Makanan merupakan antara elemen penting dalam proses penurunan berat badan, jika kita makan makanan yang betul insya allah berat kita akan turun dengan mudah tetapi jika suka makan ikut suka memang susah turun berat badan. Ingin kurus memerlukan semangat yang tinggi dan sikap tidak mudah mengalah serta komitmen yang tinggi.
Peraturan yan kita memang sedia maklum untuk turunkan berat badan adalah mengurangkan intake calori sehari. Saya cuba cari senarai makanan yang boleh membantu usaha kita menurunkan berat badan, alhamdulillah jumpa. Diantara makanan yang boleh membantu adalah :
Epal
Percaya tak? Epal boleh bantu kita kurus. Ambil epal sebagai snek harian boleh meningkatkan metabolisme kita. Tinggi dengan pektin dan serat yang boleh membuatkan kita rasa kenyang.
Tomato
Tomato atau ceri tomato merupakan rendah kalori dan amt sesuai diambil semasa berusaha untuk menurunkan berat badan. Boleh diambil sebagai snek atau didalam salad.
Beras Perang
Mengantikan nasi putih biasa dengan beras perang boleh meningkatkan metabolisme dan membekalkan tenaga lebih panjang. Beras perang merupakan karbohidrat kompleks.
Brokoli
Brokoli mempunyai nutrien yang tinggi dan juga serat yang tinggi menjadikan kita merasa kenyang lebih lama. Brokoli juga merupakan antioksidan yang bagus dan salah satu makanan yang boleh mencegah kanser.
Kubis
Kubis juga antioksidan dan mempunyai kandungan vitamin C yang bagus untuk sistem imun badan. Ada yang mengatakan kubis boleh membantu didalam proses menurunkan berat badan. Kubis kaya dengan serat tetapi makan terlalu banyak akan membuatkan badan berangin kerana kubis termasuk sayuran yang sejuk. Orang berpantang selepas bersalin tidak digalakkan makan kubis.
Oat
Oat juga karbohidrat kompleks, bantu tingkatkan metabolisme dan membantu menyerap kolestrol. Tinggi dengan serat bagus untuk kesihatan usus.
Buah Beri
Rasberi, ceri, blueberi buah-buahan kategori beri merupakan snek yang bagus untuk menurunkan berat badan. Sumber antioksidan yang bagus dan mengandungi kalori yang rendah.
Makanan Pedas
Kenapa? Makanan pedas meningkatkan metabolisme kita dan membantu membakar lemak. Cili boleh membantu menurunkan berat badan.
Udang
Salah satu sumber protein yang baik kerana kalorinya rendah, jemu juga kalau asyik makan dada ayam kan. Sekali sekala boleh ambil udang sebagai sumber protein.
Kayu manis
Kayu manis selalu digunakan didalam masakan dan ubat ubatan kerana khasiatnya. Kayu manis bagus untuk pwnghidap diebetes kerana ia mengawal penyerapan gula.
Almond
Sumber serat dan protein yang baik, protein penting kerana ia membantu pembakaran lemak dan menukarkan lemak menjadi otot.
Bayam
Sumber serat, vitamin A dan K, antioksidan yang baik boleh membuatkan kita rasa kenyang. Kandungan seratnya juga bagus untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan. Bayam mempunyai asid urik yang tinggi jadi pesakit gout perlu berhati-hati semasa mengambilnya.
Boleh kurus tanpa bersenam tetapi kena jaga makan la untuk kesihatan kita juga kan. Jom kurus!
kredit :
http://hariansehat.com/
http://www.merdeka.com/sehat/9-makanan-ini-bikin-cepat-langsing.html