Oh Tidak Jerawat!!!! Kenapa mesti tumbuh lagi? Bertambah-tambah jerawat dekat muka ni, sedihnya
Sedihkan bila muka kita dihinggap jerawat, rasa macam dah jaga elok dah tetapi naik juga jerawat. Jerawat selalu menjadi masalah ketika kita meningkat remaja dan beransur hilang setelah kita meningkat dewasa kerana faktor hormon. Tetapi masih ada juga yang diserang jerawat walaupun usia sudah meningkat. Bak kata kawan rapat saya "sudah tua-tua pun ada jerawat malu betul" hehehe.
Sebelum kita mencari cara untuk memperangi jerawat durjana ini, kita mesti tahu punca-punca bagaimana jerawat ini boleh berlaku supaya senang kita plan stategi serangan. Mengikut daripada pembacaan saya ada 7 punca jerawat terjadi iaitu masalah hormon, masalah jangkitan bakteria, pengambilan makanan, stress, penggunaan kosmetik, sinaran matahari dan pakaian. Boleh tahan juga banyaknya punca jerawat ini ya, mari saya terangkan dengan lebih lagi supaya ramai yang boleh faham.
1. Masalah hormon
Kalenjar sebaceous akan menghasilkan hormon androgen, hormon ini mempengaruhi pengeluaran sebum. Remaja lebih banyak menghasilkan sebum berbanding orang dewasa kerana itu jerawat bermula ketika kita meningkat remaja. Kebiasaannya semakin meningkat dewasa pengeluaran sebum akan berkurangan. Tetapi masih ada juga orang dewasa yang diserang jerawat dengan teruk disebabkan punca lain.
2. Pengambilan makanan
Selalu kita dengar jangan makan kacang nanti naik jerawar.Ada betulnya larangan tersebut, secara ridak langsung pemakanan kita mempengaruhi hormon didalam badan kita. Jadi jaga pemakanan jangan makan makanan pedas dan makanan berminyak kerana makanan pedas menyebabkan keradangan diaktifkan.
3. Masalah Jangkitan Bakteria
Proplonibacterium acnes nama bakteria yang menyebabkan jerawat. Makanan bakteria ini adalah sebum dan sel-sel kulit mati. Apabila bakteria ini banyak pada kulit jerawat akan timbul, ia boleh berjangkit kerana kita dilarang memicit jerawat dan kemudian usik pula bahagian muka yang lain bai mengelakkan bakteria berpindah ke tempat lain.
4. Stress
Stress juga penyumbang masalah jerawat tau, lagi stress lagi banyak cik jerawat ni munculkan diri kerana stress menghasilkan andrenalin dan hormon adrogen secara berlebihan. Jadi kawal stress anda.
5. Penggunaan kosmetik
Wanita tidak boleh dipisahkan dengan alat makeup kerana kami wanita suka cantik. Tetapi kalau muka tidak dibasuh dengan bersih setelah menggunakan alat makeup jerawat akan muncul kerana liang-liang tersumbat dan sebum tidak dibersihkan. Alat makeup yang tidak sesuai juga menjadi salah satu sebab juga jerawat muncul oleh itu sila berhati-hati semasa membeli alat kosmetik anda. Pilihlah yang bersesuai dengan keadaan kulit supaya tidak merosakkan kulit anda.
6. Sinaran Matahari
Sinaran matahari bukan sahaja menyebabkan sunburn tetapi boleh menyebabkan muka berjerawat kerana apabila kita terdedah pada sinaran matahari kulit kita akan berpeluh dan jika tidak dibersihkan dengan betul muka akan berjerawat.
7. Pakaian
Bahan yang tidak sesuai atau yang tidak menyerap peluh boleh menyebabkan jerawat terutama bahagian belakang badan. Sila pakaian daripada bahanyang menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik supaya kita selesa sepanjang hari.
Ha settle punca-punca masalah jerawat semoga membantu. Jerawat pun ada pelbagai jenis antaranya jerawat batu, jerawat juvenil, komedo, jerawat vulgaris, jerawat rosacea dan jerawat nitrosica. Namun begitu terdapat pelbagai juga cara untuk menghilangkan jerawat dan merawat jerawat dari segi moden dan tradisional. Insya allah saya akan buat satu lagi entri mengenai jenis jerawat dan cara menghadapinya secara tradisional menggunakan bahan semulajadi dan petua-petua orang tua yang sangat berharga.
Sumber : wajahjerawat , 7 punca jerawat
Shaklee ada menyedia pelbagai vitamin yang mampu memperbaiki kualiti kulit dan merawat jerawat malah bukan sahaja kulit tetapi badan juga sihat insya allah. Sebelum saya cerita vitamin yang boleh membantu jemput tgk video bagaimana kakak jelita ini mengenai masalag jerawat beliau.
Antara vitamin yang disarankan adalah Zinc Complex, Vitamin C, Garlic Complex, ESP dan Vitamin E. Mengapa?
Zinc Complex - Membantu luka jerawat cepat sembuh dan mengurangkan keradangan kulit, malah membantu menstabilkan hormon.
Vitamin C - Meningkatkan imunisasi badan dan menyekat bakteria penyebab jerawat. Vitamin C juga bertindak sebagai pemangkin bagi penghasilan kolegan secara semulajadi.
Garlic Complex - Sebagai antibiotik semulajadi dan membantu mengatasi keradangan kulit.
ESP - Membantu mempercepatkan permulihan sel-sel kulit yang baru dan mengurangkan kesan parut.
Vitamin E - Membantu didalam menghilangkan parut dan merupakan antioksidan.
Collagen powder - Membantu menyihatkan kulit dan menghilangkan parut
GLA Complex - Membantu menstabilkan hormon dan pemulihan kulit
B Complex - Membantu mengubati jerawat
Testimonial :
Jika berminat dan mahukan penerangan lebih lanjut boleh SMS/Whatsapp pada nombor yang tertera. Niat saya untuk membantu selagi yang saya mampu kerana pesanan Ustaz Nouman Ali Khan yang tersemat di benak saya "Apa legasi yang bakal anda tinggalkan kelak yang akan membantu anda di akhirat?".