Pengalaman Mengandung Kembar
Ayu ZalieErm arini saya nak share pengalaman mengandungkan kembar, si Faheem dan si Farhat, Dorang pun dah setahun 5 bulan sekarang. Dulu sebelum mengandung kali kedua memang dah niat nak bagi adik dekat Irfan (anak sulung saya) bila dia cecah umur 3 tahun. Alhamdulillah rezeki Allah nak beri apa yang saya hajatkan. Bila period dah mula lewat saya pun belikan alat check pregnancy dekat farmasi, buat la sendiri check dan tu dia double lines muncul dengan bangganya, Masa Irfan dulu line kedua agak samar-samar bila check doktor, doktor cakap dalam 5 minggu sebab tu line kedua tu samar-samar. Kali kedua ni pula line kedua tu agak jelas sekali bila kira balik tarikh last period belum lagi sampai 2 bulan pun. Saya tak puas hati esoknya beli pulak alat pregancy test jenama Clear Blue digital yang boleh detect berapa minggu kita sudah mengandung, Masa tu belum bagitau suami lagi sebab nak bagi konfem bebetul. Bila check guna Clear Blue Digital, ia menunjukkan saya sudah hamil beberapa minggu. Seronok sangat! Saya bagitau suami, dia pun sama seronok. Petang tu balik kerja terus pergi jumpa doktor untuk sahkan betul tak pregnant. Alhamdulillah memang sah pregnant dan doktor bagi bekalan asid folic. Jadi tunggu cukup 12 minggu baru pergi buat buku antenatal.
Saya sebelum tu memang sudah makan Vitamin Shaklee (Vitalea, B Complex, Vita C,Lecithin dan Alfalfa) selepas tahu mengandung cepat-cepat tanya upline saya Vitamin apa yang perlu continue dan apa yang perlu stop sepanjang pregnancy. Beliau beritahu yang Alfalfa dan Lecithin stop dahulu yang lain continue macam biasa.
Bermula la episode mual-mual, angin, senanak perut waktu malam, sesak nafas waktu nak tido hehehe. Semuanya dilalui dengan tenang, selepas mengandung anak pertama dah mula tahu macam mana nak handle kesemua simpton itu. Tetapi satu benda yang saya xleh nak handle masa tu ialah penat tersangat la penat, masa Irfan dulu pun tak macam tu even sampai nak tunggu waktu bersalin saya masih boleh bertahan dengan steadynya, Saya beritahu en.suami dan dia nasihatkan pergi jumpa doktor check. Ok la pergi la jumpa Doktor Fiza (Klinik Nadia) yang memang saya suka pergi sebab doktornya ramah dan baik. Macam biasa la check tekanan darah, tengok berat, check air kencing kemudian dia tanya "dah pernah scan lum" saya jawab "belum lagi" kemudian Dr.Fiza "Saya scan yer nak tengok keadaan baby". Jeng jeng jeng. Baru jer alat scan letak kat perut saya nampak ada dua janin, belum sempat saya bertanya Dr. Fiza dah buka mulut "Eh macam ada dua la,kejab yer saya check bebetul. Yer betul ada dua,awak nampak tak dedua ada heart beat". Wau bergenang air mata tak dapat digambarkan perasaan masa tu, semua bercampur gaul suka,gembira,takut,risau semua ada. Rasa macam nak pengsan pun ada.
Dr. Fiza "inilah punca awak penat sesangat. Ha jangan risau la yer, semuanya ok. Makan makanan berkhasiat dan makan lebih skit sebab awak nak supply dua orang ni. Jangan risau semuanya akan selamat. Banyakkan berdoa". Balik dari klinik, saya send gambar scan kepada en.suami. Hehehhe apa lagi keriangan la.Saya share dengan adik beradik serta umi dan abah semua pakat seronok sebab xpernah lagi dalam family kami ada kembar. Belah suami pun tiada, tak tau lah nenek moyang dulu-dulu ada kan yang kami tahu tiada kembar.
Apa lagi mula rejim makan lebih yer makan makanan berkhasiat yer. Sepanjang mengandung memang saya makan vitamin Shaklee (Set Ibu Mengandung : Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix). Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yang besar sepanjang mengandung. Saya tak demam berbanding semasa mengandung Irfan, dulu setiap bulan mesti demam without failed semasa kembar alhamdulillah tak pernah demam. Masalah yang saya hadapi semasa kembar adalah Hb Low, jadi kena lah makan makanan yang lebih zat besi. Selain dari itu tiada masalah lain.
http://ayuhsihat.blogspot.com/2013/12/mengapa-kalsium-penting-untuk-ibu-hamil.html
Rutin check up macam biasa tiada yang special cuma saya kena check dekat dua tempat, hospital dan klinik kesihatan. Hospital kerana saya mengandung kembar jadi mereka nak monitor. Genap 37 minggu kembar pun dilahirkan secara pembedahan c-sec disebabkan Irfan dulu c-sec jugak jadi doktor tak advice bersalin normal. Walaupun hati kepingin nak bersalin normal tetapi apa kan daya tiada rezeki yang penting anak-anak selamat.
Sekarang saya sibuk menguruskan kembar dan abangnya, I am Stay At Home Mom cum Work From Home Mom (doing Shaklee). I am happy with my life now eventho tired and as usual life have up and down. Menipu kalu saya cakap saya tak pernah rasa tension semasa menguruskan anak-anak tapi itu asam garam dunia. Allah tak uji atau beri dugaan lebih daripada yang kita mampu hadapi. Doakan saya sentiasa cekal dan tabah yer. Terima kasih.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →