Cara Atasi Mulut Berbau Supaya Orang Suka Bercakap Dengan Kita



Kalau mulut bau busuk ada tak orang nak bercakap ngan kita? Harus la tak. Kalau bercakap pun bila perlu jer kalau tak perlu memang dielakkan. Malukan bila disisihkan sebab bau mulut. Mengikut pemahaman saya setelah baca blog Dr. Zubaidi Hj Ahmad, gejala nafas berbau ni namanya Halitosis iaitu bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas. Punca halitosis ini (85-90%) berasala daripada mulut. 

Antara penyebabnya mulut berbau adalah : 
  1. Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
  2. Kerosakan gigi (karies gigi)
  3. Penyakit gusi (penyakit periodontium)
  4. Makanan melekat di celah gigi
  5. Gigi palsu yang tidak bersih
  6. Bau mulut ketika bangun tidur
  7. Mulut kering
  8. Tabiat bernafas melalui mulut
  9. Obesiti
  10. Tampalan pada gigi yang tidak sempurna
  11. Kesan pengambilan alkohol
  12. Merokok
  13. Pemakanan (bawang putih, bawang merah, protein-daging dan hasil tenusu)
 Namun ada juga penyebab lain yang menyumbang kearah nafas berbau iaitu hidung, tonsil dan orang yang kerap sendawa. Bagaimana pula tu yer? ha kisahnya begini kalau hidung selalu wujudnya bendasing, kerap berlaku pada kanak-kanak kerana suka masukkan barang kedalam hidung. Jadi ibu bapa perlu berhati-hati dan extra alert. Tonsil pula jika dijangkiti kuman dan bernanah juga penyumbang kearah nafas berbau. Bagaimana dengan orang yang kerap sendawa? Pelik tetapi benar, apabila mereka sendawa gas yang dari dalam perut akan tertolak keluar jadi secara tak langsung akan membuat nafas berbau.

Tetapi ada juga masalah kesihatan yang menyebabkan nafas berbau seperti : 
  • Diabetes
  • Penyakit hati
  • Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
  • Jangkitan di paru-paru
  • Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).

 Ada diantara kita tidak sedar yang nafas kita berbau dan menganggu orang sekeliling kita macam orang yang bau badannya kuat tetapi tidak sedar. Tetapi kita boleh lihat dari gaya tubuh badan orang yang berinteraksi dengan kita, kalau sudah nampak lain macam sila la check apa yang tidak kena. Cara yang paling senang untuk mengesan nafas berbau adalah tanya pada orang yang rapat dengan kita. Memang cara paling senang tapi kena tebal muka la kan. Cara lain adalah dengan menjilat dibelakang pergelangan tangan dan biarkan ia kering selama 2 minit kemudian hidu, ini kaedah untuk mengesan bau yang datang dari bahagian hadapan lidah. Satu lagi cara dengan mengunakan sudu dan mengeruk bahagian belakang lidah, lihat lendir putih tersebut dan bau. 

Jika masalah nafas berbau berpunca daripada kebersihan mulut ia mudah diatasi tetapi jika tidak sila berjumpa dengan doktor untuk tindakan lanjut. Dr. Naseem Banu ada memberikan tips menyegarkan nafas didalam suratkhabar Utusan kerana menurut beliau kebanyakkan masalah nafas berbau datangnya daripada kebersihan mulut yang tidak dijaga rapi.

Tips Segarkan Nafas
  • Makan yogurt (yang masam) kerana ia mengandungi Vitamin D untuk melawan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.
  • Kunyah daun sirih atau daun pudina atau daun kari
  • Kumur dengan air suam yang telah dicampurkan serbuk penaik (tulen yang tiada bahan kimia) selama 30 saat.



Dr. Zubaidi pula ada berkongsikan cara menjaga kebersihan mulut :
  • Secara lembut bersihkan permukaan lidah 2 kali sehari dengan cara mengeruk dengan sudu.
  • Mengunyah chewing gum supaya air liur (saliva) dapat dihasilkan dengan lebih banyak.
  • Berkumur dengan air suam yang telah dicampur garam atau dengan antiseptic seperti lestrine tetapi tidak digalakkan berkumur setelah mengosok gigi.
  • Menjaga kebersihan gigi selepas makan supaya makanan tidak tertinggal pada gigi dan menyebabkan tindak balas backteria. Beruslah gigi dan gunakan flos bagi membuang sisa makanan yang tersekat.
  • Gigi palsu pula mesti direndam antiseptic yang khas.
Ada beberapa produk Shaklee yang boleh membantu untuk mengatasi nafas berbau tetapi kebersihan mulut kena jaga juga tau. Tak guna ambil tapi malas nak gosok gigi.

 Antara produk Shaklee yang boleh membantu :
  1. Herb-Lax - untuk pembersihan usus
  2. Vita C Sustained Release - Untuk kesihatan gusi dan detokfikasi
  3. Garlic Complex - Sebagai anti bakteria
  4. Alfalfa Complex - Menyegarkan nafas
  5. Peppermint Ginger Complex - Berkesan membunuh bakteria
  Ini yang saya faham, kesimpulannya penting menjaga kesihatan mulut dan gigi, rajin gosok gigi dan bersihkan lidah. Jika masalah nafas berbau bukan datang dari mulut sila check apa yang tidak kena, jika disebabkan berat badan berlebihan sila lah kuruskan badan, jika kerana merokok tolonglah berhenti merokok, jika sebab permakanan kurangkanlah makan makanan yang berbau kuat dan jika disebabkan penyakit lain silalah dapatkan nasihat doktor.

Sumber : Blog Dr.Zubaidi Bin Hj Ahmad, Utusan Online, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

        
Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.


Semoga nukilan saya ini bermanfaat.



0 comment... add one now