Ceritera Detoks..Best Wey Buat Detoks Ni...





Detoks..ermmm...Detoks...ermmm..Owh Detoks...

Dulu memang tahu pasal detoks tapi takde la beria nak buat setakat buat detoks infuse water jer. Tahu pasal kepentingannya sebab tu, buat jugak infuse water tu walaupun payah nak telan rasanya. Kemudian jeng jeng jeng Mommy Shaklee ajak join group detoks yang sedang diusahakan, apa lagi bagaikan mengantuk disorongkan bantal la. Masa tu tengah sibuk buat Detox Parasit, ramai yang join buat detoks masa tu meriah betul group Whatsapp berbunyi tak berhenti semua share resepi, share tips memang rasa ilmu tu melimpah ruah.

Kenapa tetiba sibuk dengan detoks? Salah satunya memang penting detoks ni dalam kehidupan kita dan seeloknya kalau hendak ambil apa-apa supplemen lebih baik buat detoks dulu. Apabila badan sudah bebas toksin ataupun toksin sudah berkurangan barulah supplemen senang hendak diserap oleh badan.

Contohnya usus kita, setiap saat ada makanan yang lalu dan diproses kan, jadi pasti ada yang melekat pada permukaan usus yang lama kelamaan akan jadi kerak yang menyebabkan nutrien terhalang daripada diserap. Jadi dengan buat detoks kita membuang kerak-kerak pada usus supaya kita dapat kebaikkan daripada apa yang kita makan.


Kami bermula dengan Detox Parasit yang dibuat bermula 5 hari sebelum bulan penuh dan berakhir selepas 5 hari bulan penuh. Kenapa buat semasa bulan penuh? Kerana pada masa itu parasit sangat aktif dan membiak jadi waktu itulah waktu terbaik untuk membanteras parasit ini.

Kita tengok dari segi Islam pulak, kita digalakkan untuk berpuasa setiap 13,14 dan 15 mengikut takwin islam. Hari ini dipanggil hari putih. Hari bulan penuh memang mengandungi pelbagai rahsia dan kelebihan kan, pelbagai acara dikaitan dengan bulan penuh jadi marilah kita basmi parasit apabila bulan mengambang. Oleh kerana itulah kami SID buat Detox Parasit bila bulan penuh.

Nampak gambar kat bawah ni, selepas 2 bulan buat detox parasit dan detox shaklee dapat balik pakai baju ni. Sangat-sangat seronok wa cakap lu. Baju ni buat masa badan kurus, walaupun orang kata muka nampak tua la apa la tapi saya suka badan  masa ni sebab kena dengan BMI. Muka nampak tua segala bagai sebab dark cirle kat mata tu buatkan muka serupa panda. Mana idaknya letih jaga kembar kut, malam mana lena tidur. Mana nak sempat tempek krim segala bagai kat muka. Selepas kembar wean off, badan start naik balik walaupun tak banyak tapi disturbing jugak la.

Silap saya juga tak kawal makan selepas kembar wean off terbawa-bawa cara makan masa BF. Walaupun semasa BF saya sudah kontrol makan menyebabkan badan bertambah senang turun dengan bantuan kembar tetapi selepas wean off saya tak cut off extra kalori yang ambil masa BF. Jadinya badan slowly naik. Runsing tau tak, elok-elok dapat BMI yang sepatutnya dah off track balik. Saya ni idakla tinggi mana tu pasal BMI tu kena elok, kalau tidak sangat tidak elok rupanya.

Start kontrol portion makan, banyakkan makan sayur dan lauk (protein) untuk stimulate metabolisme. Nampak kesan tapi slow sangat-sangat, kena pula selalu makan malam. Mana idaknya itu la masa nak makan sama-sama ngan en.suami kalau dia ajak makan kul 12 pun ku turutkan jua. Dah tu takkan nak biar dia makan sorang-sorang, ustazah cakap tak baik buat gitu. Kami pula masing-masing ada bisnes masing-masing, kadang-kadang lepas makan dah bizi balik. Baru nak borak dah ada orang call en.suami tanya pasal helmet rare Magnum la LTD la Rt la, tak pun bila en.suami hendak borak kita pulak sibuk ngan kerja-kerja Shaklee. So masa makan tu jer lah time berdua, tu pun kadang-kadang kena hijack dengan Whatsapp. Hohoi ni apa cerita pasal rumah tangga lak ni, ok berbalik pada cerita detox tadi.



Bulan pertama bulan Detox Parasit, detox parasit pantang dia gula putih, kafein, gandum dan roti. Jadi takde la seksa perut sangat cuma kena pandai pilih makanan. Pernah dengar eat clean tak? kalau pandai eat clean lagi bagus. Lepas buat Detox Parasit perubahan yang paling ketara badan rasa ringan, sedap dan kalau bangun tidur tu segar jer. Dulu tidur lama pun rasa cam tak puas, tidur sekejab lagilah rasa tak puas.Silap masa sebelum buat Detox Parasit saya tidak timbang berat jadi tak tahu perbezaaan berat sebelum dan selepas. Tapi baju masa tu dah mula rasa longgar-longgar.

Lagipun masa bulan pertama buat ni banyak cheat sebab kalah dengan healing crisis. Buat sama-sama dengan en.suami, semangat ni beli plain yogurt, al manna, buah segala bagai sebab nak buat detoks tapi hari ke-3 en.suami down with fever (healing crisis) pastu anak-anak pula demam sahut-menyahut. Stok Nutriferon abis dekat dorang jer lah, saya jer lah yang meneruskan detoks parasit ni tetapi dengan supplemen yang terhad jer lah. Namun dapat jugak abiskan detoks.

Kisah detox bersambung kebulan kedua, kali ini Shaklee dah mula launch set detox dengan 7 days meal plan. Kali ini rasa macam hendak buat 7 days meal plan tu, so buat plan hendak guna meal plan shaklee tu masa buat Detox Parasit 2.0. Sampai masa bulan mengambang kita mulakan operasi kita. Jom Banteras!

Start 7 days detox with Shaklee, 1st day makan sayur hijau semata yang raw hahaha ok jer tak mati pun. 1st day survive so kita move on ke 2nd day, 3rd day dan seterusnya sehingga ke 7th day, yeay dah boleh makan nasi dan sebagainya. Ok, now the moments of truth berat takde beza rasanya la sebab timbang kat rumah ni rosak dikerjakan dek bebudak ni. Takper kita lupakan pasal berat badan, kita try baju yang paling kecik size dalam almari jeng jeng jeng. Muat sey hahaha melompat-lompat la apa lagi. Anak dah pelik napa ibu pakai baju kurung pastu siap gelak-gelak.2 bulan buat detox (detox parasit dan detox shaklee) hasilnya dapat balik pakai baju dulu, badan rasa ringan dan bertenaga. 

Sekarang ni maintain dengan jaga makan, eat clean then buat jugak detox. Detox ni proses dia berpanjangan sebab toksin sentiasa ada disekeliling kita kan, tak sanggup nak buat tetiap bulan kita buat selang seli atau 2 3 bulan sekali tapi bottom line kena buat.

Ini lah kisah saya buat detox, kesannya memang best kerana itulah saya sangat syor kan buat detox sebelum hendak buat program lain macam hendak kulit bersih ker, hendak kurus ker. Sebagai penutup saya letak beberapa testimonial detox.











Nak detox meh kontek saya yer.







5 comments.. read them below or add one

Shah Danial Shah Danial 20 September, 2016
Nampak sangat bagus. Gejala2 kulit sensetif amat, cepat ngantuk, kulit kering, cepat obesiti (kerja mmg duduk), bdn lesu also sakit2 nampaknya mewajibkan saya telan Detol (h)
Ayu Zalie Ayu Zalie 20 September, 2016
Sila-sila buat...untuk kesihatan diri sendiri jugak kan...
Ayu Zalie Ayu Zalie 20 September, 2016
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ayu Zalie Ayu Zalie 21 September, 2016
Eh eh laaaa jangan janfan hahaha...bahana tak baca bebetul...sakit anak orang mati ko nak tanggung ayu oiii

Nak detox jom ahkak guide hehehe