Stress Pembunuh Jiwa Yang Senyap



Stress setiap orang takkan lepas dengan stress tetapi ada yang mengalaminya lebih daripada yang lain. Stress bukan sakit yang boleh dirawat semudah merawat demam selsema, punca stress sukar diketahui walaupun orang mengalaminya.

Ada stress yang boleh ditangani malahan menjadi pembakar semangat contohnya stress untuk menyiapkan sesuatu projek. Stress kerana kekangan masa dan pelbagai faktor tetapi kerana mahu menyiapkan projek itu dengan baik, semua tekanan itu dijadikan pembakar semangat.

Ada stress yang sukar ditangani seperti kehilangan seseorang yang kita sayang, postpartum atau baby blues, masalah rumah tangga dan pelbagai lagi masalah yang menganggu emosi seseorang. Disebabkan stress bukannya sakit yang boleh dirawat dengan ubat-ubatan semata ia memerlukan rawatan psikologi untuk mengembalikan jiwa yang tenang.

Stress boleh bertukar menjadi depression ataupun tekanan jiwa jika tidak ditangani dengan baik ia boleh memudaratkan kerana mereka yang mengalami depression ini cenderung menyakiti diri sendiri ataupun hidup didalam dunia mereka sendiri. Kadang kala kita boleh melihat jika seseorang itu mengalami masalah depression kadang kala tidak. Antara yang paling sukar dikesan adalah postpartum depression ataupun baby blues, ibu yang mengalaminya kadang kala tidak sedar pun mereka mengalami masalah ini. Ia boleh berlanjutan walaupun anak sudah besar.

Rasa itu datang tanpa sedar, datang dengan tiba-tiba menyebabkan emosi terganggu dan menjadikan kualiti hidup mula hilang. Disebabkan itu mereka yang merasakan ada masalah ini boleh sebagai permulaan cuba carik dan fahami triggers depression tersebut dan gunakan kaedah journal untuk keep track apa yang dirasai. Antara perkara yang boleh dicatitkan didalam journal itu adalah :

  1. Masa, tarikh dan tempat episode stress itu datang
  2. Apa yang sedang dilakukan ketika itu?
  3. Siapa yang ada bersama ketika episode itu berlaku?
  4. Apa yang dirasai semasa episode itu berlaku?
  5. Apa yang difikirkan ketika itu?
  6. Apa yang dirasai ketika itu secara fizikal?
  7. Rating stress ketika itu (0-10)

Jika bukan jenis yang suka simpan journal, kita cuba kaedah lain pula. Sebagai orang islam perkara yang paling mudah dilakukan semasa episode sedang berlaku adalah ambil wuduk, ambil al-quran dan mengaji sehingga rasa itu hilang atau berkurangan. Walaupun nampak senang tetapi semasa episode sedang berlaku, duduk didalam dunia sendiri lebih menarik daripada buat apa yang sepatutnya dibuat ketika inilah kekuatan jiwa dan kehendak perlu kuat. Jika mahu kembali sihat kena kuat dan jangan terlalu layankan episode itu. Susah memang susah kerana ketika itulah syaitan akan masuk jarum kaw kaw kerana emosi sedang terganggu jiwa sedang berkecamuk.

Jangan dicemuh mereka yang ada masalah sebegini kerana apa yang mereka perlukan adalah sokongan, jangan perkecilkan masalah emosi mereka ini kerana apa yang mereka rasai didalam jiwa itu tiada siapa yang tahu. Bagi mereka yang mempunyai masalah depression sila cari satu aktiviti atau cara yang boleh membuatkan kita lupa episode tersebut. Ini untuk merangsang kembali perasaan gembira dan bertenang. Kalau rasa bersenam boleh buatkan kita happy silakan, kalau rasa baca buku boleh buatkan happy silakan, apa sahaja aktviti yang membuatkan kita happy dan lupakan episode stress tersebut. Episode tidak boleh dilayan kerana jika dilayan bertambah teruk jadinya.

Sila berfikir secara positif, cari positif didalam apa jua yang berlaku. Berfikiran positif membuatkan kita lebih yakin dan perlu sentiasa bersangka baik dengan Pencipta kerana Dia tidak akan menduga kita dengan dugaan yang kita tidak boleh hadapi. Kalau rasa serabut sangat buat apa pun tak boleh sila carik seseorang yang dipercayai untuk luahan perasaan. Cari mereka yang faham kerana kadang-kala episode datang tanpa diundang tiba-tiba boleh rasa hendak menangis atau tiba-tiba boleh rasa hendak duduk dalam gua.

Mereka yang tidak faham akan kata "ko dah kenapa? Itu pun tak boleh handle"
Mereka yang faham " meh cerita kat aku, apa yang ko rasa "

Sokongan dari mereka yang memahami itu penting, jika korang terpilih menjadi "shoulder to cry on" sila bersabar dan cuba tolong mereka atasi episode mereka. Perkara yang penting jika episode emosi merusuh berlaku adalah tarik nafas dan bertenang, bagi muslim ambil wuduk dan mengaji/ berzikir dengan khusyuk, yang non-muslim bertafakur supaya minda tu tenang dan tidak ikutkan sangat emosi, buat aktiviti yang membantu melupakan episode yang sedang berlaku. Cari "your person" untuk meluahkan perasaan jika tidak mampu mengawal episode dan cuba berfikiran positif lupakan episode itu.

Bagi yang mengalami masalah depression atau stress yang melampau doktor selalunya akan berikan ubat disamping sesi kaunseling, namun ada juga supplemen yang boleh membantu masalah ini.

Contohnya :
B complex - kumpulan B Complex membantu melawan tekanan, menenangkan saraf dan memudahkan tidur malam.

B complex Shaklee mempunyai kumpulan B yang lengkap (B1,B2,B3,B5,B6, B12, Asid Folik dan Biotin)

Magnesium - merupakan mineral penting untuk saraf dan otot badan, ia mempunyai kesan penenang dan kerana itu ia berkesan untuk mengawal tekanan.

Ostematrix Shaklee  mempunyai kalsium dan magnesium yang sesuai untuk keperluan badan dan penting untuk fungsi sistem saraf (neurotransmitter). Kalsium juga mempunyai fungsi penenang dan didalam Ostematrix Shaklee bukan sahaja ada kalsium dan magnesium malahan ada boron,zinc, kuprum dan Vitamin D.

Vitamin C - membantu mengawal tekanan dan memperbaiki insomia

Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah antara yang terbaik kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan ia melepaskan vitamin C kedalam badan secara sedikit demi sedikit selama 5 jam. Ini memastikan bekalan vitamin C sentiasa ada didalam badan.

EPA dan DHA - telah dibuktikan secara kajian bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu masalah mental dan kemurungan.

Omega Guard Shaklee bukan sahaja mengandungi Omega-3 tetapi mengandungi EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Minyak ikan yang tulen melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang menyingkirkan logam berat yang membahayakan.

Kolin - penting untuk sistem saraf dan kesihatan otak

Lecithin Shaklee mengandungi kolin yang berfungsi untuk membentuk rangkaian saraf yang sihat serta meringankan stress.

Jika ada kemahuan disitu ada jalan. Jika kita merasai kita mempunyai masalah stress, masalah depression perlu bertindak segera jangan dibiarkan ia berlanjutan. Masalah ini lebih kepada kekuatan hati dan mental bagi melawan emosi yang berkecamuk. Jika perlukan supplemen sila ambil, jika sudah tidak terkawal sila berjumpa dengan yang pakar jangan tanggung seorang diri kemudian tenggelam. Ingat Allah itu ada, solat tahajud antara penawar yang mujarab kerana waktu itu Allah khaskan bagi hambanya untuk meminta apa yang dikehendaki.

Sila ingat 2 ayat ini :

Surah Ar-Rahman ayat 13, ayat ini diulang beberapa kali didalam surah Ar-Rahman.



Surah Al-Baqarah ayat 286



0 comment... add one now