Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Ayu ZalieBerita kelahiran adalah amat mengembirakan dan mengujakan. 2 3 hari nie wall facebook saya penuh dengan berita kelahiran ataupun kisah ibu hamil, ni semua yang buat terasa nostalgia ingat semasa hendak melahirkan anak pertama si Irf@n sekarang sudah berumur 5 tahun. Overdue 11 hari dari tarikh sebenar kemudian tak nak keluar sebab seronok duduk dalam perut walaupun ibu sudah masuk ubat induce 3 kali. Pengalaman pertama yang sukar dilupakan.
Kronologi kelahiran Irf@n bermula pada tarikh 23 June 2010, masa tu sudah lewat seminggu daripada tarikh EDD sebenar dan sudah masanya serah diri kat hospital. Berbekalkan surat referral daripada klinik buat check up setiap bulan dengan beg bersalin campur hati berdebar-debar pergi check in dekat Dewan Bersalin Hospital Sg, Buloh. Jantung berdebar toksah cakapla segala macam benda berlegar-legar dekat dalam otak ni. Selesai daftar dekat kaunter keluar masuk dalam tukar baju eh silap tukar kain jer sebab baju hospital dapat masa dalam wad, akak kaunter depan buat announcement "Staff Nurse ada patient baru daftar" yer kot macma tu ayat dia tapi di announce lah. Walaupun sudah kena announce macam takder orang yang heran pun berdiri la sekejab terpinga-pinga hendak buat apa ni. Selepas beberapa minit baru lah ada nurse datang beritahu apa hendak kena buat. Ramainya mommy to be dekat dalam dengan nurse yang berjalan laju macam tak cukup tanah, doktor lagi dengan pelatih lagi. Sekarang kena tunggu turn doktor check, husband tunggu luar kesian dekat dia. Telefon tak boleh bawa masuk tapi hehehe saya seludup bawa masuk.
Semasa doktor check, berkali-kali ditanya betul ke tarikh last period ni? Naik muak pun ada jawab betul sebab saya catit nak anak punya pasal kira tarikh subur, nak je jawab macam tu. Selesai check up keputusannya induce, dalam hati takpe la daripada kena operate. Harapnya buka la jalan lepas masuk ubat. Disebabkan tiada katil kenalah tunggu dekat situ terconggok tak tahu hendak buat apa. Dapatlah 2 3 orang kawan yang senasib tengah tunggu katil. Ingatkan sekejab jer la penantian tunggu katil rupanya lama sangat-sangat sampai en.suami hendak bawak pergi hospital lain. Lapar toksah cakapla, rupanya makanan ada disediakan tetapi takde siapa beritahu jadi takde la pergi makan kemudian boleh pulak nurse cakap kenapa tak makan sayang je makanan membazir aiseymen mana la tahu. Penantian katil berterusan sampai kemalam, saya sudah gelisah yang en.suami lagi la gelisah nasib baik seludup handphone dapat juga tanya keadaan dia dekat luar. Rupanya habis satu hospital dia ronda sementara menunggu.
Jam sudah menunjukkan 10 malam tapi katil masih belum dapat, kakak yang kerja sebagai nurse cuba gunakan pengaruh dia pun tak dapat tolong adik dia ni dapatkan katil jadi redha jer lah. Akhirnya doktor release balik dan datang balik 25 haribulan kalau dalam rasa sakit sebelum tu datang balik hospital dengan segera. Kenapa ada gap sehari serius tak ingat hehehe lama dah.
Datang balik daftar 25 June 2010, rutin macam haritu tapi kali ni dah pandai sikit pakai baju ada poket senang hendak seludup handphone kemudian sudah tahu mana tempat makan jadi takde la berlapar. Check up macam biasa sementara menunggu katil, check heart beat baby dengan check bukaan jalan. Part seluk menyeluk la part paling tidak gemar sekali sebab sakit. Lama menunggu katil tidak muncul juga hati sudah panas, badan sudah penat kesian dekat en.suami lagi. Pukul 10 malam baru dapat katil jadi malam tu tidur hospital. 1st malam dekat hospital mana boleh tidur walaupun penat. Macam-macam drama dekat dalam wad, ada yang tak tahan sakit asyik menangis sepanjang masa sampai ada nurse duduk dengan dia untuk tenangkan, dengar dia menangis sebab sakit kesian sangat. Nurse-nurse yang lain risau sebab kami-kami yang baru dapat katil ni muka masing-masing takut bila dengar orang menangis sakit sampaikan ada sorang nurse cakap puan semua tidak perlu risau kami ada, rehat la dulu.
Esoknya 26 June 2010, round pagi oleh doktor pakar selepas check masuk ubat induce yang pertama. Doktor ada terangkan jika ubat yang pertama ni tak boleh buka jalan akan dimasukkan ubat kali kedua, maksimum masuk ubat adalah 3 kali sebelum ibu terpaksa di bedah. Pergh dia punya berdebar toksah cakap la takut sangat dengar perkataan bedah tu. Berdoa sangat jalan dibuka dengan 1st ubat ni. Ada la rasa contraction tapi mild sangat sampai diri sendiri rasa pelik, aku ke yang jenis tahan sakit atau memang tak sakit ni sebab orang katil sebelah gelisah sakit contraction bukan main lagi. Petang tu doktor round lagi, kalau ikut cakap doktor pagi tadi sehari sekali je masuk ubat tetapi doktor ni kata takpe masuk lagi satu ubat. Haih biar betul mana satu nak percaya ni, agaknya nurse dapat baca riak muka kut. Nurse tu beritahu yang doktor ini doktor pakar puan jangan risau, doktor tu pun terangkan disebabkan contraction saya ni mild sangat sebab saya rilek jer berbanding teman seperjuangan yang lain jadi masuk ubat satu lagi untuk bagi contraction tu kuat lagi supaya jalan dapat dibuka. Alhamdulillah contraction makin kuat tapi boleh tahan lagi sakit tapi pintu rahim tetap tak buka juga, sedih campur risau semua ada. En.suami sudah makin risau sebab kalau boleh tak hendak la operate biarlah normal.
27 June 2010, 3rd ubat induce masuk semalam punya ubat sudah hilang kesan contraction pun sudah hilang jadi sakit contraction tu macam masa masuk ubat yang 1st. Haih la anak suka benar awak duduk dekat dalam tu yer, banyak kali doktor tanya betul ke tarikh awak ni. Sampaikan diri sendiri percaya yang salah catit tarikh. Petang doktor datang check progress tapi malangnya tiada progress, keputusannya jikalau malam ini pintu rahim masih belum dibuka kena operate. Apa perasaan masa tu takutla berjurai-jurai la air mata perkara yang hendak dielak tapi kena tempuh juga. Kalau ikutkan tunggu sampai pukul 11 malam tetapi pukul 8 lebih doktor datang check semula dan masih belum buka terus doktor beritahu operate kalau tunggu pun jalan takkan buka sebab contraction tak kuat dan tengok saya pun rilek jer. Call en.suami datang balik beritahu yang kena operate sedangkan dia baru jer keluar sebab waktu melawat sudah habis. En. suami datang doktor terang segala kemungkinan dan beritahu kenapa tukar tarikh operate tiba-tiba, reason yang diberi bilik bedah sedang kosong dan lebih baik operate sekarang daripada lewat malam sebab doktor pun manusia juga kan mesti penat.
Haih takutnya subhanallah, nurse datang prepare tuk masuk dewan bedah mintak tukar baju segala bagai. Nervous babe, en.suami pun sama nervous tapi dia kena tenangkan wife dia yang jelita ni kenalah simpan nervous dia dulu. Pukul 10.30 malam ditolak masuk operation room, bermula la episode potong memotong. Dulu tak nak cerita apa jadi dalam bilik bedah sebab seriua tapi sekarang hendak cerita. Masa hendak inject ubat bius dekat tulang belakang jantung rasa macam hendak pecah sebab takut. 2 kali inject, inject yang pertama doktor bising sikit sebab tak duduk diam jadi susah dia hendak inject orang tengah takut kut mana boleh stay put. Selepas inject tunggu ubat bius bertindak, okey sudah sampai masanya. Doktor bius cakap akan rasa dibedah tapi takkan rasa sakit okey i trust u (dalam hati). Doktor mula nak menyiang perut tetiba saya menjerit "sakit", doktor tu stop then doktor bius datang kata puan akan terasa dibelah tapi tak sakit. Eh doktor macam aku ni tak tau beza rasa sakit lak,dengan tegasnya "saya rasa sakit". Doktor bius minta tunggu beberapa minit lagi mungkin bius masih belum betul-betul bertindak. 2nd attempt dibedah, "sakit". Doktor yang hendak bedah macam dah mula annoyed tapi dah memang sakit nak buat macam mana.
Tetiba terdengar satu suara doktor lain, more warm and fatherly tanya puan sakit macam mana. Selepas terangkan dia tanya lagi "puan ada tekanan darah rendah ker?", jawapan adalah "ya saya". Next action meja bedah tu dorang sendengkan sedikit supaya jantung dapat pam darah kuat sedikit dan ubat bius dapat bertindak dengan cepat. Sendengnya meja tu rasa macam hendak jatuh pun ada, selepas beberapa minit doktor cuba belah dan kali ini tiada kesakitan lagi. Doktor bius yang inject tadi kena marah sebab tak tengok my blood preassure masa itu, faham la yang doktor itu adalah doktor pakar bius. OK doktor sudah mulakan operasi anak bertuah yang tak nak keluar jalan normal ni tetiba "kepala baby besar tak boleh keluar, forsep". Alahai anak dah ibu kena bedah awak keluar kena pakai forsep pula tu. Macam-macam dugaannya. Almost 1 hour semuanya selesai,11.20 baby selamat dilahirkan masa nurse bagi cium anak dan tanya gender anak happy sangat-sangat. Lupa sekejab dalam bilik bedah kemudian ingat balik sebab dengar doktor cakap hendak mula keluarkan uri dan jahit.
Bersalin sudah walaupun melalui operation bukannya normal. Sekali sudah operate biasanya agak susah la hendak bersalin normal, bermula la episode bermalam di hospital dengan new born sebelum pulang berpantang. Selepas operate dan dibawa ke wad balik, saya tidak dibenarkan bangun selama 6 jam kerana ubat bius masih ada. Memang mamai dan rasa badan penat sangat, tidur la jawapannya. Bermula kisah berpantang dan menyusukan, itu pun ada cabarannya juga. Semasa berpantang anak pertama saya tidak mengenali Shaklee lagi, saya kenal selepas beberapa bulan semasa mencari milk booster sebab stok EBM saya tidak banyak silap kerana tidak buat stok semasa berpantang. Selepas itu Shaklee menjadi teman baik saya, anak kembar saya boleh dikatakan Shaklee baby kerana saya consume Shaklee semasa hamil, semasa berpantang dan semasa menyusukan mereka.
Ok, itu pengalaman bersalin anak pertama saya. Hasrat hendak bersalin normal tidak kesampaian tetapi Allah itu Maha Mengetahui and the BEST planner ever. Selamat membaca dan terima kasih kerana membaca.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →