To All Mommy To Be
Out There...
1st -
Congratulation! You Are Pregnant
2nd - Please take
care of self, there is human being inside you
3rd - Please be
careful o what you eat
1st trimester
selalunya agak sukar kerana morning sickness, tiada selera makan, penat dan
mood swing. Tetapi perlu hadapi dengan tabah.
"cakap
senanglah sebab tak rasa." Mesti ada yang cakap benda ni, memang ada yang
bernasib baik kerana tidak mengalami alahan tetapi ada yang mengalaminya dengan
teruk.
Saya sendiri
mengalami alahan dan hilang selera makan yang agak extreme. Tetapi jangan
mengalah terus kuatkan semangat.
Setelah masuk 2nd
trimester alahan dan selera makan akan bertambah baik dan inilah masanya ibu
kena makan lebih tetapi jangan makan ikut suka pula yer.Hanya 360 extra kalori
diperlukan oleh wanita mengandung bukannya 3600 yer. Jadi sapa kata kena makan untuk 2 orang kalau mengandung.
1 mangkuk mee sup =
380 kalori
Semasa mengandung
juga adab, bahasa, tinggah laku perlu dijaga sepuya anak didalam
kandungan mendapat stimulasi yang baik dari ibunya. Bayi akan mendengar serta merasa apa yang ibu dia sedang buat kerana itulah ibu perlu menjaga adab semasa mengandung. Rajin-rajin baca al-quran, solat dan menjaga percakapan, emosi kita juga mempengaruhi. Percayalah bukan mudah hahaha semasa saya sedang mengandung perkara yang paling saya tak suka dengar adalah "sabar, ingat anak dalam perut tu", kalau sedang marah bertambah marah jadinya.
Orang disekeliling juga perlu main peranan, ibu mengandung emosinya tidak stabil kerana pelbagai hormon sedang dihasilkan didalam badan jadi jadilah bijak ketika berkata-kata dengan ibu mengandung. Kadang kala mereka perlukan pendengar untuk luahkan perasaan mereka, jadilah pendengar yang baik serta kawan berbual yang baik. Dari cakap "sabarlah,ingat anak dalam perut tu" atau "jgn marah-marah nanti anak mengikut" lebih baik cakap "Allah sayangkan kamu sebab itu awak hadapi ini" atau "semuanya akan jadi lebih baik, bertenang" atau " jangan la marah-marah nanti anak dalam perut mesti pelik kenapa la ibu marah, kesian dia konfius". Cubalah cakap benda yang menyenangkan dan membuatkan ibu itu happy.
Jadi bakal ibu-ibu
sekalian sila jaga bahasa,pemakanan dan tingkah lakunya kerana pembelajaran
anak bermula daripada alam rahim. Pernah dengar kan buat latihan matematik semasa mengandung nanti anak jadi bijak. Permakanan juga perlu dijaga kerana takut memberi kesan kepada anak apabila lahir nanti. Seperti cerita ibu didalam entri yang saya share dibawah ini, dia makan tuna seminggu 3 4 kali, anaknya mengalami alergi yang agak teruk sedangkan beliau merupakan seorang yang menjaga pemakanan dan makan makanan organik.
Oleh kerana itu, sila ambil perhatian lebih sedikit semasa mengandung yer.