Wang So The Evil Gwangjong?

Hae Soo Mendapat Bayangan Wang So sebenarnya Gwangjong.
Demam Scarlet Heart : Ryeo memang tengah kebaboom sekarang ni. Sekarang sudah episode 9, plot cerita semakin hangat kalau ikutan preview episode 10 akan jadi lebih intense. Jadi bertabah la wahai hati tunggu hari Isnin. Nasib baik la One HD air time same as Korea jadi tak perlulah hendak tunggu lama.
Putera ke-4
Pelakon Utama Lee Jong Ki membawa watak Putera Ke-4 Wang So. Tanggapan pandang pertama masa memula tengok cerita ni Wang So ni macam bad boy ingatkan dia ni 2nd lead rupanya hero hahaha sebabnya Wang Wook lebih menyerlah daripada episode 1 hingga episode 5. Wang So seorang yang pendiam, bersendiri, grumpy, private dan berlagak diawal cerita la. Muka nya yang berparut membuatkan dia lebih suka bersendiri kerana malu dengan parut itu. 
Ugut bunuh Wang So jika Maharaja berkahwin lagi.
 Masuk istana dengan harapan dapat rapat dengan bondanya tetapi harapan tinggal harapan. Bondanya (Maharani Yoo) lebihkan Putera Wang Yo kerana padanya Wang Yo anak emasnya yang bakal menjadi Maharaja. Parut dimuka Wang So pun bonda dia yang buat, teruk kan dah buat muka anak macam tu pastu buat tak tahu jer. Kejam betul.  Dia digelar manusia serigala kerana wajah dan perwatakannya. 
Cedera kerana ibunya
Wang So dihantar kepada keluarga lain untuk dijadikan anak angkat. Tetapi Wang So sebenarnya didera disana, bondanya langsung tidak peduli. Dicampak kedalam sarang serigala oleh keluarga angkatnya tetapi Wang So berjaya keluar hidup-hidup. Wang So sebenarnya seorang yang dahagakan kasih sayang bonda dan ayahandanya. Buktinya selepas uparaca memanggil hujan, Wang So sangat gembira apabila Maharaja berikan perhatian padanya. Walaupun Maharaja macam tidak pedulikan Wang So tetapi dia hantar Wang So belajar untuk berlawan dengan General Perangnya. Tak tahu la kalau ada motif lain kan tetapi putera lain takder pulang hantar kesana.
usaha bawa lari Hae Soo daripada kena kahwin
Semakin cerita berkembang, watak Wang So juga semakin berlainan. Dia sebenarnya seorang yang lembut sebenarnya, seorang yang sukakan pokok, penyayang tetapi protective terutama orang yang dia sayang. Dia sanggup bunuh semua sami yang berkaitan didalam percubaan membunuh Putera Mahkota demi bondanya. Tetapi bondanya buat tak tahu haish sakit pulak hati tengok. Wang So sudah mula jatuh cinta pada Hae Soo, ambil berat tentang Hae Soo hingga bergabung tenaga berusaha menghalang Hae Soo daripada berkahwin dengan Maharaja for political gain dengan Putera Wang Wook dan yang lain.
Bergabung tenaga yakinkan Maharaja jangan berkahwin
Semasa Hae Soo kelar tangan untuk melepaskan diri daripada berkahwin dengan Maharaja, Wang So risau dan marah tetapi tak tunjuk. Kontrol macho la konon tapi bila ada peluang berdua dengan Hae Soo teruk budak tu kena marah.
Ko buat perangai macam ni lagi, siap - kan dah kena marah

Perasaan Wang So pada Hae Soo makin kuat, bakal konflik sebab Hae Soo duk bercinta dengan Wang Wook. Isk mamat ni takkan tak perasan ker buat-buat tak perasan sebab nak Hae Soo punya pasal. Kita tunggu jer lah next episode macam mana yer. Perasaan Wang So bertambah kuat pada Hae Soo selepas Hae Soo menolongnya tutup parut dengan make up smembuatkan rakyat dapat terima semasa Wang So jalankan ritual tersebut, Wang So gembira kerana rakyat memujanya, ayahandanya pula semakin pandang tinggi padanya. Tambahan jaminan daripada Ji Mong yang dia bakal menjadi seseorang yang hebat.
haish pedih hatiku lihat
Adakah memang Wang So akan menjadi Gwangjong yang kejam? atau ada cerita disebaliknya. Mungkin bayangan Hae Soo tu belum cukup jelas ada part yang tertinggal ker kan. Kalau berdasarkan karekter memang Wang So ada potensi jadi Gwangjong yang kejam tetapi pada masa yang sama Wang So ni bijak dan mampu menjadi Maharaja yang baik. Wang Wook sudah mula menunjukkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Wang So disebabkan cinta hati dia Hae Soo so kita tunggu jerlah apa yang jadi.
confuse dengan perasaan sendiri kenapa mula rasa lain dengan Hae Soo
Personally, memula ingat Wang Wook 1st Lead rupanya tidak. Wang So perlukan Hae Soo kerana Hae Soo buat dia gembira tetapi Hae Soo masih belum terima Wang So walaupun sebenarnya Hae Soo sudah rasa lain. Disebabkan Hae Soo sayangkan Wang Wook dan juga kerana bayangan Wang So menjadi Gwangjong. Tak sabar nak tunggu next episode.
Duduk sini jaga pokok bebaik yer

0 comment... add one now