Spread Your Wings, Fly High And Touch The Sky



Kalau sebut pasal bisnes mesti tak lari dengan hal mengembangkan bisnes atau empayar. Mana ada orang bisnes setakat nak lepas makan pakai jer, kalau ada pun memula jer lah lepas tu mesti ada impian nak kembangkan bisnes tu. Begitu jugalah dengan saya. Sebagai distributor Shaklee, impian mestilah nak ada empayar sendiri dengan nama sendiri sebagai founder. Tetapi kenapa kena bina empayar kemudian kembangkan empayar tersebut?

Saya ada 2 point besar yang saya pegang.
  1. Supaya dapat komuniti yang sihat dan cergas. Healthy people better world.
  2. Supaya empayar yang bakal saya lahirkan menjadi inspirasi kepada orang lain.

Healthy People Better World, Why?
Apabila semakin ramai yang sihat dan cergas, penyakit berjangkit dan penyakit kronik akan berkurangan kerana sudah wujud kesedaran betapa pentingnya nilai kesihatan itu. Tiada lagi kes kematian kerana tiada penderma organ, tiada lagi kes kematian kerana tidak dapat rawatan kerana kos yang tinggi, tiada lagi penyebaran virus-virus merbahaya dan macam-macam lagi. Untuk istilah "tiada lagi" mungkin agak keterlaluan tetapi kita boleh berusaha untuk mengurangkan kewujudan kes-kes sebegini. Apabila badan sihat mental juga sihat, kes-kes yang melibatkan masalah jiwa mungkin dapat dikurangkan. Persekitaran yang baik akan mempengaruhi emosi kita, kehidupan kita sekarang terlalu banyak tekanana yang kadang kala membuatkan kita hilang kawalan. Mungkin ada yangmengatakan sangat naif impian saya ni tetapi itulah harapan saya.

Menjadi inspirasi kepada orang lain, mengapa?
Apabila empayar berkembang bermakna semakin ramai orang yang bernaung dibawahnya dan ini bermakna sudah ramai yang dapat membaiki ekonomi diri. Ramai yang buat Shaklee untuk memperbaiki ekonomi keluarga dengan cara membawa lebih banyak duit kedalam kehidupan mereka. Dengan tak langsung membantu menaik taraf kehidupan mereka. Ramai diantara ahli Shaklee yang beli rumah dengan hasil titik peluh buat Shaklee, dapat membawa keluarga berjalan-jalan ker oversea, Umrah dan pelbagai lagi. Apabila ramai yang lihat ahli dibawah empayar saya berjaya mereka juga akan bermotivasi untuk berjaya juga dan pastinya saya akan merasa puas dapat menolong orang lain. 
Ini antara sebab mengapa saya perlu kembangkan empayar saya dan serius serta fokus untuk menjadikannya satu kenyataan bukan setakat post di facebook atau di blog sahaja.


0 comment... add one now