Hae Soo Scarlet Heart Ryeo The Girl From Future


Go Ha Jin atau Hae Soo
Disebabkan malam ni episode 10 Moon Lover Scarlet Heart: Ryeo yang telah dinantikan selama seminggu, kita cerita pasal Hae Soo pula. Wang So dah sudah kali ni Hae Soo pulak lain kali kita cerita pasal karekter yang lain pulak.

Hae Soo yang dilakonkan oleh IU (Lee Ji Eun) merupakan seorang gadis daripada masa hadapan yang telah mengembara ke masa lampau. Go Ha Jin lemas semasa menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada lemas. Ketika Go Ha Jin berusaha untuk menyelamatkan diri daripada lemas, gerhana telah berlaku. Semasa Go Ha Jin dapat keluar daripada air dan terselamat daripada lemas, suasana sudah berubah dan dia berada di zaman lampau didalam badan seorang gadis bernama Hae Soo.
Si bubly Hae Soo dan Chae Rong
Pembantu Hae Soo, Chae Rong mengatakan bahawa Hae Soo sudah berada didalam air sangat lama dan beranggapan Hae Soo sudah mati dan apabila Hae Soo muncul ke permukaan air ibarat Hae mati hidup kembali. Go Ha Jin yang kebingungan berasa sangat takut dan keliru membuatkan dia mengurung diri didalam bilik. Ketika inilah Putera Wang Wook datang sebagai penyelamat jeng jeng jeng. Prince Charming datang...
Takut, keliru dan tak tahu nak buat apa.
Wang Wook cuba memujuk Go Ha Jin/ Hae Soo keluar daripada bilik dan supaya tidak lagi berasa takut kerana dia akan melindunginya. Tangan yang dihulur disambut dan bermula la kehidupan Go Ha Jin sebagai Hae Soo. Perubahan sikap Hae Soo agak mengejutkan semua orang kerana dulu (sebelum kejadian lemas) Hae Soo seorang yang lemah lembut dan menjaga tata tertib berlainan dengan Hae Soo yang sekarang yang lebih outspoken dan lebih ceria. Semua benda pun main redah jer sampaikan semua pun pening nak layan.
Mula hulur tangan lepas tu bagi hati wakakaka
Disebabkan sikap Hae Soo yang berlainan ini menyebabkan Wang Wook tercuit hatinya hehehe. Sehinggakan Wang Wook pun jatuh cinta dengan Hae Soo, bibit cinta pun mula berputik. Tetapi salah tetap salah kan, Putera Wang Wook tu suami kepada sepupu Hae Soo, Myung He. Mana boleh kacau husband orang.No no no. Myung He dapat kesan yang Wang Wook suka kepada Hae Soo dan Hae Soo juga begitu. Disebabkan Myung He sakit dan kisah cinta mereka ini dapat dikesan oleh Putera Baek Ah, mereka berdua memendamkan rasa cinta masing-masing. Berusaha untuk tidak mengembangkan lagi rasa cinta tersebut kerana Myung He. Cinta terlarang kan kenalah pendam perasaan.
Permulaan bibit cinta mereka
Sakit Myung He semakin tenat tetapi sebelum Myung He meninggalkan dunia dia sempat meminta pada Maharani Hwangbo, bonda Putera Wang Wook supaya mengahwinkan Wang Wook dengan Hae Soo.Selepas kematian Myung He, mereka berdua menyambung kembali cinta dorang secara senyap-senyap. Kali ni makin lovey dovey sebab dah tiada halangan kan. Sweet manis berdenting leh potong kaki semua cukup.
Kematian Myung He yang tidak disangka
Semasa Wang Wook tahu Hae Soo akan dikahwinkan dengan seseorang yang berpengaruh, mengelabah la si Prince Charming ni. Buat plan dengan putera-putera yang lain untuk melarikan Hae Soo. Ha, lupa nak cerita Hae Soo sangat sangat sangat disayangi dan disukai oleh putera-putera raja yang lain juga, dorang suka melepak dekat rumah Wang Wook sebab Hae Soo. Ada jer benda yang jadi melibatkan Hae Soo dan putera-putera tu semua. Disebabkan karektor Hae Soo yang berlainan daripada gadis-gadis zaman itu membuatkan Hae Soo ini berlainan dan refreshing. Tu yang dorang suka kawan ngan Hae Soo tu.
Hae Soo bakal jadi Maharani? Mak tiri Wang Wook dan Wang So?
Ok, balik cerita larikan Hae Soo. Dapat lari separuh jalan jer sebab Ji Mong sekat dorang tengah jalan, rupanya Maharaja Taejo yang nak kahwin dengan Hae Soo atas sebab politik, Maharaja pun tak tahu Hae Soo pengantin dia hari tu, boleh tak? Mentang-mentang la raja ikut suka hati jer. Wang Wook dan Wang So berusaha menyelamatkan Hae Soo daripada perkahwinan tu, tiba-tiba Hae Soo boleh pulak kelar tangan dia masa putera berdua ni duk bergaduh ngan ayah dorang. Semua pakat terkejut la. Peraturan istana adalah isteri kepada raja tidak boleh ada parut pada badannya atas sebab itu Hae Soo kelar tangan dia. Kesimpulannya Hae Soo selamat daripada kena kahwin dengan Maharaja Taejo dan takde la jadi mak tiri Wang Wook. Mana boleh cinta hati naik pangkat jadi mak tiri hahahaha.
Comel la awak ni hahaha
Kisah Hae Soo dan Wang Wook bertambah rumit dengan adanya Wang So. Sesungguhnya ahkak tidak tahu mahu sokong siapa, dua-dua pun best. Hae Soo juga mula mendapat bayangan tentang Gwangjong dan beberapa lagi gambaran yang membuatkan dia keliru. Keliru mek tu tak tahu macam mana nak buat. Orang yang tengok ni pun tak tahu apa nak jadi. Kita tengok sambungan malam ini dan seterusnya sama ada Hae Soo pilih Wang So atau Wang Wook. Wang So makin berani selepas upacara panggil hujan dan Wang Wook makin tertekan kerana Wang So cuba merampas Hae Soo.
Please wait for me
Ini pun satu hal gak, Wang So ni takkan tak tahu yang Wang Wook ngan Hae Soo ni couple lovey dovey. Putera Baek Ah lak duk cucuk jarum sebab dia tahu Wang So suka Hae Soo. Makin complicated citer ini. So kita tunggu dan lihat jer lah, lepas ni mesti banyak scene yang sakit hati,  scene yang rasa cam nak sumpah orang dan scene yang bagi orang nangis. I guarantee you lah.
Gaduh rebut apa tu bang? Rebut tahta ker rebut Hae Soo
Hae Soo secara kesimpulannya seorang gadis yang berani kerana dapat survive di zaman yang bukan zamannya. Berada di kalangan elit yang tak terpikir dek akal, golongan istana kut giler hapa. Seorang yang tidak berputus asa, pada zaman tersebut Hae Soo tak tahu membaca tetapi dia berusaha untuk belajar. Memang seorang yang main redah jer asal dia rasa betul dia buat. Sikap tu yang selalu bawa masalah pada dia. Seorang yang ceria dan bubly tu la yang memikat hati Wang Wook, Wang So dan Wang Eun. Jadi siapa yang dapat memiliki cinta Hae Soo walaupun sekarang ni ada dekat Wang Wook hahaha kena tunggu dan lihat. Bye...


0 comment... add one now