Detoks Parasit..Apa tu? Perlu Ker?

ayuhsihat.blogspot.my
Ini adalah parasit yang ada pada mata, jika nampak ini pada pandangan kita itu tandanya ada parasit dimata.
Parasit tau tak apa itu parasit?
Kalau belajar sains parasit ni adalah organisma yang menumpang pada perumah dan mendapat makanan serta perlindungan daripada perumah pada masa yang sama memudaratkan perumah.

Dengan kata mudahnya hidup dengan menyusahkan orang. Ramai je kan macam tu dalam dunia ni tapi saya bukan nak cerita pasal orang yang hidup bagaikan parasit. Ni nak cerita tentang parasit benar-benar parasit iaitu benda yang hidup dalam badan kita contohnya cacing kerawit, cacing pita, cacing pipih dan banyak lagi la. Dulu kalau masa disekolah kena tanya dengan nurse ada makan ubat cacing tak? Bila dah jadi mak, pergi klinik nurse tanya dah bagi anak makan ubat cacing tak? Menunjukkan pentingnya kena buang cacing atau parasit daripada badan kita.

Cara mereka masuk kedalam sistem badan adalah pelbagai antaranya sumber air, sumber makanan, persekitaran dan juga haiwan peliharaan. Tang haiwan peliharaan ini bukannya suruh buang your pets, bukan bukan. Haiwan peliharaan mengembirakan kita buang parasit yang ada padanya bukannya buang haiwan tersebut. Sakit disebabkan parasit agak sukar dikenalpasti oleh doktor kerana simptom-simptom adalah sangat normal dan biasa.

Simptom-simpton parasit :
1. keletihan melampau
2. kemurungan
3. alergi
4. kembung
5. sukar tidur
6. teringin benda manis
7. masalah kulit

Ini hanya sebahagian daripada simptom kehadiran parasit. Banyak lagi tetapi kebanyakkan berkaitan dengan keletihan. Daripada yang saya belajar daripada group detoks adalah waktu yang paling sesuai membanteras parasit adalah ketika bulan penuh. Dah kenapa masa bulan penuh jer.ayuhsihat.blogspot.my
Sebabnya, dipercayai ketika bulan penuh parasit sangat aktif dan bersedia untuk membiak. Ketika ini mereka melepaskan diri daripada dinding membran yang mereka berpaut dan mula membiak. Telur mereka boleh berada didalam usus kita selama 4-5 minggu, jadi kita bukan sahaja bunuh dan buang parasit tetapi dengan telur-telurnya sekali. Baru betul.

Bulan penuh memang mempunyai 1001 misteri. Kejadian air pasang, kalau hendak beli ketam pun semasa bulan penuh kerana ketika ketam akan banyak isi. Itu belum lagi masuk bab mistik-mistik ni . Umat islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari-hari putih iaitu pada 13.14 dan 15 setiap bulan mengikut takwim kalendar islam. Jika difikirkan kenapa yer? Puasa juga salah satu cara detoks juga, jadi bila kita berpuasa secara tidak langsung kita buatkan parasit kelaparan lalu mati kan.

Jadi kita buat detoks parasit dengan cara bagi parasit ni mati kelaparan, kita cut off makanan mereka. 
Apa makanan parasit ni? Makanan parasit adalah gula putih, gandum atau berasaskan gluten, makanan yang diproses, makanan yang tidak dimasak dengan betul, makanan ringan dan minuman bergula. Sepanjang berdetoks perlu makan makanan yang sihat dan selain daripada makanan parasit tadi supaya parasit tu semua kebuluran dan akhirnya mati. Sepanjang detoks parasit juga ambil produk shaklee yang akan membantu mempercepatkan proses membunuh parasit ini.
ayuhsihat.blogspot.my

Antara produk yang diperlukan semasa detoks parasit adalah Nutriferon, Herb Lax, Garlic Complex, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix.

Nutriferon - mengandungi bahan-bahan seperti biji labu yang boleh menyingkirkan parasit, disamping meningkatkan sistem imun badan.

DTX Complex - mengandungi milk thistle yang juga musuh parasit dan merupakan agen detoks untuk hati.

Garlic Complex - bawang putih juga musuh parasit, boleh juga kalau mahu ambil bawang putih mentah.

Herb Lax - membantu membersihkan usus, membuang kerak-kerak sekitar usus dan sekaligus menyingkirkan parasit.

Alfalfa - merupakan agen detoks yang bagus, ia akan membantu badan menyingkirkan parasit dan toksin dari dalam badan.

Vivix - agen antioksidan yang akan mengembalikan tenaga dan menyokong kesihatan sepanjang proses detoks.

Digalakkan ambil makanan yang boleh menyingkirkan parasit sepanjang proses ini seperti probiotik, rempah ratus dan sayur sayuran. Sepanjang proses detoks badan pasti akan menunjukkan beberapa kesan ataupun healing crisis tetapi jangan bimbang atau risau teruskan detoks sehingga selesai. 
ayuhsihat.blogspot.my
Insya allah selepas selesai program detoks ini akan rasa kelainan pada diri sendiri paling tidak pun keinginan makan makanan benda manis sudah tiada atau berkurangan. Seterusnya untuk maintain amalkan eat clean dan buat lagi detoks bulan seterusnya. Di galakkan dan dinasihati untuk membuat Detox Parasit selama 3 bulan untuk memastikan parasit dan telur-telurnya dibuang.
ayuhsihat.blogspot.my



Amacam faham tak? Ini salah satu detox yang boleh dibuat, kalau google macam-macam jenis detox kita boleh jumpa. Akhir kata saya belanja testimonial detox parasait.

ayuhsihat.blogspot.my

ayuhsihat.blogspot.my

ayuhsihat.blogspot.my

ayuhsihat.blogspot.my



1 comment... add one now

Shah Danial Shah Danial 21 September, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.