Pernah dengar tak
orang cakap, kalau ambil ni sakit akan keluar dulu pastu baru elok. Dulu semasa
saya di asrama salah seorang roomate saya ambil ubat herba untuk jerawat, masa
mula-mula ambil memang meriah jerawat dia keluar kemudian selepas beberapa minggu
kemudian jerawat yang meriah tadi mula mengecut dan kulit dia makin elok dan
cantik. Bila ditanya jawapan dia memang ubat ni bagi keluar semua jerawat dulu
baru dia elokkan kulit. Masa tu mana tahu lagi pasal healing crisis ni, selepas
kenal Shaklee baru tahu pasal healing crisis ni. Rupanya kes roomate tadi tu
healing crisis la, nasib baik dia sabar hadapi healing crisis macam tu kalau
orang lain mungkin dah stop makan ubat tu.
Healing crisis ni
berlaku apabila kita ambil supplemen dan badan berinteraksi dengan supplemen
tersebut bukan sebab tidak serasi tetapi sebab nak bagi elok la. Healing crisis
aka krisis penyembuhan, memang kena sabar la untuk hadapinya. Badan sedang direpair
dari dalam istilah mudahnya. Semasa saya mula-mula ambil Shaklee dulu, saya tak
berapa ingat sebenarnya healing crisis saya sebab dah hampir 6 tahun berlalu
tetapi yang paling baru ni saya cuba Vivix.
Agak hebat jugaklah
healing crisis yang saya kena hadap, 2 3
hari pertama steady lagi kemudian badan mula tunjukkan simptom-simptom. Demam,
selsema dan batuk menyerang agak teruk gak la dengan sakit-sakit badan lagi.
Pergh kalau boleh nak baring jer kat
dalam bilik tak nak bergerak tapi dah nama Ibu kan mana boleh baring lama-lama.
Masa ini minum air banyak sbb semasa healing crisis memang kena minum air
banyak, up kan dose Vitamin C dan Zinc Complex.
Sihat dari demam dan
sakit-sakit badan, jadi benda lain lak ingatkan settle dah healing crisis
rupanya belum lagi. Naik ruam-ruam halus lak kat muka, aduhh banyak-banyak
healing crisis part nasib bendasing kat
muka yang paling saya takut. Tetiap hari belek cermin bilalah nak hilang
janganlah melarat, risau betul. Masa ni saya sapu Herbal Blend kat muka nak
bagi ruam-ruam tu cepat hilang.
Alhamdulillah, tak
lama lepas tu hilang. Healing crisis saya dengan Vivix dekat seminggu gak la.
Banyak betul yang kena repair agaknya. Tetapi apapun bila berlaku healing
crisis kena sabar hadapinya kerana setiap orang tak sama.
Jadi jangan takut bila ada healing crisis ini menunjukkan badan sedang dalam proses penyembuhan. Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang menawarkan kesihatan dan kecantikkan dalam masa yang singkat. Semak dan selidik dulu sebelum beli.