Pelik Betul Lah Kenapa Saya Makan Shaklee Takde Kesan Pun???



Orang kata Shaklee ni bagus?
Orang kata Shaklee ni berkesan?
Orang kata Shaklee ni boleh dipercayai? 
Tapi kenapa saya makan Shaklee tidak berkesan??? Pelik tul la

Shaklee memang bagus, Shaklee memang berkesan dan Shaklee memang boleh dipercayai tetapi Shaklee bukan ubat. Shaklee adalah supplemen ataupun makanan kesihatan bagi mereka yang mahukan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Shaklee sentiasa selamat dan berkesan, mesti ada sebab kenapa Shaklee tidak berkesan pada kita. Apabila kita ambil supplemen atau makanan tambahan, kita akan dinasihati untuk minum banyak air kalau boleh 3liter satu hari kerana air akan menolong melancarkan peredaran darah. Minum air pun ada caranya bukannya kena minum 3 liter ambil 3liter air letak depan mata kemudian minum sekaligus. No no no that is not the way. Itu bagi kembung perut namanya. Minum secara perlahan setiap 10 minit, 3 liter untuk sepanjang hari bukan minum sekaligus yer.

Pernah dengar detoks? Detoks adalah proses membuang toksin daripada badan kita, sebenarnya setiap hari pun kita buang toksin melalui peluh, najis dan urin tetapi ada kalanya tidak mencukupi dan toksin berkumpul didalam badan menyebabkan pelbagai masalah seperti jerawat, masalah berat badan. Ada eloknya buat detoks dahulu supaya badan mudah menyerap nutrien, ibarat longkang tersumbat kita bersihkan kemudian air dapat mengalir dengan lancar. Begitu juga dengan badan selepas detoks usus kita lebih bersih dan dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan kerana itu ada yang berjaya menurunkan berat badan dengan mudah selepas buat detoks. Ha dah dapat extra tips dah tu.

Apa lagi yang perlu ada jika mahu ambil supplemen? Disiplin. Perlu ada kalau sekejab makan sekejab tak makan macam mana badan hendak berinteraksi dengan supplemen itu. Sel baru terbentuk selepas 120 hari jadi kalau baru makan seminggu lepas tu sudah tak makan macam mana badan hendak sihat. Apabila kita disiplin dan konsisten badan akan mula menyesuaikan diri dengan nutrien yang kita salurkan, kemudian kita akan mula dapat rasa perbezaannya. Ibarat kita bekerja yang dapat gaji harian, kalau rajin pergi kerja dapatlah gaji banyak kalau malas pergi kerja gaji pun sedikit lah. Jadual makan supplemen atau vitamin boleh diubah mengikut kesesuaian, kalau lupa hendak makan pagi makanlah malam tapi jangan tidak makan langsung. 


Selain itu jangan mudah rasa bosan atau mengalah apabila hasil yang dimahukan belum kunjung tiba. Sel diperbaharui setiap 120 hari jadi badan ambil masa untuk memberikan apa yang tuan badan inginkan. Jangan mudah putus asa dengan krisis pemulihan atau healing crisis, ini salah satu side effect apabila ambil supplemen. Pernah dengar istilah keluarkan penyakit sebelum sembuhkan penyakit, itulah healing crisis. Contohnya jerawat, ada yang minum ESP kemudian jerawat keluar dengan megahnya tetapi selepas beberapa waktu jerawat makin surut dan kulit semakin cantik. Healing crisis terjadi kerana timbunan toksin, diet tidak seimbang, rehat yang tidak cukup dan ubat-ubatan yang diambil. Ketika waktu healing crisis banyakkan minum air dan rehat, lebihkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran. Jika berlanjutan dan anda rasa ini bukan healing crisis sila berjumpa doktor. Tempoh healing crisis bergantung pada individu mungkin beberapa hari dan mungkin juga beberapa minggu. Kenapa ada healing crisis? Ini kerana sel-sel dalam badan sedang dibaik pulih. 

Masih belum tahu mengapa anda makan Shaklee tetapi tidak berkesan?

Sila jawab soalan ini
1. Berapa banyak air anda minum sehari? 
2. Bagaimana cara anda minum air?
3. Anda disiplin atau tidak makan supplemen?
4. Pernah buat detoks tak?
5. Bagaimana anda tangani healing crisis?

Jika ramai yang ambil Shaklee merasai perubahan dan kebaikannya kenapa tidak anda? apa kurangnya anda? dimana silapnya anda? Beribu-ribu testimonial boleh didapati betapa Shaklee berkesan ini membuktikan Shaklee memang berkesan. Shaklee adalah supplemen atau vitamin atau makanan tambahan bukannya ubat untuk mengubati penyakit.

Berlainan dengan ubat, beza ubat dengan vitamin atau supplemen adalah kesan ubat dapat dilihat dengan serta merta seperti sakit kepala makan panadol hilang sakit kepala. Itu fungsi ubat menyembuhkan penyakit masa itu juga kerana ubat bersifat spesifik yang dibuat khas untuk sesuatu penyakit, vitamin atau supplemen pula mengambil masa kerana ia menyembuhkan dari dalam, menyihatkan sel-sel dalam badan secara keseluruhan. Kesannya tidak dapat dilihat secara serta merta tetapi dirasai dalam jangka masa panjang. Contohnya mengambil B Complex dan Ostematrix secara berterusan akan mengurangkan gejala migrain kerana B Complex dan Ostematrix bersifat menenangkan saraf. Ubat diperbuat daripada bahan kimia manakala supplemen atau vitamin diperbuat daripada bahan semulajadi antara beza ubat dan vitamin yang lain adalah ubat diambil ketika sakit manakala vitamin diambil sebelum sakit untuk mencegah penyakit atau diambil untuk mengurangkan simpton penyakit apabila diambil secara berterusan.

Korang tau tak? Kalau aktif dalam Shaklee boleh dapat peluang melancong dengan percuma. Ha best kan..Tak perlu risau pasal penginapan kerana hotel terbaik confirm punya Shaklee bagi, tak perlu risau pasal makanan kerana Shaklee sangat menjaga ahlinya dan sensiviti agama. Hanya perlu bawa diri dan duit belanja sahaja. Syok kan...



0 comment... add one now