Rahsia Kesuburan Lelaki Telah Terbongkar



 Korang Tau Tak yang lelaki juga cenderung untuk tidak subur? Jadi jangan asyik ingat asal sukar dapat anak si isteri yang dipersalahkan, si suami juga perlu macho mengaku bahawa mereka juga mungkin ada masalah kesuburan. Berbeza dengan wanita yang ovum terbentuk sejak dari dalam kandungan lagi kerana itu wanita mengalami menopause dikala ovum sudah tidak lagi terhasil. Kaum lelaki menghasilkan sperma setelah mencapai akil baligh dan terus menghasilkan sperma sehingga tua.

Ada beberapa faktor yang menyumbang ke arah ketidaksuburan lelaki iaitu hormon, jumlah dan kualiti sperma, infeksi, saluran tersumbat dan disfungsi ereksi. 

Stress menyumbang kearah ketidaksuburan lelaki kerana ia akan menganggu penghasilan hormon testosteron. Apabila hormon ini terganggu fungsi organ pembiakan juga terganggu.Gaya hidup bannyak mempengaruhi kualiti sperma antara merokok dan minum alkohol. Peredaran udara di bahagian alat sulit juga memainkan peranan penting oleh itu elakkan memakai seluar yang ketat sehingga mengganggu peredaran udara kerana ia akan melemahkan kualiti sperma. Tidur tanpa memakai seluar dalam untuk meningkatkan peredaran udara pada bahagian alat sulit untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Bersenam dan gaya hidup yang sihat membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Tau tak yang vitamin D bukan sahaja bagus untuk tulang tetapi untuk kesuburan lelaki.

Jangkitan kuman jika tidak dirawat dengan segera boleh menganggu kesuburan lelaki. Penyakit STD (Sexual Transmitted Diseases)  boleh mengakibatkan halangan pada laluan keluar sperma atau bacaan sperma yang tidak normal yang boleh menganggu kualiti sperma oleh itu elakkan sex rambang atau sex tidak selamat. Kurangkan terdedah kepada lampu sinar x-ray kerana radiasi sinar x sudah terbukti mengurangkan produksi sperma. Haba juga memainkan peranan didalam ketidaksuburan lelaki, jangan terdedah kepada haba yang panas dalam tempoh yang panjang kerana menganggu kualiti sperma. Obesiti juga merupakan punca masalah ketidaksuburan kerana lebihan lemak akan mempengaruhi suhu badan termasuk bahagian testis.

Selain daripada menghindari perkara yang menganggu kesuburan lelaki pemakanan mampu menolong meningkatkan kembali kesuburan lelaki. Zat besi, Vitamin E, Vitamin C, koenzim Q10 dan gluthathione boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Pilih makanan yang tinggi antioksidan, makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan,bijirin, protein tanpa lemak dan susu tanpa lemak dapat meningkatkan kesuburan lelaki secara semulajadi. Pilih makanan tambahan atau supplemen iaitu multivitamin yang mengandungi selenium, zink dan folat bagi menghasilkan sperma yang sihat.


 Zinc Complex - Memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meningkatkan kiraan sperma. Bagus untuk prostat.

Vitamin E Complex - Meningkatkan kiraan sprema dan keupayaan seksual lelaki.


 
 

Omega Guard - Mengandungi asid lemak omega-3 yang bagus untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

CoQ Health bukan sahaja mengandungi koenzim CoQ tetapi mempunyai vitamin E dan teh hijau yang bagus untuk detoks dan antioksidan. 

Vita-Lea merupakan multivitamin terbaik yang pernah dicipta oleh Dr. Forest Shaklee, mengandungi nutrien dan mineral yang lengkap untuk keperluan tubuh badan kita.

Tips Extra Untuk Kesuburan Lelaki :
Minum kopi, kafein pada kopi membantu sperma lebih aktif dan cergas. Mereka yang mengambil secawan kopi secara teratur setiap pagi mempunyai sperma yang berenang lebih cergas berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Sumber : Majalah Rapi , MyHealth






0 comment... add one now