Kalau nak cerita pasal customer ni macam-macam perangai dah saya jumpa so far. Ada yang senang betul close deal, ada yang berdalih banyak sangat, ada yang tanya tak sudah-sudah. Tetapi mereka ni customer so kena la layan selagi boleh sebaik mungkin tapi kalau kekwat lelebih sangat memang mendapat gak la Cuma dalam cara yang sangat halus.
Ada customer yang memang dah buat research dulu kat google then dia tanya kita, disebabkan dia dah buat research kekadang soalan tahap KBAT jugak saya dapat. Mau cracked gak kepala pikir jawapan, ada tu memang tanya tanpa buat research. Walaupun macam mana pun kena gak layan, kalau terdapat soalan level KBAT tu memang akan mula mencari segala nota dan mami Shaklee bertanya info.
Saya ni insan kerdil dlm Shaklee ni lum ada nama lagi. jadi bila ada org luar dr circle kengkawan PM tanya rasa cm nak lompat sampai ke bulan sebab nampak la hasil sharing tanpa henti tu
Tapi rasa nak lompat ke bulan bertukar jadi nak terjun laut bila...
" saya fikir dulu yer.."
" saya tanya suami dulu yer.."
" napa harga awak mahal? Ada org offer lg murah.."
" eh kat website tut tu & tet tet harga lain dr yg awak bagi.."
" macam mana cara makan vitamin sekian2 yer..(sedangkan beli ngan org lain).."
" mcm mana cara makan yer..(lum beli pun lagi dah tanya cara makan..bila xnak ajar sentap)..
Tu belum lagi nampak produk Shaklee ada yg jual dekat kedai or farmasi. Sampai satu tahap terfikir gak mcm mana nak jual kalu mcm ni.
Sebab selalu sgt dpt respon2 rejek mcm ni saya dah dapat agak & rasa sama ada prospek ni beli atau tidak, tapi layan kan ajer pastu doa mana tahu Allah balikkan hati dia rezeki mana nak tahu kan.
Masa memula buat shaklee dulu selalu la kena buli mcm ni, layan pm 2 3 pagi tanya cara nak makan tapi bukan beli ngan kita. Pehtu dah diajar jgn terlalu murah hati sebab itu added value kita, beli confirm dpt layanan tip top.
Dulu sbb nak cater perang harga sanggup buat price list sendiri sebab nak locked customer tapi skang ni jual retail jer la. Itu hak saya yg menjual, yg lain setakat nak uv jer tak nak untung biarkanlah.
Sekarang ni kena belajar cara nak sebarkan aura menarik org membeli sebab sampai bila nak jadi ikan kecil kan. Belajar kentalkan hati sebab rezeki dtg dari Allah xyah kisah la org lain jual harga ahli ker below harga ahli ker. Buat penat fikir jer, bila fikir mula rasa down pastu mula la rasa nak give up.
Cuma kalau ada prospek nak beli dgn harga ahli tapi bukan ahli, maaf saya akan basuh ngan clorox pemikiran tu dulu yer.
Berniaga biar ada etika, jgn aniaya rakan yg lain. Bertanggungjawab pada customer korang jgn lepas tangan kang jadi apa2 hal korang nak tanggung ker? Haruslah tak..
Customer pulak memang korang nk murah tapi bila xder guide korang main hentam makan bila jadi sumthing korang salahkan produk. Kalau beli kain baju xper la, ni benda nak jadi darah daging kut.
Namun, customer yang baik akan sentiasa diingati begitu juga yang kerek hehehe. Nama pun berniaga kalau tak jumpa perangai yang pelik-pelik tu memang tak sah la kan.
#tsunamishaklee
#sindiketsukses
#shakleekotadamansara