Persediaan Yang Perlu Dibuat Sebelum Bersalin




Tik Tok Tik Tok... dah hampir 9 bulan sekejap jer rasasudah sampai masa untuk melahirkan. Fasa baru bakal bermula jadi siapkan diri anda.

Persediaan yang biasa dilakukan sebelum bersalin seperti biasa beli pakaian bayi, pampers, alat mandi, tilam, bantal, selimut, minyak angin dan sebagainya. Apabila makin dekat dengan hari bersalin beg hospital perlu sudah siap sedia sebagai persediaan apabila tanda-tanda bersalin sudah tiba. Saya dahulu masa mengandung 7 bulan sudah mula siapkan beg hospital excited sebab anak sulung kemudian mengandung kali kedua masuk 8 bulan baru saya siapkan beg hospital.

Keperluan bayi biasanya akan saya beli awal semasa perut masih belum besar dan masih berdaya untuk shopping, jika lambat beli takut nanti sudah tidak larat hendak berjalan lama-lama. Biasanya saya yang akan beli barang-barang bayi sebab dahulu saya bekerja dekat dengan shopping mall. Hujung minggu baru keluar dengan suami untuk beli barang-barang yang lain. Kami akan beli sedikit demi sedikit macam bulan ni cari baju dahulu kemudian bulan depan cari pampers pula, ada perancangan. Kalau hendak beli semua sekaligus berlubang poket nanti, kami akan cari tempat yang ada promosi supaya dapat berjimat terutamanya pampers.

Senarai barangan bayi :

  1. Baju dan seluar panjang 
  2. Baju dan seluar pendek 
  3. Barut 
  4. Pampers 
  5. Wet tissues 
  6. Stokin dan sarung tangan 
  7. Selimut (boleh digunakan sebagai bedung juga) 
  8. Bedung (Saya beli bedung yang moden supaya senang digunakan ) 
  9. Alat mandian dan tuala 
  10. Minyak angin (untuk elakkan kembung) 
  11. Tilam dan bantal 
  12. Botol susu 
  13. Puting (ini optional saya beli sebagai standby semasa kembar takut tak boleh handle, tetapi dorang tak nak pun) 
Saya akan buat senarai barang apa yang perlu dibeli, semasa mengandung kali kedua kami kurang beli baju baru sebabnya baju anak pertama banyak yang masih elok. Senarai barangan itu penting supaya tidak ada barang yang lupa dibeli kerana semasa pantang nanti seeloknya semua barangan sudah ada nanti susah pula hendak mencari sebab sedang berpantang. Sibuk membeli barangan bayi, barang untuk ibu jangan lupa yer seperti jamu atau ubat semasa berpantang, barut, pilis, stokin tebal dan upah orang berurut. Berpantang itu penting bagi saya lah kerana itulah masa untuk kita sembuhkan dan kembalikan kecergasan badan selepas mengandung dan bersalin. Semasa anak pertama saya gunakan maternity pad tetapi semasa bersalin kali kedua saya lebih selesa gunakan pad biasa tetapi jenis overnight.

Senarai barangan ibu:
  1. Set berpantang (selalunya semua sudah lengkap dengan jamu, pilis dan lulur) 
  2. Barut 
  3. Stokin tebal 
  4. Tempah makcik urut 
  5. Sweater atau baju tebal 
  6. Kain batik atau skirt atau seluar yang selesa (bagi yang bersalin normal tidak digalakkan pakai seluar kerana jahitan) 
  7. Pad (saya gunakan overnight pad untuk heavy flow) 
  8. Nursing bra 
  9. Pam susu (untuk pam EBM buat stok) 
Beg untuk hospital pula pastikan barangan penting ada didalamnya contohnya pampers dan baju anak. Tidak perlu bawa banyak sangat kerana nanti takut membebankan, pengalaman saya selalunya tinggal dihospital dalam 2 atau 3 hari kalau tiada masalah. Jika ibu dan bayi perlu ditahan lebih lama minta suami atau ahli keluarga terdekat bawakan barang keperluan tambahan. Saya share list beg hospital saya dahulu.

Barang bayi:
  1. Baju bayi 4 pasang 
  2. Stokin dan sarung tangan 4 pasang 
  3. Sarung kepala 
  4. Pampers (10 keping) 
  5. Alat mandi 
  6. Tuala 
  7. Selimut 
  8. Bantal (kalau mahu) 
  9. Minyak angin 
  10. Wet tissues 
Barang ibu :
  1. Kad Pengenalan dan buku rekod hamil. 
  2. Baju tshirt, kain batik (selepas daftar ibu diarahkan tukar pakai kain batik) 
  3. Pakaian dalam (seeloknya bawa nursing bra kerana selepas bersalin senang hendak susukan anak) 
  4. Panties (saya bawa yang disposable punya sebab jika kotor terkena darah boleh terus buang, dekat dalam wad susah hendak cuci kut) 
  5. Pad (Jenis overnight untuk heavy flow) 
  6. Tudung 
  7. Stokin 
  8. Charger handphone 
  9. Satu bekas kecil ESP dan shaker (senang hendak bancuh nanti) 
  10. Repack beberapa vitamin (zinc, vitamin c, b complex dan vitalea) 
  11. Buku (takut nanti bosan) 
  12. Mathurat (daripada termenung baik berzikir bagi hilang nervous) 
  13. Tuala 
  14. Alat Mandi 
  15. Selipar 
Lagi banyak barang ibu dari barang baby kan hehehe...ini list saya tetapi ibu-ibu boleh buat senarai ikut keperluan sendiri. Saya ambil Set Berpantang Shaklee sebab itu saya repack ESP, Zinc, Vitamin C, B Complex dan Vitalea tetapi jangan salah faham yang saya tidak berpantang secara tradisional. Saya masih lagi bertungku, mengurut, berbarut dan berpilis cuma jamu saya kena berhati-hati kerana saya berdarah O dan jenis darah ini anak selalunya kuning. Pengalaman saya semua anak saya kuning dan prolong jaundies walaupun saya kepingin hendak makan jamu tetapi tak boleh. Jadi saya makan jamu selepas abis pantang dan anak sudah tidak kuning lagi.

Okey persediaan daripada segi barangan sudah settle, dari segi kerohanian pula ibu-ibu sudah ready menjalani kehidupan dengan baby baru. Bagi 1st time mommy mungkin akan rasa gabra campur excited campur yakin semua perasaan bercampur gaul kerana hendak tempuh kehidupan yang baru. Bagi ibu yang sudah mempunyai anak mungkin akan rasa risau bagaimana hendak menguruskan anak-anak bersama baby baru. Apa yang paling penting sekali adalah kesabaran, itu adalah kunci segalanya. Bukan mudah menguruskan baby baru tetapi ingat Allah tidak berikan kita anugerah terindah ini jika kita tidak boleh menguruskannya. Anak adalah anugerah serta dugaan daripada Allah.

Sedikit info tentang Kolostrum 

Bagi yang muslim perbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir supaya lebih tenang dan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bagi yang non-muslim banyakkan bertafakur dan tenangkan fikiran kerana stress atau anxiety boleh membuatkan ibu-ibu lebih tidak bersedia dan takut. Rilek sahaja. Keluar bersiar-siar jumpa dengan keluarga dan kawan-kawan enjoy your life. 


Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin kelak, jangan takut jangan risau hadapi dengan tenang insya allah semuanya akan selamat dan dipermudahkan. Selamat berpantang dan menjalani kehidupan baru yang penuh dengan warna warni. Jika semasa berpantang tidak tahu mahu makan apa boleh rujuk entri ini.



1 comment... add one now

bodu bosongot bodu bosongot 04 September, 2017
Thanks infonya..kita pun berdarah o risau jga baby kuning byk yg ckp drah o ni sng baby kna kuning