" The Best Way To Keep Your Baby Healthy Is To Keep Your Self Healthy "
Menarikkan tag line Shaklee ni, banyak kebenarannya juga. Betul la tu bila ibu sihat anak pun sihat. Selepas bersalin pun perlu makan vitamin bukan semasa mengandung sahaja perlu makan vitamin. Vitamin selepas bersalin untuk ibu kembali sihat dan bertenaga. Tujuannya sama seperti berpantang selepas bersalin untuk ibu kembali sihat seperti dahulu. Pendapat saya pula ketika berpantang kebanyakkan makanan dan buah-buahan dilarang atas alasan sejuk dan tidak bagus untuk ibu yang sedang berpantang jadi untuk memastikan badan ibu mendapat nutrien yang cukup ambil vitamin/supplemen la jawapannya. Ini tidak bermakna saya tidak mengamalkan tradisi berpantang, disini ramai yang salah faham apabila ambil vitamin dianggap berpantang moden. Cuba fikir balik selepas kita keluar dari hospital doktor ada bekalkan ubat kan? Antara ubat tersebut adalah B Complex and Zinc, itu kan vitamin. Kita tetap ambil kan sebab doktor suruh jadi apa salah nya kita tambah vitamin lain sebagai extra. Masih boleh makan jamu tiada masalah cuma adalah caranya itu sahaja, janganlah buat vitamin dan jamu ni macam musuh ketat tidak boleh langsung duduk bersama.
Kenapa vitamin selepas bersalin ini penting? Ini adalah untuk menolong ibu cepat sembuh, bertenaga dan bersemangat, membantu ibu didalam proses penyusuan dan mengelakkan baby blues. Antara nutrien yang diperlukan oleh ibu selepas bersalin adalah protein, asid folic, iron, vitamin c, kalsium dan omega-3 DHA. Saya akan terangkan satu persatu bagaimana nutrien ini membantu ibu selepas bersalin.
Protein memberikan tenaga kepada ibu sepanjang hari, pada awal kelahiran ibu akan mudah letih kerana kurang tidur jadi tenaga ekstra diperlukan. Protein juga diperlukan didalam pembentukkan sel-sel baru jadi ia membantu didalam penyembuhan luka ibu dan protein membantu didalam penghasilan susu ibu. Oleh sebab itu kita digalakkan makan ikan ketika berpantang kerana ikan kaya dengan protein selain daripada daging. Tahu tak yang ibu menyusu memerlukan lebih extra kalori berbanding ibu hamil. Ibu hamil memerlukan 360 extra kalori sehari tetapi ibu menyusu memerlukan 470 extra kalori sehari kerana itu pemilihan sumber protein amat penting kerana itu lah sumber tenaga ibu-ibu.
Iron atau zat besi diperlukan oleh sel darah merah untuk membina hemoglobin yang tugas utamanya mengangkut oksigen kedalam darah. Ketika hamil iron penting kerana ibu hamil mengepam darah lebih banyak daripada biasa manakala ibu menyusu memerlukan iron supaya mereka tidak mengalami keletihan melampau. Hemoglobin yang sihat dapat menyalurkan oksigen keseluruh badan. Asid folik bukan sahaja penting semasa awal kehamilan tetapi juga penting semasa selepas bersalin kerana asid folik membantu didalam proses pemulihan dan mengurangkan risiko kemurungan. Penting yer kurangkan risiko kemurungan ni, baby blues atau meroyan tidak boleh diambil mudah. (Bacaan lanjut tentang baby blues DiSini).
Vitamin C bukan sahaja bagus untuk kulit tetapi ia menolong badan menyerap asid folik dan iron dengan lebih baik. Kita boleh ibaratkan vitamin c ini adalah booster la. Vitamin C juga membantu meningkatkan imunisasi badan supaya badan ibu kuat daya tahan penyakit. Semasa berpantang badan ibu kena sentiasa panas supaya angin tidak masuk kerana itu kita kena makan jamu untuk memanaskan badan pada masa yang sama vitamin c menguatkan daya tahan penyakit kita. Secara tidak langsung badan sudah ada 2 pelindung iaitu jamu untuk memastikan badan panas dan peredaran darah lancar dan vitamin c untuk kuatkan antibodi badan. Ha kan saya dah cakap tadi jamu dan supplemen boleh berkawan baik bukannya musuh ketat.
Kalsium pula kenapa penting untuk ibu selepas bersalin kerana 40% susu ibu mengandungi kalsium. Jadi kenalah ambil kalsium kalau tidak macam mana hendak hasilkan susu ibu yang hebat. Kalsium juga diperlukan untuk ketumpatan tulang dan gigi yang sihat. Kalsium perlu diambil setiap hari supaya ketumpatan tulang sentiasa terpelihara kalau semasa hamil bayi akan ambil kalsium daripada tulang ibunya kerana itu ibu perlu ambil kalsium supaya sumber kalsium dalam badan cukup untuk ibu dan bayi. Tahu tak kalsium juga membantu membanyakkan susu ibu.
Setakat ini, fahamkan mengapa vitamin selepas bersalin ini penting. Sekarang saya hendak cerita bagaimana Set Bersalin Shaklee boleh tambah susu ibu berdasarkan pengalaman saya.
Semasa anak pertama saya tidak ambil set bersalin shaklee tetapi saya ambil set menyusu shaklee, alhamdulillah saya dapat menyusukan anak pertama sehingga dia berusia setahun lapan bulan. Susu menjadi pekat jadi anak minum sedikit sudah kenyang, walaupun kuantiti susu saya tidaklah bertambah sampai melimpah ruah tetapi saya boleh lihat hindmilk saya lebih banyak setiap kali perahan. Semasa anak kedua saya ambil set bersalin shaklee, alhamdulillah memang saya rasai kelainannya. Saya lebih bertenaga dan susu pun banyak, semasa dihospital sebelum bersalin saya sudah mula ambil. Pelik kenapa sebelum bersalin sudah ambil? Ini adalah supplemen bukannya ubat, supplemen adalah untuk kesihatan berpanjangan contohnya vitamin C yang sentiasa diambil tidak kira apa keadaan sekalipun. Set Bersalin dan Set Hamil Shaklee tidak banyak beza cuma 1 atau 2 vitamin yang lain kerana itu saya sudah mula ambil sebelum bersalin lagi. Contohnya ESP, Vitamin C dan B Complex cuma ketika itu saya ambil Zinc Complex sekali kerana zinc bagus untuk sembuhkan luka dan saya bersalin melalui pembedahan.
Ketika anak pertama saya alami bengkak susu dan susu matang saya lambat terbentuk. Ini kerana kurangnya ilmu penyusuan maklumnya anak pertama, memang sebelum bersalin ada baca mengenai susu ibu tetapi bila sudah bersalin jadi hilang semua yang dibaca kerana gabra dan panik. Badan pun cepat lesu, saya tidak boleh makan jamu kerana anak prolong jaundis sedih jer tengok set bersalin (bukan jenama shaklee) yang sudah dibeli. Ada juga cuba makan jamu tu mana tahu tiada kesan pada anak tetapi esoknya bacaan mencanak naik terus berhenti makan. Jadi untuk anak kedua saya tidak makan jamu ketika berpantang tetapi ambil Set Bersalin Shaklee. Susu alhamdulillah semasa dihospital lagi anak-anak saya menunjukkan mereka kenyang cuma meragam hendak dipeluk sentiasa sahaja lah. Setelah pulang dari hospital alhamdulillah tiada masalah mengenai susu, saya boleh pam untuk buat stok lagi.
Set Bersalin Shaklee ada alfalfa dan alfalfa ini membantu menambahkan susu ibu disamping mengambil ESP dan Ostematrix. Ketiga-tiga ini adalah penambah susu ibu sebab itu susu saya semasa anak kedua alhamdulillah meriah dan anak agak tembam sedikit berbanding anak pertama. Lupa hendak beritahu anak kedua saya kembar dan Shaklee bantu saya menyusukan mereka sehingga berusia 2 tahun. Tetapi suka saya ingatkan disini supplemen sahaja tidak mencukupi jika ibu tiada ilmu tentang konsep penyusuan. Ibu perlu faham konsep supply and demand, hindmilk dan foremilk, bagi ibu bekerja pula cara mengurusankan EBM, power pumping dan kaedah marmet. Itu diantara ilmu penyusuan yang bagi saya ibu-ibu perlu tahu. Betul set bersalin shaklee tambah susu ibu bersama-sama dengan ilmu penyusuan hasilnya pasti ibu-ibu senyum senang hati.
Antara entri yang mungkin membantu :
Ingat, Bayi Yang Sihat Bermula Dengan Ibu Yang Sihat , berminat boleh hubungi saya seperti dibawah. Insya allah saya akan bantu selagi yang termampu.