Kolostrum Titisan Emas Yang Sangat Berharga Untuk Si Manja




Tak tahu la kenapa asyik nak cerita pasal hal-hal berkaitan ibu selepas bersalin jer, agaknya sebab aura ibu berpantang dan ibu bakal berpantang kut. Ni nak cerita pasal kolostrum pulak, dulu orang tak tahu pasal kolostrum kerana dulu penyusuan ibu tidak dipromosi macam sekarang. Sekarang awareness pasal penyusuan ibu semakin bertambah, hospital mesra bayi juga sudah bertambah jadi ibu-ibu kenalah tahu serba sedikit pasal penyusuan ibu. Salah satu yang penting adalah kolostrum.

Kolostrum adalah susu awal yang terjadi daripada ibu mengandung lagi dan ia sangat-sangat la berkhasiat dan berharga untuk si manja yang bakal lahir. Kenapa? Kolostrum mengandungi vaksin semulajadi yang tinggi untuk bayi bagi membina imun badan si manja, rendah kandungan gula dan sangat rendah kandungan lemak memudahkan perut bayi yang sangat lembut menghadamnya. Warna kolostrum adalah kuning pekat dan likat, kuantitinya sedikit tetapi sangat berharga untuk bayi jadi janganlah bazirkannya. Itulah makanan pertama bayi yang paling terhebat. Ibu-ibu yang pertama kali menyusukan anak jangan gabra atau panik jika susu tiada atau bayi kerap  menangis, itu adalah NORMAL. Susu tiada semasa hari-hari pertama selepas bersalin adalah tanggapan yang salah, susu matang belum terbentuk yang ada hanya kolostrum. Setahu saya belum ada lagi ibu yang selepas melahirkan susunya terus mencurah-curah, mungkin ada yang susu matangnya awal terbentuk tetapi awal-awal hanya kolostrum. Bayi menangis kelaparan juga tidak betul, hari-hari awal bayi dimuka bumi Allah ini mereka masih lagi cuba menyesuaikan diri, mereka suka dipeluk. Masa ini juga ada masa untuk ibu bonding dengan bayi, masa ini juglah ibu perlu mengajar si bayi bagaimana untuk menyusu ataupun latching. 

Ada bayi secara semulajadi pandai lacthing dan mula menyusu dengan jayanya, ada bayi yang perlu diajar. Jadi ibu perlu bersabar yer, saya tahu penat selepas bersalin tidak cukup tidur lagi, sakit luka lagi tetapi ingatlah yang bayi kita itu lagi tidak tahu apa-apa dia perlukan kita dan ajaran pertama ibu kepada si anak adalah macam mana nak melekap (latching) dengan betul. Ok kita patah balik kepada hal kolostrum hehehe tersasar pulak. 

Apabila ibu memberi menyusukan bayi dengan kolostrum, ibu seolah-olah berikan injection vaksin pertama kerana kolosstrum kaya dengan antibodi ibu. Pernah dengar tak apabila ibu sakit kemudian sembuh badan akan membina antibodi untuk melawan penyakit, antibodi itulah yang meresap kedalam susu ibu.  

 Kolostrum menyediakan pelbagai manfaat kepada bayi kita:
  • Kolostrum adalah makanan pertama yang sempurna untuk bayi kerana perutnya yang kecil lagi lembut itu dapat mencerna kolostrum dengan mudah.
  • Kolostrum menyedia sistem penghadaman perut bayi untuk menerima susu matang yang bakal diterima beberapa hari lagi.
  • Kolostrum tinggi dengan leukosit ( perlindungan sel-sel darah putih) yang boleh membantu bayi kita daripada jangkitan virus dan bakteria. Antibodi yang terdapat dalam kolostrum melindungi bayi kita daripada jangkitan pernafasan seperti radang paru-paru, flu dan bronkitis, jangkitan perut serta jangkitan telinga. Bayi kita akan menghasilkan antibodi sendiri secara perlahan-lahan.
  • Kolostrum membantu membuang bilirubin dari tubuh bayi kita dan mengurangkan peluang mendapat jaundis.
  • Kolostrum kaya dengan zink,kalsium dan vitamin A,B6,B12 dan K, bayi memerlukan vitamin ini untuk pertumbuhannya.
  • Gula dalam kolostrum membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan bayi kita untuk berkembang.
  • Ada beberapa kajian menunjukkan protein dalam kolostrum membuatkan bayi tidur lebih lama kerana kekenyangan. 
  • Kolostrum juga bersifat laksatif yang dapat membantu bayi menyingkirkan najis mekonium. 
Hebat kan kolostrum ni, jadi jangan sia-siakan. Apabila ibu sudah mengambil keputusan untuk menyusukan bayi anda,  jangan mudah berputus asa kerana cabaran pasti ada sepanjang usaha murni ibu-ibu sekalian.

Sumber : Baby Center, HealthyChildren.org

Entri yang berkaitan, jemput baca :
Susu Ibu Titisan Emas
Susu Ibu Tiada?




0 comment... add one now