Bengkak susu biasa dengar kan? Sakitnya subhanallah Allah jer yang tahu, disebabkan bengkak susu inilah saya belajar teknik marmet. Apa tu teknik marmet?
Teknik marmet adalah cara memerah susu mengunakan tangan. Ada ibu yang lebih senang menggunakan cara marmet daripada menggunakan pam elektrik atau pam manual. Malahan mereka boleh dapat hasil perahan yang lebih banyak berbanding menggunakan pam. Tetapi itu mengikut pilihan masing-masing, teknik perahan mana yang lebih senang dan mudah yang penting keinginan menyimpan stok EBM buat si manja dan keinginan menyusukan mereka tanpa bantuan susu formula. Teknik ini amat berguna apabila pam rosak, pam tertinggal,cik B bengkak hehehe semua yang diatas pernah saya lalui. Jadi teknik ini kena belajar.
Semasa bersalin anak pertama, balik dari hospital saya sudah mula bengkak susu tetapi sebelah sahaja. Baby hanya mahu menyusu pada sebelah jer, sebelah lagi dia tak nak. Makcik urut masa tu memang ahli sokongan susu ibu ada sijil lagi, hebat makcik tu walaupun dia tradisional tetapi ilmu moden dia tetap up to date. Dia yang nasihatkan saya kena juga paksa baby hisap Cik B yang bengkak tu. Baby tak nak hisap sebab susu tak lancar jadi dia tak nak la hisap, Cik B yang satu lagi susu dah lancar. Bijak tak bijak baby yang baru umur berapa hari. Mulalah proses memaksa baby hisap, memang dia tak nak saya dah nangis sebab frust yang baby nangis sebab lapar. Syukur masa tu Ummi ada tolong pujuk baby supaya hisap kesian kat ibu katanya. Alhamdulillah baby dengar cakap nenek, walaupun 2 3 kali jugak percubaan dan pujukan. Selepas baby habis minum, macam magic rasa sakit bengkak yang berdenyut-denyut hilang, rasa badan sakit-sakit pun hilang, baby pula tidur kekenyangan. 2 3 kali sesi penyusuan barulah Cik B betul-betul surut.
Belum lagi ada rasa nak belajar teknik marmet ini sebab baby dah pandai menyusukan kemudian saya dah mula pam untuk buat stok EBM. Tetapi Allah nak bagi peringatan supaya belajar, apabila pam tertinggal di rumah semasa saya di pejabat. Ya Allah dah susu tengah banyak dan bila sudah sampai masa untuk pam memang bengkak la. Terkial-kial buat teknik marmet sambil tengok dalam internet tapi buat semasa tgh stress memang tak menjadi la. Tetapi cuba jugak sebab dah sakit, dapat la keluar jugak walaupun sedikit sekurang-kurangnya lega sikit bengkak tu. Teknik nampak senang kalau tak betul gayanya susah juga.
Semasa hendak bersalin kali kedua saya cuba sediakan diri dengan teknik marmet at least ada basic pun jadilah sebab saya tak nak bengkak susu di hospital nanti stress. Di rumah ada orang nak tolong, di hospital awak sorang-sorang dengan baby. Allah itu Maha Mengetahui, saya kena juga bengkak susu hehehe Allah is the best planner, Stress jugak la sebab bersalin kembar, cser pula tu tetapi Allah tolong saya dengan datangkan seorang misi yang sangat ramah suka bertanya khabar saya setiap kali shift dia. Kak ina namanya, dia yang bagi semangat dengan cara dia sendiri. Pada hari saya bengkak susu, dia nampak saya tak selesa. Datang ke katil saya tanyakan kenapa? bila saya cakap bengkak susu, dia offer nak ajar macam mana nak buat teknik marmet. Saya kata saya tahu kut macam mana nak buat, terus dia cakap " Dah tau kenapa tak buat". Sengih jer lah bila kena sound macam tu kan. Tapi dia tetap ajar supaya saya tak salah buat, dia jugak yang tolong saya cari bekas nak simpan susu yang dah diperah. Walaupun tak sampai 5 minit Kak Ina ada dengan saya tetapi sokongan dia tu yang buat saya hilang stress, dapat buat marmet walaupun terkial-kial selepas tu saya mula faham rentak teknik marmet alhamdulillah banyak susu yang dapat diperah hampir setengah cawan. Masa tu masih lagi kolustrum belum susu matang. Terkejut jugak dapat kolustrum banyak macam tu, cecair yang paling berharga.
Sekali lagi Kak Ina datang sebagai penyelamat semasa saya hampir nak buang kolustrum yang diperah sebab peti ais mana ada kan hendak simpan. Susu ibu boleh bertahan selama 4 jam dalam suhu bilik jadi sepanjang 4 jam itu cubalah bagi sedikit demi sedikit pada baby jangan la buang. Sengih lagi la bila kena sound macam tu. Saya ikut nasihat Kak Ina, hasilnya sikit jer susu yang akhirnya dibuang yang lain selamat diminum kembar. Banyak jasa Kak Ina ni semasa saya di wad, dia jugak yang beri topi pada kembar sebab tengok topi kepala yang saya bawak besar sangat tak padan dengan tuan. Ok, cukup bab nostalgia meh belajar cara marmet.
(Gambar-gambar ilustrasi disini bagi memudahkan pemahaman tidak ada niat lain.)
Cara-cara melakukan teknik marmet :
1. Letakkan (position) ibu jari diatas puting dan 2 jari dibawah puting lebih kurang dalam 1” ke 1 1/2” daripada kawasan aerola. Buat pegangan bentuk C dan andaikan tangan seperti jam iaitu ibu jari dikedudukan pukul 12 dan jari yang lain dikedudukan pukul 6.
3. Pada masa yang sama picit (roll) mengunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi mengalakkan susu keluar. Gerakan tersebut akan mengalakkan susu keluar tanpa merosakkan tisu payudara.
4. Ulang langkah 1-3 mengikut rentak dibawah bagi memerah susu sehingga habis.
• Position, push, roll...
• Position, push, roll...
5. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Ini bagi memastikan semua kilang susu dapat dikosongkan.
Pastikan semasa melakukan marmet JANGAN lakukan ini :
1. Meramas (squeeze) payudara kerana ia akan mengakibatkan lebam.
2. Geselkan tangan dengan payudara kerana boleh mengakibatkan melecet.
3. Menarik puting kerana akan menyebabkan tisu rosak.
Nampak senang kan tetapi kena praktis supaya apabila sampai masa hendak digunakan tahu macam mana hendak buat. Jangan jadi macam saya, tahu tapi tak praktis kemudian stress. Ada ibu yang lagi suka teknik marmet ni daripada guna pam sebab mereka boleh rasa kelenjar mana yang penuh susu, disitu la yang mereka picit lebih. Apabila dah mahir senang sangat buat marmet ni, Teknik ini sekali lagi menyelamatkan saya apabila bengkak susu semasa wean off kembar. Semasa wean off sepatutnya tidak boleh pam ataupun perah kerana ia akan stimulate otak supaya hasilkan susu, kena lah tahan sehingga bengkak tu surut sendiri. Tetapi saya tidak tahan sebab bengkak berhari-hari tanpa ada tanda-tanda nak surut berbeza semasa wean off abang sulung si kembar, sekejab sahaja sudah surut bengkak. Oleh kerana tidak tahan, marmet la jawabnya. Baru lega selepas tu, tetapi melihat susu yang dibuang terasa sayangnya. Itu la perasan ibu-ibu yang berusaha perah untuk buat stok tiba-tiba EBM rosak ataupun penat perah selama 15 minit tiba-tiba tumpah. Itu la pengalaman.

Pernah dengar kaedah urutan bagi mengalakkan susu Milk Ejection Reflex (MER)?
Saya pun baru belajar ni. Saya kongsikan bagi semua ibu-ibu pun dapat belajar yer.
(sumber rujukan : http://lllrochester.weebly.com/uploads/7/9/5/4/795404/marmet_technique_tearoff.pdf)
Kesimpulannya, ilmu penyusuan ini penting supaya ia dapat membantu kita menjayakan usaha menyusukan si manja. Jadi jangan berputus asa, kuatkan semangat kerana wanita dicipta oleh Allah walaupun lembut tetapi ada kekuatan yang tersembunyi. Chaiyok! Gambate!