Haih another week of Moon Lovers Scarlet Heart:Ryeo ended with curiosity and anxiety. Kadang terasa macam nak menyumpah diri sendiri pun ada kenapa tengok cerita ni sebelum series complete, kalau dah completed boleh marathon tanpa terseksa menunggu episode baru setiap minggu.Telan B Complex la tuk tenangkan diri menanti. Hahaha, cerita ni setup dia sangat cantik, great view, great shot aduh jatuh cinta dengan keindahan alam kejadian Allah. Subhanallah cantik sangat. Ai bagi review 2 episode sekali terus la yer (episode 8 dan epsode 9), tetapi tidaklah details mana kalau mahu recap yang details boleh jer google Dramabeans.
Nak tengok cerita leh klik Moon Lovers Scarlet Heart : Ryeo
Scarlet Heart : Ryeo |
Oh No, jangan la jadi kejam. |
Wang Wook seorang yang gentleman tetapi terlalu bersopan santun dengan late wife (Myung Hee) sampaikan tak perasan yang dia sebenarnya cintakan Myung Hee. Haih apa la, sekarang ni dia nak cover balik semua tu dengan Hae Soo. Dorang berdua ni sangat lovey dovey tetapi sopan comel jer sebab historic series memang sopan sikit scene nya.
Alololo sweetnya, try tunjuk muka gembira walaupun tahu dah nak berpisah |
Hae Soo dapat adapt dengan Damiwon sebab bidang kecantikan memang kemahiran dia. Apabila Hae Soo tahu tanpa sengaja penyakit Putera Mahkota dan tolong redakan kesakitannya, Hae Soo mula dapat kepercayaan Putera Mahkota Wang Moo. Haih untung betul minah ni abis semua orang kenal dia, Maharaja pun kenal. Macam mana Maharaja kenal tu dalam episode 6, nanti korang tengok la sendiri tak pun carik la recap dekat Dramabeans. Hehehe boleh kan.
Wang Wook ngan Hae Soo memang dah lovey dovey, sweet jer. Wang Wook bagi Hae Soo gelang untuk tutup parut dekat tangan Hae Soo dan berjanji untuk cari jalan lepaskan Hae Soo daripada jadi Lady Court. Tapikan Wang Wook ni walaupun dia ni pandai tapi a bit slow sebab terlampau berhati-hati. Bila dia mintak Hae Soo tunggu tu dah dapat agak lambat lagi la tu hahaha.
Negara dorang tengah kemarau, Maharaja Taejo bapak putera-putera raja sekalian tu nak buat ritual panggil hujan. Disebabkan Maharaja dah tak berapa sihat, sakit lutut (tu la cuba makan Omega Guard Shaklee confirm sihat walafiat lutut tu hahaha), Ji Mong (tukang tilik istana) mintak Maharaja pass jer ritual tu pada putera raja dia. Time ini dapat rasa dah Ji Mong ni mesti ada muslihat lain sebab dia memang nak Wang So ni dapat perhatian Maharaja. Bila buat undi siapa yang kena buat ritual tu agak dah mesti naik nama Wang So, tapi Ji Mong pandai kata yang itu adalah pilihan dewa.
Wang So macam biasa la risau sangat dengan parut tu mula la rasa tak senang duduk bila dapat tugasan ni. Tapi dia buat jugak, dorang ni obedient dengan arahan Maharaja jangan memain tapi dalam patuh tu ada gak melawan nya. Sampai masa tuk buat ritual, alahai kesian tengok Putera Wang So masa ni. Kena cemuh sebab parut dekat muka, kena baling batu, kena caci, kena baling lumpur sampai dekat depan istana semua pun pandang Wang So dengan pandang kesian. Mak dia dengan Wang Yo toksah cakap senyum sinis jer. Tak faham tul ngan mak dia tu la, yang bagi muka Wang So berparut pun dia jugak pastu buat anak dia macam tu apa punya mak la. Wang So dah tak tahan tapi kemuncak bila Hae Soo sendiri pandang dia dengan pandangan kesian, woah patah hati terus kawan tu. Giler apa, orang yang ko suka pun pandang dengan pandangan kesian dah la si Wang So ni agak proud dan ego orangnya walaupun dalam hati ada taman.
Malu punya pasal, dia lari tak nak teruskan upacara tu. Dah satu kerja nak memujuk pulak. Orang lain macam mak Wang So dan Wang Yo suka la jadi macam ni. Kerja nak ambil kesempatan jer. Hae Soo pujuk Wang So untuk teruskan upacara, Wang So tak nak merajuk la konon. Ji Mong pun pujuk, memula keras gak tak nak tetapi lepas Ji Mong bagitau yang Wang So ni ditakdirkan untuk jadi orang penting dan Ji Mong berusaha untuk jadikan benda tu kenyataan baru lah terpujuk. Haish giler kuasa betul hahaha. Hae Soo pulak datang dengan bantuan makeup dia, disebabkan make up tu rakyat dapat terima Wang So buat upacara panggil hujan, haih la pandang rupa betul la dorang ni. Hati yang baik tu lagi penting tau tak, muka cantik kalau hati busuk tarak guna.
Raja Gwangjong yang kejam, bunuh semua adik beradik dan rakyat jelata selepas jadi raja. |
Kesian la, dahaga kasih sayang |
Patah hati bila Hae Soo reject dia. |
Dalam episode 9, Putera Eun kahwin dengan anak general Seon Deuk. Anak general ni memang lama dah suka ngan Putera Eun nampak sangat tapi Putera Wang Eun tak suka sebab dia suka Hae Soo. Bertuah betul si Hae Soo ni semua orang nak kat dia. Tapi selepas Hae Soo pujuk barulah dia setuju kahwin.
Wedding Putera Eun |
Mungkin ada couple baru juga tak lama ni, couple ni pun menarik gak ni. Putera Baek Ah dengan Puteri Woo Hee. Dah mula ada spark antara dorang ni jeng jeng jeng. Kita tunggu yer. Tapi hati ni masih kesian dengan Wang So, nak dia dengan Hae Soo tapi kesian pula dengan Wang Wook. Tapi Wang Wook ni slow la, patut dia fight la mintak Hae Soo dengan Maharaja Taejo ni tak duduk senyap jer. Come on Wang Wook, gentleman must fight for his woman.
Ada Couple Baru Nie |
Cam comel jer dorang ni |
Wahai hati bersabar tunggu minggu depan yer, kita tunggu tengok jadi apa. Daripada preview episode 10 bertambah intense cerita ni, Mak Wang So cuba racun Putera Mahkota dan salahkan Hae Soo. Wang So macam jadi hero selamatkan Hae Soo sebab ada scene dia muntah darah. Isk isk mak apa la dia ni. Marah tul dibuatnya.
Kita tunggu minggu depan yer. Kalau ada yang membaca terima kasih bebanyak baca coretan mengarut ni. Saranghae hehe