Vitamin Prenatal Selain Yang Klinik Bagi Perlu Atau Tidak?




Hamil..Mengandung...berbadan dua...mak buyung

Itu semua membawa maksud yang sama iaitu satu keajaiban Allah sedang berlaku didalam rahim seorang wanita.Seorang manusia sedang terbentuk dan membesar didalam rahim yang dicipta khas untuknya. 

Tahukah anda sepanjang tempoh hamil tabiat pemakanan si ibu akan mempengaruhi si bayi.
Tahukah anda pemakanan sebelum hamil juga mempengaruhi kesuburan dan peluang untuk hamil.

Jadi pastikan para ibu yang mahu hamil sila pilih makanan yang sihat sebelum disahkan hamil untuk memastikan sihat kehamilan yang sihat. Apabila sudah disahkan hamil badan si ibu akan mengalami yang banyak kerana hormon- hormon mula bertindak balas bagi menyediakan keperluan untuk si bayi didalam kandungan. Darah juga dihasilkan lebih banyak 50% dan metabolisme badan meningkat untuk permbangunan organ si bayi. 3 bulan terawal memang agak payah bagi sesetengah ibu kerana waktu itulah loya menyerang, badan sakit-sakit bagi saya pula awal kehamilan saya pasti akan selalu sesak nafas nak tido bantal mesti tinggi kalau nak lena. Masa hamil anak sulung saya tak tahu apa puncanya tetapi masa hamil kali kedua jumpa jawapannya, jantung dan paru-paru bekerja keras untuk menyalurkan darah serta oksigen pada ibu dan juga bayi. 

Apabila masuk trimester kedua keadaan makin selesa, loya dah  mula hilang, selera makan sudah ada dan sesak nafas sudah mula berkurangan. Sepanjang kehamilan berat badan memang sepatutnya bertambah tetapi harus dikawal supaya tidak melebihi BMI yang sihat. Kalau tidak pasti kena bebel semasa check up bulanan. Hemoglobin rendah semasa hamil juga selalu berlaku ini juga antara punca kena bebel semasa check up jadi untuk elakkan bebelan semasa check up sila makan secara sihat dan tidak berlebihan walaupun orang cakap semasa hamil kita makan untuk dua orang. Semasa trimester pertama tiada extra kalori yang diperlukan, semasa trimester kedua sebanyak 360 tambahan kalori diperlukan setiap hari dan semasa trimester akhir sebanyak 470 kalori tambahan diperlukan setiap hari. Tambahan kalori semasa menyusu lebih banyak daripada semasa hamil iaitu 500 kalori setiap hari. Dicadangkan ambil sumber berasaskan protein untuk kalori tambahan ini.

Protein membekalkan tenaga sepanjang hari dan mengandungi asid amino yang penting untuk pertumbuhan bayi yang sangat pesat. Bagi ibu hamil dicadangkan ambil 62.5g daging. Soya juga terdiri daripada sumber protein yang bagus tetapi pastikan sumber soya yang ibu ambil diperbuat daripada non-GMO yer. 

Iron juga penting semasa hamil kerana iron membentuk darah merah (hemoglobin) yang mengangkut oksigen kepada sel-sel. Oleh sebab itu bila kita kekurangan hemoglobin (Hb) nurse akan bagi kita makan iron dan kalau tidak salah saya iron memang sudah jadi salah satu vitamin wajib yang diberi selain obimin ketika di klinik. Jika bacaan Hb kurang daripada 11 g,dl itu sudah termasuk dalam kategori anemia dan anemia bahaya bagi ibu hamil kerana boleh akibatkan kepenatan semasa hamil dan waktu menyusu, keguguran, lahir pra-matang, bayi kurang berat badan, tidak subur dan boleh meningkatkan risiko kematian semasa hamil atau semasa bersalin.

Antara yang popular semasa awal kehamilan dan sebelum hamil adalah acid folic. Jika mahu hamil asid folic diambil untuk meningkatkan peluang menghasilkan ovum-ovum yang sihat semasa hamil asid folic diperlukan untuk membentuk saraf tunjang bayi dan jika kekurangan acid folic ketika ini bayi akan mengalami kecacatan. 
 
Vitamin C juga penting kerana ia membantu badan menyerap iron dengan lebih baik dan pengambilan Vitamin C (550mg) sehari mengurangkan risiko kelahiran pra-matang menurut kajian pada tahun 2003.

Semasa hamil anak pertama doktor selalu tanya kaki ada rasa kejang tak? setiap kali datang check up. Katanya kalau dah mula kejang makan kalsium sebab bayi dah mula serap kalsium daripada badan awak. Seram kan bunyinya hehe. Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi, jantung yang sihat, saraf dan otot jadi apabila ibu tidak berikan kalsium yang cukup bayi akan ambil daripada tulang ibunya. Ketika itulah rasa kejang timbul, saranan ambilan kalsium sehari adalah 1000mg. 


Bagi kesihatan otak dan penglihatan bayi pula Omega3-DHA diperlukan dan kira-kira 300mg sehari mengikut saranan. 

Kehamilan sangat indah dan kita perlu menjaga amanah Allah yang telah diberikan dengan sebaiknya. Bukan sahaja jaga bayi dalam kandungan diri kita sendiri juga perlu dijaga rapi.

Saya dah cerita vitamin-vitamin yang agak penting untuk ibu hamil bergantung pada ibu-ibu untuk membuat keputusan. Klinik memang bagi ubat semasa saya mengandung paling akhir 3 tahun lepas mereka bekalkan obimin dan iron. Saya ambil inisiatif untuk ambil vitamin tambahan dan saya memilih Shaklee kerana ianya semulajadi dan mesra alam serta kajian RnD yang teliti untuk setiap produk. Tetapi itu semua bergantung pada ibu-ibu sekalian saya hanya share pengalaman saya.

Alhamdulillah sepanjang saya mengandung tiada masalah yang besar, masalah Hb sekejab kemudian naik balik. Semasa awal memang sangat letih sebab masa itulah hormon sedang berkecamuk dengan dashyatnya dalam badan tetapi im survived. Anak lahir cukup bulan dan sihat. Entri mengenai kehamilan saya kali kedua, jemput baca 



Jika Berminat boleh hubungi saya, jika ada soalan juga dialu-alukan. Saya cuba tolong sedaya mungkin.



0 comment... add one now