Kalau kita nak
berjaya kita mesti ada BIG WHY supaya itulah yang jadi semangat untuk kita
terus berusaha.
Percaya atau tidak
mamat ni lah 1st BIG WHY saya, Boboiboy kuasa 3 ni pulak 2nd BIG WHY.
Walaupun bukan kerja
saya carik duit tetapi saya tetap hendak menyumbang, dulu saya bekerja jadi ada income
every month walaupun lebihan setiap bulan tak banyak sebab saya dipaksa oleh
mamat tu abiskan bayar hutang PTPTN ngan hutang kad kredit. Seksa weh, tapi dengan
lebihan tak byk tu lah saya dapat menyumbang walau tak banyak sedikit dlm
meringankan beban mamat tu. Alhamdulillah atas paksaan mamat tu juga saya free debt
semasa mengandung si kembar dapatla simpan duit.
Namun setelah pegang
title SAHM ni tiada fixed income, saya agak resah jugak sebab saya bukan jenis
suka nak minta-minta dekat en.suami. Nak mula bisnes masa tu tak cukup kaki tangan sebab
jaga si kembar tapi apabila kembar dah besar sedikit, saya pun dah mula ada masa yg
boleh dicuri-curi saya start buat Shaklee dgn harapan dapat membantu en.suami.
Bukan tak cukup apa yg en.suami provide, kalau tak cukup takkan saya berani
berhenti kerja. Aim saya masa tu hendak kumpul duit tuk kami beli rumah landed
untuk keselesaan kami sekeluarga.
Boboiboy kuasa 3
semakin membesar, perbelanjaan pun mula la membesar juga bila dorang start
sekolah. Kena kumpul duit tuk education dorang juga, aim saya kalau anak-anak
ada rezeki belajar tinggi dan ditakdirkan tak dapat biasiswa education fund
dorang ada.
Walaupun kedua2 aim
saya masih jauh lagi tetapi berusaha tanpa mengalah tu wajib kerana rezeki tak
salah alamat mesti ada sebab Allah belum kurniakan saya rezeki yang saya
idam-idamkan itu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.
Doakan saya berjaya
yer, doa kalian amat saya hargai.