5 Cara Melicinkan Muka Supaya Cik Abang Tak Jemu Pandang


"Awak memang cantik dari kecik yer?" Ayat iklan hehehe

Syokkan kalau ramai yang tegur kulit kita cantik rasa macam diawang-awangan lebih-lebih lagi kalau cik abang yang tegur. Senyum sampai ke telinga. Sebelum kita ke cara mendapatkan kulit yang licin mulus itu mari kenali jenis-jenis kulit. Terdapat 5 jenis kulit iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit sensitif. Kulit normal selalunya kulit yang paling kurang bermasalah jadi mereka yang mempunyai kulit normal sangat beruntung.

Kulit kering pula mudah tumbuh jerawat dan muncul kedutan. Mereka yang mempunyai kulit berminyak pula akan mengalami muka yang senang berminyak dan timbul jerawat kerana liang roma yang mudah tersumbat dengan sebum namun mereka yang mempunyai kulit berminyak susah berkedut. Kulit kombinasi pula bahagian pipi akan kering manakala hidung dan dahi akan berminyak, agak sukar mencari produk yang sesuai kerana setiap bahagian memerlukan perhatian yang berlainan. Kulit sensitif pula adalah kulit yang terlalu kering, kemerahan dan gatal kadang-kala sakit.

Sudah kenal mana satu jenis kulit anda, mari kita cerita macam mana nak dapatkan kulit yang cantik pula. Secara asasnya ada 4 cara untuk menjaga kulit iaitu cuci muka, pengelupasan (exfoliate), menyegar dan melembap.

1.Cuci muka

Cuci muka dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita. Bilas dengan bersih dan keringkan muka dengan menggunakan tuala khas (kalau boleh) kerana kulit muka berlaian dengan kulit badan lebih mudah terkena jangkitan kuman.

2. Pengelupasan

Pengelupasan atau exfoliate sekurang-kurangnya dilakukan sekali seminggu bagi membuang sel-sel kulit mati supaya diantikan dengan sel kulit baru yang sihat dapat. Pengelupasan tidak dibuat selalu kerana takut kulit akan menjadi kering dan menimbulkan masalah lain. Exfoliate ini boleh dilakukan menggunakan scrub yang terdapat dipasaran atau dibuat sendiri. Beberapa cara membuat scrub dirumah :
1.Menggunakan baking soda - 3 sudu baking soda dicampur dengan air yang mencukupi    supaya campuran boleh dibuat scrub tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Menggunakan Alfalfa Shaklee - 2 atau 3 biji alfalfa, hancurkan kemudian dicampur         dengan air secukupnya (tidak terlalu cair atau pekat).
Apabila bahan untuk scrub sudah tersedia basahkan muka dengan air (air suam seeloknya), sapukan scrub (bahan pengelupasan) tadi dan oleskan kemuka secara perlahan-lahan supaya sel-sel mati dapat dibuang. Kalau menggunakan scrub yang beli dipasaran selalunya kita bilas terus kan tetapi scrub yang dibuat sendiri kebanyakkannya elok dibiarkan sebentar dalam 5 minit sebelum muka dibilas dan dikeringkan.

3. Menyegar

Setelah kulit muka dicuci gunakan penyegar ataupun toner oleskan perlahan-lahan pada muka. Ada produk perlu menggunakan tisu untuk menyapu toner ada produk boleh guna tangan terus. Menyegar seeloknya dibuat setiap kali lepas mencuci muka.

4. Melembap

Langkah yang paling penting adalah melembap, gunakan pelembap yang bersesuaian dengan kulit. Ada sesetengah orang pelembap yang biasa sudah memadai, ada sesetengah orang memerlukan pelembap yang harga mahal. Itu semua bergantung pada individu yang penting sapu pelembap pada muka. Tetapi jangan pula sapu berlebihan takut nanti berminyak pula muka. Seeloknya guna pencuci muka dan pelembap muka daripada jenis yang sama tetapi tidak ada betul atau salah kalau kita guna dari jenama berlainan yang penting sesuai dengan muka dan tidak mengandungi bahan terlarang.

5. Masker

Masker juga sama seperti pengelupasan dibuat sekurang-kurangnya sekali seminggu, nak buat selalu pun tidak mengapa asalkan kulit tidak menunjukkan tanda-tanda yang tidak menyenangkan. Macam-macam jenis masker ada dipasaran sekarang tinggal nak pilih dan guna sahaja. Ada yang sudah siap segalanya hanya buka packaging dan letak kemuka selepas 15 minit boleh buang. Senang kan sekarang, namun bagi mereka yang suka buat masker sendiri ada beberapa bahan yang boleh digunakan:
1.Menggunakan ESP Shaklee - 1 sudu besar ESP campurkan dengan air secukupnya (tidak terlalu cair atau pekat) sapukan pada muka dan dibiarkan selama 15 minit atau pun dibiarkan kering sebelum dibilas.
2. Menggunakan tepung pulut - 1 sudu besar tepung pulut campurkan dengan air secukupnya (tidak terlalu cair atau pekat) sapukan pada muka sebelum tidur dan dibilas keesokkan harinya menggunakan air suam.
3. Menggunakan madu - 1 sudu besar madu lebah dan 1 sudu besar susu tepung digaul sebati dan disapu pada muka kemudian dibiarkan sebentar (dalam 15 minit). Bilas dengan air suam dan amalkan 3 kali seminggu.
4. Menggunakan asam jawa dan kunyit - Sedikit bedak sejuk, asam, serbuk kunyit (agak-agak cukup tuk sapu satu muka). Campur 3 bahan tadi dengan air kemudian sapu pada muka dan digosok perlahan-lahan pada mula beberapa minit sebelum mandi. Bilas dengan air suam, petua yang ini boleh buat setiap hari.
Sumber : Petua Licinkan Kulit, 4 cara melicinkan kulit muka yang anda kena tahu, Tips cantik: 5 jenis kulit wajah dan cara merawatnya

Ok selesai sudah cara untuk dapatkan kulit licin, saya nak tambah satu lagi step iaitu ambil vitamin atau supplement. Dengan mengambil vitamin kulit kita akan mendapat nutrien daripada dalam contohnya ESP Shaklee membekalkan protein untuk pemulihan sel-sel jadi kulit akan cepat menghasilkan sel-sel baru dan menjadi lebih sihat.

Vitamin C dan Vitamin E merupakan antioksidan yang bagus sesuai dengan kulit kerana menentang radikal bebas dan menjadikan kulit lebih sihat. Colagen Powder Shaklee pula membekalkan sumber kolagen yang terbaik untuk kulit menjadikan kulit anjal, gebu dan licin. Saya ada menulis entri lain untuk tips dan petua untuk kulit cantik, feel free untuk baca

Entri : Tips Cantik Semulajadi

Berminat atau tidak tahu mahu pilih yang mana satu boleh hubungi saya seperti nombor tertera dibawah, saya akan cuba bantu sedaya mungkin.



 


0 comment... add one now