Selalukan kita dengar "makan lebih sikit nanti susu tak cukup" atau pun "makan jer apa nak makan nti nak menyusu" atau pun " isk semua benda xleh nak makan takut effect baby"
Haih macam-macam.. ada yang kata xper makan jer ada yang cakap makan tu beringat nanti anak effect..effect yang macam mana maksud saya biasanya masalah kembung la..mak makan benda berangin anak kembung..mak xjaga waktu makan nanti anak kembung..mak minum kopi nanti anak xleh tido...
Semua diatas adalah betul sebenarnya. Ini mengikut cakap orang-orang veteren dan pengalaman sendiri. Si ibu harus menjaga pemakanan, memang kena makan tetapi WAJIB meneliti apa yang dimakan. Sebagai contoh si ibu makan udang atau makanan laut (pergh sedap sehingga menjilat jari hehehe) kemudian menyusukan anak tak lama lepas tu anak jadi gatal-gatal tanda alergi walaupun si ibu tak ada apa-apa alergi. Jadi si ibu haruslah berhati-hati ketika makan makanan laut. Sedih sebab tak dapat makan udang, jangan la gitu sila fikirkan anak kesian dia kena alergi dah la masih kecik. Sabar dan berkorban skit yer ibu. Semasa berpantang lagi ketat pemakanan kita dijaga oleh ibu-ibu kita. Tidak boleh makan makanan berangin nanti anak kembung, makan kena on time nanti angin masuk perut anak kembung, kalau anak kena kuning tak boleh makan makanan yang panas contohnya lada hitam atau jamu dan macam-macam lagi.
Semasa menyusukan anak, ibu perlu mengambil kalori lebih sedikit berbanding mereka yang tidak menyusu. Namun jangan risau dengan menyusukan anak ibu dapat membakar 500 kalori dengan hanya menyusukan anak kerana itu ada sesetengah ibu yang dapat kembali ke bentuk badan asal selepas habis waktu berpantang. Pengalaman saya ketika anak pertama, walaupun menyusukan anak sepenuhnya tetapi berat badan tidak turun malahan naik lagi waaa sangat stres masa tu. Tetapi setelah dikaji dan diselidik mana la berat tak naik lepas menyusu jer lapar pastu makan makanan berat. Kalori satu hari tu harus la lebih dari yang sepatutnya. Semasa mengandung anak kedua, saya dah pasang niat nak jaga makan sebaik mungkin xnak ikutkan nafsu macam dulu. Lepas menyusu mesti lapar tapi saya ambil langkah bijak dengan makan buah ataupun roti wholemeal ataupun minum air. Jadi perut tu xder la lapar sangat dan berat pun dapat turun dengan jayanya. yeay!
Ok, kembali ke pemakanan ibu menyusu, ibu perlu ambil makanan seimbang mengikut piramid makanan macam saya beritahu tadi jangan main makan ikut nafsu jer. Kita mahukan susu yang berkualiti untuk anak kita jadi ibu kenalah makan makanan yang berkhasiat. Zat besi,iodin dan vitamin D antara vitamin yang diperlukan oleh bayi bagi membentuk tulang dan otak yang sihat. Malahan omega,vitamin B dan vitamin C juga penting. Pendek kata pastikan makanan ibu berkhasiat supaya nutrien tersebut dapat diserap kedalam susu untuk si manja. Malahan dengan menjaga pemakanan ibu tidak akan mudah letih dan stres.
Jangan risau walaupun perlu menjaga pemakanan tetapi itu tidak bermaksud ibu tidak boleh menikmati makanan kesukaan ibu. Makanlah seperti biasa cuma pastikan tidak terlalu mengikut nafsu dan pastikan makanan berkhasiat. Ibu yang menyusu juga perlu minum air lebih banyak dari biasa, supaya badan tidak kehausan dan organ-organ dapat berjalan dengan lancar bagi menyerap nutrien yang terdapat dalam makanan. Selalunya bagi ibu yang menyusu badan kadangkala bayi ada yang tidak membuang air besar sampai berhari-hari, cuba lebihkan minum air dan susukan anak seperti biasa insya allah bayi akan membuang seperti biasa. Kadangkala kerana ibu tidak minum cukup air itu yang jadi penyebab bayi tidak membuang kerana susu badan tidak la merisaukan sangat tetapi jika minum susu formula tetapi tidak membuang maknanya sembelit la tu dan susu itu tidak sesuai dengan bayi.Bagi ibu menyusu lebihkan protein dan kalsium kerana dua komponen ini penting untuk pembentukan susu ibu. Malahan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Sumber Makanan Berkhasiat Yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu
Nutrien | Sumber Makanan |
Kalsium | Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (ikan bilis), kacang dan hasil kacang (dhal,tauhu dan tempe), sayuran (seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli), produk diperkaya dengan kalsium (seperti susu berkalsium tinggi,yogurt, bijirin sarapan pagi,biskut) dan nasi. |
Zat Besi | Kerang, Ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, peria,bayam dan kangkung. |
Iodin | Makanan laut (seperti kerang, kupang, ikan, rumpai laut), telur, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan, sayuran yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan. |
Zink | Daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih (kuaci), bijirin penuh (terutama bran) |
Folat | Sayuran berdaun hijau, kacang bendi, asparagus, kekacang,bijirin dan hati. |
Vitamin A | Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga dan betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak dan labu) dan sayuran berdaun hijau |
Vitamin B1 | Ragi, kekacang, produk yang diperkaya (seperti roti, bijirin dan biskut) |
Vitamin B2 | Kekacang (kacang kuda, soya, kacang merah dan kacang hitam), daging, telur |
Vitamin B3 | Daging, hati, ikan bilis, kekacang, bijiran penuh dan tepung gandung mil penuh |
Vitamin E | Minyak sayur, biji benih (kuaci), kacang dan bijirin |
(Sumber : Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya)
Apa yang kalau boleh ibu menyusu hadkan pengambilan adalah kopi,teh,air tenaga,air kordial,makanan segera dan minuman ringan. Semua ini mempunyai kandungan gula,kafein dan garam yang tinggi, Hadkan pengambilan. Bukan tak boleh makan dan minum tapi kalau boleh hadkan, bukan sahaja untuk anak tetapi untuk menjaga kesihatan si ibu juga.
Ok la sampai disini dulu...nanti saya sambung lagi ya..
Teruskan penyusuan susu ibu.. anda memang ibu yang hebat.
Jika Berminat Untuk Membeli Boleh Klik Pada Link Dibawah :
Atau