Rindu Descendants Of The Sun La Pulak...Kena Rerun La Jawabnya

Tetiba rindu pulak hendak tengok Descendant Of The Sun, boleh. Puncanya terdengar lagu OST DOTS Always by Yoonmirae, ntah macam mana dalam playlist lagu yang tengah dengar. Perasaan rindu tu datang terus menusuk tangkai hati wakakaka kalah rindu boifren.
Aura cerita ini belum wash off abis daripada kotak fikiran ahkak ini. Banyak dah cerita yang menarik, tertarik ko memang the bomb tapo Descendants Of The Suns tetap No.1. 

Sedikit sinopsis drama korea yang sangat hits ini. Ai bagi short version punya, nak yang panjang dan details sila google.

Kisah percintaan seorang askar dan seorang doktor (yer cerita cinta, cerita apa lagi hahaha). Berjumpa secara tak sengaja semasa di Korea, Kapten Yoo Si Jin (lakonan Song Jong Ki) ajak Doktor Kang Mo Yeon (Lakonan Song Hye Kyo) dating tetapi setiap kali tu lah ada halangan menyebabkan date dorang terbengkalai. Doktor Kang Mo Yeon definitily into Kapten Yoo Si Jin tapi dia tak tahu apa-apa pasal kapten ni. Dia tahu Yoo Si Jin adalah askar tetapi nature of work Kapten Yoo Si Jin membuat Kang Mo Yeon rasa tidak selesa. Dia doktor kena selamatkan orang manakala Yoo Si Jin askar yang membunuh orang, conflict of interest.
Kali Pertama Bertemu
Pada pendapat ai la kan, masa Kang Mo Yeon decide tak nak teruskan hubungan dengan Yoo Si Jin walaupun spark antara dorang sangat kuat sebab masa tu dia tengah serabut, Terlalu banyak benda yang berlaku masa Yoo Si Jin takde sebab bertugas. Kang Mo Yeon kehilangan peluang untuk naik pangkat dan kemudian kena buli pulak dengan doktor yang cantik lebih tapi buat kerja tak reti. Jadi dia tak nak serabutkan hidup dia lagi, dia lupakan spark dengan Yoo Si Jin. Kalau ingat balik muka Kapten Yoo Si Jin masa kena dump, huhuhu sedihnya.
Do i know you hahaha
Ok move on, Kapten Yoo Si Jin kena bertugas ke Urk sambil membawa hati yang luka. Tetapi tak lama lepas tu Doktor Kang Mo Yeon kena bertugas kesana juga. Jeng jeng jeng. Di Urk la kisah cinta dorang berlaku. Kapten Yoo Si Jin cuba buat tak tahu dengan Kang Mo Yeon sebab frust tapi tak boleh. Kang Mo Yeon cuba tolak perasaan dia terhadap Yoo Si Jin tapi tak boleh jugak hahahah. Last couple jugak dorang. Sempatla dorang berlovey dovey dekat Urk, atasi masalah plaque bersama, atasi masalah gengster bersama dan atasi gempa bumi bersama.
I will always protect you....ececece
Setelah tamat tempoh perkhidmatan mereka di Urk, balik korea sambung lovey dovey kat korea pulak. Kang Mo Yeon mula sibuk dengan kerja di hospital kerana dia hendak naik pangkat, dulu tak dapat naik sebab orang dengki kemudian kena hantar ke Urk pun sebab orang dengki. Jadi dia kena start from below balik. Sepanjang mereka di Korea, Kapten Yoo Si Jin banyak kali juga dipanggil untuk misi menyelamat tetapi kali ini mereka berdua sudah faham.Kemuncaknya apabila Kapten Yoo Si Jin kena buat misi selama 3 bulan ditempat yang dirahsiakan, semasa misi tersebut Kapten Yoo Si Jin dan kawan baiknya Sergeant Major Seo Dae Young dikatakan terkorban. Mereka dianggap terkorban kerana tidak ditemui, missing in action.
Bromance.. Seo Dae Yong and Yoo Si JIn
Aduh, masa tengok eposide tu rasa jantung macam nak pecah. Mana boleh hero mati, tak boleh!.

Setiap kali mereka menyertai misi, mereka akan menulis surat terakhir yang akan disampaikan pada orang yang dituju seandainya mereka terkorban. Semasa Kang Mo Yeon terima surat daripada Yoo Si Jin, aduhai luluh hati baca. Lama Kang Mo Yeon untuk pulih dan terima kenyataan, sebenarnya dia tetap tak lepaskan Yoo Si Jin kerana setiap hari dia akan anta mesej pada no telefon Yoo Si Jin. Pada hari ulangtahun kematian pertama Kapten Yoo Si Jin, Doktor Kang Mo Yeon sertai misi kemanusiaan Albania dan kononnya nak sambut hari ulangtahun disana lah.

Tetiba sesuatu yang tidak diduga jadi, Kapten Yoo Si Jin muncul di Albania dengan keadaan yang selamat. Wah, hero hidup kembali. Hero heroin reunite kembali yeay. Kapten Yoo Si Jin dan kawannya Sergeant Major Seo Dae Young ditahan di satu tempat yang mereka sendiri tidak tahu, diseksa setiap hari tetapi diselamatkan oleh "kawan dari jauh" Yoo Si jin.

Yoo Si Jin dapat bersatu kembali dengan cinta hatinya Kang Mo Yeon, Seo Dae Yong pun sama dengan cinta hatinya Yoon Myung Ju (kisah couple ni pun tak kurang dramanya, lain kali la ai cerita yer). Habis cerita Descendants Of The Sun.
Seo Dae Yong ngan Yoon Myung Ju
Dia punya aura sampai sekarang para peminat duk berharap Song Jong Ki dan Song Hye Kyo couple. Dorang digelar SongSong Couple sebab keserasian dalam drama sampaikan orang ingat mereka ni bercinta. Tetapi industri hiburan Korea ni brutal tau sebenarnya hahaha, artis kena rahsiakan hubungan mereka kerana peminat. Macam ramai jer yang tak kahwin sebab jadual kerja dorang tersangat pack dan sibuk, lagi untuk artis yang sedang hot sekarang macam Song Jong Ki dan Song Hye Kyo. Bila masa dorang nak bercinta, nak bercinta pun susah kesian dorang. Kalau couple dengan orang yang peminat tak suka memang konfem kena kutuk kaw kaw punya. Kesian dorang.

Biarlah tu dunia dorang, jom layan lagu dan video clip my favourite scenes daripada DOTS.

Nanti kita jumpa lagi yer...

0 comment... add one now