Selamat Hari Raya! Hari ini mesti meriah dengan makanan. Makan borak
makan borak makan borak. Waktu inilah ramai yang ambil peluang merapatkan
silaturahim. Selalunya bila festive season macam ni, ramai juga yang akan jatuh
sakit. Demam, selsema dan batuk kombinasi tu memang selalu lah jadi.
Tengah hari smlm
semasa saya dan keluarga keluar untuk open house cuaca subhanallah
sangat-sangat panas. Aircond dalam kereta full blast pun tak rasa punyalah
panas. Saya duk berdoalah nanti bebudak ni takder yang demam. Mereka memang
ambil Mealshake dan Vitamin C untuk kesihatan dan sistem imun mereka. Mak pak
dia ni ambil Vitamin C dan Vivix.
Meal Shake -
mengandungi nutrien (vitamin dan mineral perlu yang diperlukan oleh badan) yang
kadang kala tidak dapat diperolehi daripada makanan, jadi anak-anak perolehi
keperluan yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.
Vitamin C -
antioksidan yang bagus dan menguatkan sistem imun serta bagus untuk melawan
selsema.
Vivix - antioksidan
yang bagus untuk mengekalkan kesihatan di paras yang optimum.
Zinc Complex - juga
menguatkan sistem imun badan.
Garlic Complex -
antibiotik semulajadi.
B Complex -
menguatkan antibodi badan.
Membina sistem imun
yang tinggi amat penting kerana sekarang ni sangat banyaklah virus dan bakteria
yang tidak diketahui. Virus dan bakteria pun dah berevolusi dengan pesatnya u
know, ubat pun ada yang dorang dah imun. Haish tak takut ker? Saya takut sebab
kalau terkena penyakit yang susah nak ubat alahai sakit otak dibuatnya nanti.
Sistem imun yang
kukuh ni sebagai perisai supaya kita bebas melakukan apa yang kita perlu
lakukan contohnya keluar bekerja. Andai kata kita sering sakit mesti selalu MC
ataupun EL kan? Jadi prestasi kita pun akan merundum, ini akan merosakkan rekod
kita di tempat kerja. Kenalah pulak dapat majikan yang tak faham, lagi sakit
otak dibuatnya. Sekarang musim ekonomi merundum prestasi kerja kena jaga,
kehadiran pun kena jaga. Jangan nanti sebab selalu MC jadi pasal dekat tempat
kerja untuk majikan buang kerja.
Contoh lain pulak
aktiviti lasak diluar, sekarang ni saya lihat ramai juga yang suka extreme
sport ni. Tapi kalau asyik sakit jer, kan tak best nanti selalu terlepas
peluang untuk join aktiviti-aktiviti macam ni.
Contoh yang paling
dekat ngan saya pulak, kalaulah saya sebagai suri rumah ni selalu sakit aduhai
apalah nak jadi dengan rumah nanti. Anak-anak ntah ke mana, rumah tunggang
langgang. Selalunya SAHM ni kalau demam pun akan gagahkan diri untuk buat kerja
rumah lagi, jadi daripada kena paksa diri yang sakit terus bertahan baik kekal
sihat kan.
Saya sendiri memang
ambil Vitamin C, B Comp, Zinc Comp dan Garlic Comp namun Allah itu lebih
berkuasa, kalau Allah kata sakit memang sakit jugalah. Kita cuma berusaha
supaya kekal sihat tetapi kalau sakit kena redha sebab itu tanda Allah sayang
kita. Sakit tu kan penghapus dosa.
Saya tak nak la
orang salah sangka, ambil supplemen takkan sakit dah. Mana boleh fikir macam
tu, ambil supplemen untuk sihat adalah usaha kita. Andai kata tak ambil
supplemen mungkin kita sakit lagi teruk, tetapi disebabkan kita ambil supplemen
kita sakit tetapi cepat sembuh.
Jadi marilah kita
berusaha untuk sihat yer.
#tsunamishaklee
#sindiketshaklee
#shakleekotadamansara
#sayajualshaklee