7 Menu Makanan Semasa Berpantang Yang Menjilat Jari


Siapa kata semasa berpantang makanan semuanya tidak sedap, memangla tidak semua boleh dimakan tetapi jika tahu resepi yang sedap pasti berselera makan punya. Semasa saya berpantang antara menu yang paling saya suka Ummi saya masak adalah pegaga masak lemak letak lada hitam, memang menjilat jari. Sambal lada hitam itu harus ada penambah selera semasa makan. Ummi jarang bagi saya makan ikan yang dibakar kerana kering nanti tercekik bila makan, ummi selalunya akan stim, buat sup ataupun masak lemak letak lada hitam. Goreng-goreng memang tiada, apabila sudah hampir tamat tempoh berpantang Ummi akan benarkan saya makan kari kerana pedas kari daripada cili kering bukan daripada cili api. Ayam dan makanan laut yang gatal seperti udang,ketam memang tiada didalam menu. Walaupun doktor cakap tidak perlu berpantang makan tetapi saya lebih suka pantang la daripada nanti perlu kre hospital semula. Selagi tidak melanggar syariat saya buat.

Resepi-resepi ini saya dapat melalui facebook, kebelakangan ini ramai yang berkongsi resepi masakan mereka. Tidak ketinggalan resepi untuk semasa berpantang juga. Memandangkan sekarang ramai yang memilih berpantang sendiri di rumah atas pelbagai faktor, resepi ini mudah untuk disediakan oleh para suami. Resepi ini saya tidak ubah kerana setiap orang cara berpantang berlaianan, ada yang dibenarkan makan ayam ada yang tidak, begitu juga dengan daging dan cili api. Jadi bergantung pada citarasa sendiri yer.


Resepi Pertama :
Pegaga Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam
Cara-cara:
  • Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
  • Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
  • Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

Resepi Kedua :
Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)


Bahan-bahan:

  • Daging hihiris halus
  • Lada hitam secukup rasa
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos Cili/Cili mesin
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
  • Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
  • Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
  • Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

Resepi Ketiga :
Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah
Cara-cara:
  • Lada, ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
  • Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

Resepi Keempat :
Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:

  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Lada merah
Cara-cara:
  • Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
  • Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehla diangkat.

Resepi Kelima :
Daging Goreng Halia


Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang dihiris nipis
  • Halia dimayang halus
  • Bawang Putih diketuk
  • Bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas (kalau saya memang tidak dibenarkan makan cili padi semasa berpantang)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
  • Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
  • Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahan perasa mengikut kesesuaian.
  • Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
  • Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

Resepi Keenam :


Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit

 Bahan A:

  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Lada Hitam
  • Serai & Halia
  • Gula Melaka – dicincang halus
  • Lemon – diperah
  • Santan
  • Garam
  • Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
  • (Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

 Cara-cara:

  • Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
  • Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
  • Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
  • Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
  • Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.


Resepi Ketujuh :
Ikan Masin Goreng Asam Jawa


Bahan-bahan:

  • Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
  • 1 labu bawang besar
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
  • Tumis semua bahan yang dihiris.
  • Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
  • Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu. 

Ha bagaimana? Senang jer kan resepi-resepi tu, en.suami pasti boleh buat. Saya pernah terlihat buku resepi semasa berpantang di MPH kalau tidak salah saya, jika ibu-ibu mahukan resepi yang perlbagai. Almaklum lah pantang kan 44 hari, jadi hendak makan lauk yang sama setiap hari bosan juga kan.

Selamat Mencuba! Jangan lupa susukan baby dengan susu ibu yer kerana itu adalah hak anak.


0 comment... add one now