Ayam ayam ayam..hari hari ayam..takder lauk lain agaknya
Itulah menu anak bujang sulung saya, sekarang ni jer dah mula hendak makan lauk lain kalau tidak hari-hari ayam. Sampai ibu yang hendak masak ni naik muak.Hari ini dapat resepi Ayam Masak Bali daripada geng #tsunamishaklee group #pts4kebaboom so nak cuba lah, dulu pernah buat sekali tapi lupa resepinya sebab dapat dari internat jugak. Masa tu makan bertambah-tambah si bujang tu. Kali ini harapnya kena la dengan seleranya.
Senang jer cara buat nya, bahan-bahan pun yang biasa jer ada dekat rumah. Macam biasa saya alter ikut selera orang dekat rumah ni. Ini resepi asalnya Klik Sini
Bahan-bahan :
Ayam (setengah ekor)
*1 biji bawang besar
*3 biji bawang kecik
*5 biji bawang putih
*1/2 inci halia
*3 batang serai (kalau rasa nak letak lagi banyak pun takder masalah)
*3 tangkai daun kari
Cili kering yang sudah dikisar
Garam
Kicap
(kalau ikut original resepi ada belacan tapi saya tak letak)
Bahan-bahan yang bertanda * diblender sekali
Okay sekarang cara masak pulak
Cara Masak:
1. Ayam tadi digaul dengan kunyit dan garam kemudian digoreng separuh masak jer tak perlu garing sangat. Tapi kalau suka garing buatlah garing.
2. Selepas ayam diangkat, kita tumiskan serai dan daun kari dulu. Guna balik minyak yang goreng ayam tadi tapi guna sikit jer untuk menumis.
3. Setelah naik bau, masukkan bahan-bahan dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Bila dah semerbak bau tumisan tadi, masukkan cili kisar. Bab ini agak-agakla kalau mahu pedas letak 5 ke 6 sudu, kalau tak nak pedas 2 ke 3 sudu jadi lah. Tumis sampai cili masak ataupun pecah minyak.
5. Masukkan kicap dan garam. Garam hati-hati letak sebab kicap dah masin, sila rasa masakan anda yer supaya perasanya tepat dengan selera.
6. Kemudian masukkan ayam tadi, bagi yang goreng separuh masak biarkan ayam masak sebentar unutk memastikan ayam betul-betul masak sebelum tutup api. Bagi yang goreng garing pula gaul ayam dengan rata biarkan selama seminit dua sudah boleh tutup api. Kalau rasa macam kering sangat nak berkuah masukkan sikit air. Janganlah curah air beria sangat karang jadi apa pulak. Letakla dalam 3 ke 4 sudu besar cukup la nak bagi basah-basah sikit, nak makan nasi ada kuah nak gaul.
7. Saya campurkan carrot sebab hendak bagi anak makan kan, jadi asal boleh campak sayur masukkan sayur.
8. Okay dah siap, sudah boleh makan.
Selamat mencuba.