My Shaklee Effect : Tiada Lagi Demam Ketika Mengandung


Demam oh demam, dulu semasa mengandung anak pertama setiap bulan saya mesti akan demam tak pernah miss. Hinggakan doktor klinik pun sudah tahu kerana doktor yang sama check up mengandung. Setiap bulan saya akan jumpa dia 2 kali, satu untuk antenatal satu lagi sebab demam. Malu juga rasa bila ditegur begitu tetapi dah demam nak buat macam mana kan. Alhamdulillah baby tiada apa-apa walupun ibu dia sering demam.

Apabila tahu yang saya mengandung kali kedua dah mula pasang azam kalau boleh tak nak demam selalu macam dulu. Dulu ok lagi sebab masih belum ada anak sekarang dah ada seorang jika demam pun mana boleh rehat sangat pun, kena cari jalan supaya tidak selalu demam. Semasa menyusu anak sulung saya sudah mula ambil Shaklee Set Menyusu, jadi saya teruskan ambil Shaklee semasa mengandung kali kedua.Alhamdulillah kesihatan memuaskan tidak demam macam mengandung kali pertama walaupun mengandung anak kembar. HB low sahaja la masalah saya tetapi itu dapat diatasi.

Itulah #ShakleeEffect saya jika dahulu mengandung demam tu macam kawan karib selalu menjengah setiap bulan tetapi mangandung kali kedua demam macam musuh ketat pula. Vitamin yang saya konsisten ambil dari menyusu anak sulung sehingga mengandung kali kedua adalah Vita-Lea, B Complex dan Vitamin C. Semasa menyusu anak pertama saya tambah Alfalfa untuk menambahkan susu alhamdulillah susu saya bertambah pekat dan bertambah banyak, tidak lah banyak sampai sekali pam dapat 10oz macam sesetengah orang tetapi banyakla daripada selalu yang saya dapat dan cukuplah untuk anak saya sehari punya stok. Kemudian saya ambil Lecithin sebab nak kurus, badan bagai dipam-pam walaupun menyusu. Ini kerana saya tidak pandai kawal makanan saya sebab menyusu membuatkan saya lapar kemudian saya makan ikut suka atas alasan menyusu, sepatutnya tidak boleh walaupun ibu menyusu perlu amek extra kalori tetapi harusla pandai pilih makanan bukan ikut suka tekak.

Selepas tahu mengandung saya stop Lecithin dan Alfalfa tetapi teruskan dengan Set Hamil Shaklee. Boleh kata kembar ni baby Shaklee lah sebab selepas bersalin sampai mereka menyusu cukup 2 tahun Shaklee menjadi peneman saya. Sepanjang mengamalkan Shaklee, resdung saya pun jarang-jarang datang menyerang, Tiada lagi bersin pagi-pagi, alah terhadap habuk juga seakan-akan hilang, hidung tersumbat juga tiada. Dalam tidak sedar resung saya terkawal sibuk menguruskan kembar punya pasal.

Itulah cerita saya yang tidak seberapa ni, terima kasih kerana membaca yer.


0 comment... add one now