Donut Gebu Untuk Anak-Anakku



Gigih pepagi Sabtu menguli donut tuk anak-anak, memang selau buat banyak frozen kan untuk si irf@n bawak bekal ke sekolah. Minggu depan sudah cuti sekolah jadi tak perlu la buat stok frozen donut. Saya buat ikut resepi yang saya jumpa di facebook, tak perlu hendak peram lama-lama lepas uli boleh terus goreng.

Ini resepinya, tidak ada nama tuan punya nyer tapi dia dah share di facebook jadi boleh la dikongsi :

Donut Gebu ;

3 1/2 tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu marjerin
5 sudu gula pasir
3 sudu susu pekat
1 paket yis
1 biji telur

Cara :
1. Cairkan marjerin.
2. Satukan gula dan susu disatukan dalam air suam, kacau gula sampai larut kemudian masukkan yis dan tunggu 10 minit (sehingga campuran berbuih)
3. Pukul telur campurkan dalam marjerin.
4. Masukkan marjerin dalam yis tadi dan masukkan dalam tepung secara sedikit demi sedikit.
5. Uli tepung jika terlalu lembik tambah tepung, kerana itu masukkan campuran yis tadi sedikit demi sedikit supaya dapat kawal kelembapan tepung.
6. Bulatkan donut dan biarkan seketika dalam 20-30 minit barulah digoreng.

Diatas adalah resepi asal disebabkan saya dah selalu buat donut ni jadi saya mula lah twist ikut cara saya hehehe. Selalunya saya tak buat sampai 3 cawan tepung sebab banyak sangat sebab saya buat donut tu comel-comel senang anak nak makan. Selalunya saya akan buat campuran yis dahulu selalunya 1/2 paket jer susu dan gula pun setengah daripada resepi asal. Selepas campuran yis siap baru saya masukkan tepung yang ni ikut anggaran sahaja asalkan tepung tidak terlalu lembik.

Lepas uli selalunya siap dalam 20 ke 30 minit, donut yang dah siap awal tadi dah boleh goreng dah. Itu yang saya kata tak perlu tunggu hehehe siap uli boleh terus goreng.



















Inilah hasilnya, donut gebu untuk anakku yang gebu hehehe. Irf@n selalunya tak tolak donut ni tetapi kembar ikut mood dorang. Kalau rasa nak makan dorang makan la. Donut ni kalau tak salut gula pun tak per sebab sudah manis kalau nak salut pun boleh tetapi nipis jer lah. Tak boleh banyak sangat gula nanti kencing manis pula.

Jika mahu frozen kan, goreng half cook jer tak payah goreng sampai masak. Kalau goreng macam warna dalam gambar ni pun masih boleh frozen cuma mana hendak digoreng semula nanti pastikan api kecil dan minyak panas. Kena perhatikan takut nanti hangus sebab macam warna kat atas ni sudah boleh makan terus dah ni.

Teringin juga nak buat kuih frozen yang lain tapi anak-anak tak reti makan jadi malas nak buat. Kalau pandai lama dah penuh freezer tu. Senang frozen sebab nak makan goreng jer balik dah siap, boleh dimakan bersama kopi panas ummp nikmat.

Ok la selamat berhujung minggu


0 comment... add one now