5 Kelebihan Berpantang Yang Anda Perlu Tahu



Berpantang selepas bersalin sangat sinonim bagi wanita. Saya salah seorang yang mempercayai berpantang adalah sangat penting selepas bersalin untuk menyihatkan dan mengembalikan kesegaran pada badan. Walaupun saya tidak lah berpantang seperti zaman dahulu yang sangat ketat tetapi masih lagi berpantang. Saya tetap bertungku, berurut, jaga pemakanan, berpilis, berbarut dan mandi air daun. Amalan orang melayu berpantang selama 44 hari, kaum Cina dan kaum India selama 30 hari dan cara berpantang adalah berbeza mengikut kaum tetapi tujuan utamanya menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan ibu selepas bersalin dan mengandung. Antara tujuan lain adalah untuk hari tua supaya badan tidak mudah sakit.

Antara sebab kenapa kita perlu berpantang adalah untuk menjaga rahim kita supaya sihat, mengandung selama 9 bulan dan proses bersalin banyak memberi kesan pada rahim. Berpantang memberi masa pada rahim untuk mengecut dan pulih semula, jangan ambil mudah yer kerana ada kes rahim jatuh kerana semasa mengandung ligament dan otot rahim menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik itu yang menjadi sebab rahim jatuh. Saya sendiri pernah mengalaminya kerana saya terlalu lasak, saya bersalin secara caesarean semasa berpantang masih lagi berurut tetapi makcik urut tidak buat 'sengkak' sebab luka operate kemudian selepas bersalin saya terlalu lasak buat kerja rumah angkat benda berat walaupun sudah diingatkan berkali-kali. Akibatnya satu hari tiba-tiba saya tidak boleh bangun, pinggang sangat sakit dan tidak boleh bergerak agak cemas juga masa tu. Makcik yang urut tu beritahu yang rahim saya tidak naik dengan betul memang sudah kecut tapi kedudukan tidak betul. Selepas berurut 3 kali macam orang lepas bersalin kali ni makcik tu buat sengkak, sakitnya Tuhan saja yang tahu Alhamdulillah saya boleh bergerak semula.




Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Kesian anak masa itu sebab saya tidak boleh layan dia macam biasa dekat 2 hari juga saya hanya terbaring. Makcik itu pesan makan jamu supaya badan segar balik dan untuk jaga dalaman, saya semasa pantang tidak boleh makan jamu sebab anak jaundis. Selepas kejadian itu membuatkan saya beringat dan jangan ambil mudah larangan semasa berpantang. Semasa berpantang kali kedua saya memang tidak makan jamu sebab anak pro-long jaundis tetapi saya ambil Set Berpantang Shaklee dan tidak melasak macam dulu serik sangat. Berpantang macam biasa bertungku, berpilis, mandi air daun, berbarut (saya guna barut moden ), jaga makan dan jaga segala larangan yang Ummi saya pesan antaranya jaga ibu jari kaki jangan tersepak benda takut tumpah darah, waktu maghrib jangan keluar rumah, kalau ada orang jauh datang jangan keluar bilik, banyakkan baca ayatul kursi dan berzikir, jangan minum ais dan banyak lagi lah. Mana yang kita rasa tidak bercanggah dengan agama boleh la buat mana yang rasa bercanggah tu jangan la ikut. Jamu pula saya makan selepas anak saya bebas dari jaundis dan amalkan sehingga sekarang.

Zaman sekarang ramai yang tidak dapat berpantang kerana tidak ada orang yang membantu kerana semasa berpantang selalu kita dibantu oleh ibu atau ahli keluarga yang lain. Apabila tiada orang yang membantu kita terpaksa la berpantang mengikut kemampuan sendiri tetapi jangan la tidak berpantang. Kelebihan berpantang ni selain menyihatkan kembali badan kita, ia juga untuk keintiman hubungan suami isteri. Berikan masa badan dan mahkota kita sembuh supaya hubungan dengan suami tidak terjejas. Berpantang juga membantu ibu supaya tidak mengalami baby blues atau meroyan kerana perubahan hormon. Badan juga bertenaga kerana mendapat rehat dan nutrien yang cukup.

5 kelebihan berpantang :

1. Badan dapat kembali ke bentuk asal dan sihat, badan juga mudah langsing semasa berpantang kerana kita menjaga pemakanan dan penyusuan badan membakar kalori yang berlebihan.

2. Mengelakkan sindrom baby blues atau meroyan kerana perubahan hormon tetapi jika kemurungan berlanjutan sila dapatkan rawatan dengan segera.

3. Mendapat rehat yang cukup kerana ada orang yang membantu kita membuat kerja rumah.

4. Kesan masa panjang badan tidak mudah sakit, cuba lihat mak-mak kita walaupun sudah berusia tetapi tetap gagah dan kuat membuat kerja-kerja harian.

5. Merapatkan hubungan antara ibu dan anak kerana waktu inilah bayi sangat rapat dengan ibu. Bayi sedang menyesuaikan diri dengan dunia luar jadi perhatian ibu diperlukan.




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Kesan masa panjang berpantang selepas bersalin yang boleh dilihat adalah imunisasi ibu kuat kerana mendapat nutrien daripada makanan berkhasiat semasa berpantang dan ibu menjadi lebih bertenaga dan bersemangat. Sekarang sudah ramai yang menjalan perniagaan menjaga ibu berpantang di rumah tetapi kita kena sediakan duitnya la namun itu merupakan salah satu alternatif bagi ibu yang kena berpantang sendiri. Jika tidak mampu mengupah orang kita sendiri kena kuat untuk berpantang untuk kebaikan diri kita juga.


Diharap info ini membantu dan memberikan manfaat untuk semua. Dibawah adalah senarai entries yang berkaitan tentang berpantang :


0 comment... add one now