Tahukah anda yang kolesterol juga merupakan zat gizi yang diperlukan oleh tubuh badan kita? Menarik bukan, selama ini kebanyakkan kita hanya tahu yang kolesterol ini tidak bagus dan mendatangkan pelbagai penyakit. Kolesterol diperlukan oleh badan kita dan ada dua jenis kolesterol iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) kolesterol dan HDL (High Density Lipoprotein) kolesterol. LDL merupakan kolesterol jahat manakala HDL kolesterol baik. Kenapa LDL adalah jahat? LDL kolesterol menyebabkan arteri menjadi sempit secara perlahan-lahan kerana menyebabkan peningkatan kolesterol mendap pada arteri contoh makanan yang menyebabkan LDL tinggi adalah makanan bergoreng dan makanan yang banyak lemak. Kenapa HDL adalah baik? HDL tidak mengakibatkan kolesterol mendap pada arteri tetapi mengeluarkan kolesterol dari arteri contoh makanan yang meningkatkan HDL adalah oatmeal, yogurt dan kekacang.
Selalunya kita kaitkan kolesterol tinggi dengan mereka yang berbadan berisi tetapi si kurus lampai kamu juga berisiko kerana kolesterol tinggi boleh menyerang kepada sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Walaupun begitu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan perlu berusaha menurunkan 5% - 10% berat badan supaya tidak mengalami masalah kolesterol. Marilah kita menjaga berat badan supaya tidak berlebih (reminder pada diri sendiri) dan pada si kurus jaga pemakanan dan gaya hidup yer jangan merokok dan jangan minum alkohol. Anoreksia juga mengalami kolesterol tinggi, ha macam tidak percaya kan. Kolesterol tinggi tidak mengenal mangsa tidak jaga makan dan bersenam masuk dalam senarai orang yang berisiko.
Ok sekarang sudah faham ada kolesterol baik dan ada kolesterol jahat, sekarang kita lihat siapa pula yang berisiko. Ada 4 ciri-ciri bagi mereka yang berisiko :
- Umur - Kolesterol dalam badan kita akan meningkat secara semulajadi mengikut usia kita kerana itu kita selalu dengar mak-mak atau ayah-ayah kita ada kolesterol tinggi apabila meningkat ke usia emas. Tetapi mereka yang muda belia juga boleh dapat kolesterol tinggi jika pemakanan tidak dijaga.
- Keturunan - Kolesterol juga boleh diwarisi secara genetik seperti diabetes. Jika ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah kolesterol tinggi, pemakanan anak-anak perlu dikawal supaya tidak mendapat gejala kolesterol tinggi diusia muda.
- Berat - Berat badan berlebihan boleh menyebabkan LDL meningkat dan mengurangkan HDL kerana lemak yang terkumpul.
- Diet - Jika seseorang itu suka ambil makanan yang tinggi kandungan lemak tepu dan asid trasnfat risiko mendapat kolesterol tinggi itu ada.
Tahap Bacaan Kolesterol
- Lelaki - Tahap HDL bawah 1.0 mmol/L
- Wanita - Tahap HDL bawah 1.3 mmol/L
Panduan lain :
- kurang daripada 2.6 mmol/L : Optimum
- diantara 2.6 - 3.4 mmol/L : Sederhana
- diantara 3.4 - 4.1 mmol/L : Hampir tinggi
- diantara 4.1 - 4.9 mmol/L : Tinggi
- diatas 4.9 mmol/L : Sangat tinggi
Oleh kerana kolesterol tinggi ini pembunuh senyap kita kenalah jadi bijak mengawal dan mengurangkan risiko dengan cara :
- Kawal pemakanan - Jangan aci dan jer makan, sila kawal apa yang kita ambil. Kurangkan atau elakkan makanan berlemak dan berminyak sekali sekala tidak mengapa tetapi jangan selalu.
- Bersenam - Aktiviti fizikal bantu membakar lemak disamping menyihatkan badan. Bersenam melancarkan peredaran darah dan mengeluarkan peluh disamping memberikan kita tenaga.
- Kawal berat badan - Berat badan berlebihan menyebabkan risiko kolesterol meningkat kerana lemak-lemak yang berkumpul pada badan. Awasi BMI kita yer kengkawan.
- Jangan merokok - Merokok menyebabkan tahap HDL dalam badan menurun, bila HDL rendah LDL akan tinggi.
- Stress - Cuba kawal stress kerana stress boleh menyebabkan LDL meningkat. Apabila stress imun badan kita akan lemah dan kolesterol jahat senang meningkat.
Coq10 Health juga bagus untuk mengawal kolesterol kerana melindungi arteri daripada LDL. Klik Disini untuk baca tentang Coq10 Health
Omega Guard membekalkan tubuh badan dengan asid lemak omega 3 yang boleh membantu badan kita mengawal kolestrol. Klik Disini untuk baca tentang Onega Guard.
Ok sampai disini dulu pasal kolesterol, yang penting jaga pemakanan. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang hebat dan enak tetapi kita kena pandai pilih mana yang bagus untuk kesihatan kita. Ambil sekali sekala tidak apa asalkan tidak memudaratkan jangan sampai satu tahap penyakit sudah menjelma menyebabkan tidak boleh makan langsung. Seperti penyakit diabetes apabila sudah sampai tahap yang bahaya nasi pun tidak boleh makan, sanggup? Kalau tak sanggup pandai-pandailah jaga kesihatan. Tidak boleh hendak pastikan makanan yang dimakan cukup berkhasiat atau tidak ambil suplemen supaya boleh isi gap yang tidak dapat melalui makanan.
Selamat berbahagia dan terima kasih kerana membaca.