tercapai target tetap kena buat planning. Biarlah benda yang sama tetiap bulan pun tetapi ia tetap kena buat tau. Selain daripada planning bulanan, to do list harian juga penting.

Dulu to do list semua dlm kepala jer, skang ni kena catat kalu tak mesti ada yg ter'miss. Al maklum lah byk sgt ad hoc job. Kejab-kejab anak nak makan, kejab-kejab ada prospek bertanya, ada itu ada ini. Dah nama surirumah kadangkala ad hoc job tu lagi banyak daripada yang dirancang disebabkan itu to do list itu penting untuk memastikan kita tidak terlupa atau tertinggal sesuatu.



Lagipun bebudak ni memang alergik agaknya tengok ibu dorang duduk depan lappy senyap, masa tu la segala benda dorang nak. Last2 ibu lupa buka lappy tadi nak buat apa.

Kalau takder to do list kelam kabut gak, ntah bila nak buat kerja rumah, bila nak buat Shaklee. To do list as guideline time mgmt harian kita. Disini saya share tips saya uruskan masa untuk berbisnes dan menjadi surirumah.

Tips uruskan masa apabila menjadi WAHM/part time bisnes or FTWM tetapi ada bisnes jugak.. adalah prioritize apa yg penting yang tak berapa penting tolak tepi dulu.

Cthnya :
😆 Basuh baju hari-hari tapi lipat baju 2 3 hari sekali

😄 Sapu rumah awal pagi masa anak2 lum bangun.

😥 Pejam jer mata bila anak sepahkan rumah sbb bila kemas dorang sepahkan balik kan. So bagi dorang sepahkan dulu bila masing2 dah bertenang baru kemas or suruh dorang kemas. Mana anak2 yg dah terlatih pandai kemas mainan sendiri tu memang bonus sesgt2.




😎 Masak. Kalau saya masak sehari sekali jer, lunch merangkap dinner terus nasi jer masak yg fresh setiap kali nak makan.

😂 Me time. Apa tu? Hahahaha. Tgh mlm or awal pagi adalah me time saya sampai geng tsunami tanya "Ayu tido sehari berapa jam @ ayu memang tak tido mlm ek". Itulah masa yg purely mine without anyone disturbing. Masa tu la buat schedule or catch up study.
😂 Waktu senggang yg ada siang hari guna tuk follow up customer, update IG or Fb tuk post2 santai etc.

😄 Waktu siang juga selalunya saya amek nap kejab bg fresh sbb mlm kang nak berjaga ataupun tido awal lepas isyak nti bgn awal. Tetapi yg tido awal tu jarang leh buat sbb nti en.suami muncung sbb dah la mlm jer jumpa dia.

☺ Sesiapa yg celik IT tu gunalah teknologi sehabis baik, gunalah segala mak nenek apps yg boleh membantu korang dlm pengurusan masa.

Okays, sekian. Anak2 dah bercekau dah tu. Nanti saya share lagi yer. Terima kasih kerana sudi membaca.

#tsunamishaklee
#sindiketsukses


0 comment... add one now