Kulit Yang Cantik Dan Sihat Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri





Cantik...Jelita...Beautiful...Gorgeous...Siapa yang tak nak? Semua mahukan rupa paras yang menawan paling tidak kulit yang sihat, cantik, mulus, gebu, cerah dan tiada masalah. Idaman setiap wanita bak kata iklan tv. Mestilah nak kan kulit yang cantik bermakna kenyakinan diri pun ada. Tetapi apa makna kulit yang sihat sebenarnya. Mengikut laman web MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia kulit yang sihat adalah kulit yang licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan serta bebas daripada jerawat atau kulit merekah. Teringat pula gelaran Rasullullah s.a.w kepada Siti Aishah r.a iaitu Ya Humaira (Wahai Si Pipi Merah) romantik kan Rasulullah kita.

Selain daripada penjagaan kulit yang sudah sedia maklum iaitu cuci, pengelupasan, menyegar, melembap, senaman, minum air kosong dan pemakanan yang sihat. Jadi pemakanan mempengaruhi dan ada makanan yang boleh membantu kita mendapatkan kulit idaman kita. Disini saya ingin kongsikan beberapa makanan yang boleh kita ambil bagi tujuan kecantikkan kulit.

Melindungi Kulit Dari Sinar UV
     Tahukah anda bahawa bayam mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan Beta Karotin yang tinggi dan ini membantu melindungi kulit daripada sinaran UV serta menjadikan kulit berada ditahap kesihatan yang optimum.

Awet Muda
      Pecans atau kacang kemiri kaya dengan Vitamin E yang penting bagi membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan. Pakar mencadangkan supaya ambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi, herba seperti daun kari, oregano dan halia bagi mengelakkan kulit daripada mengendur. Greek yogurt mempunyai 2 kali protein daripada yogurt biasa dan proein yang terdapat didalam yogurt bagus bagi menegangkan kulit. Walnut juga membantu didalam mendapatkan kulit yang anjal kerana mempunyai asid lemak Omega-3. Walnut mampu meningkatkan penghasilan kolagen jika diambil sebagai snek setiap hari.

Masalah Kulit Berjerawat
     Timun bukan sahaja sedap dibuat ulam tetapi bagus untuk kulit, dipercayai jusnya mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. Elissa Brenner seorang pakar nutrisi mengatakan kulit berjerawat kebiasaannya disebabkan kekurangan zink yang boleh mengawal minyak dari dalam tubuh. Untuk mengatasi masalah jerawat ini tiram, biji labu, halia, oat dan telur dapat membantu dan vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam belanda juga membantu. Cuba elakkan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu didalam diet harian.

Masalah Kulit Kering
     Telur yang kaya dengan Omega-3, safflower dan minyak walnat adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Kandungan asid linoleik yang terdapat didalam makanan tersebut merupakan asid lemak yanh harus ada di dalam diet harian. Jika mengalami kulit kering dan gatal boleh menggunakan yogurt pada muka untuk mengurangkannya.


Inginkan kulit kemeraha-merahan
     Sebiji buah delima ataupun beberapa gelas jus delima setiap hari insya allah menjadikan kulit kemerah-merahan. Delima mempunyai polifenol antioksidan yang mengawal radikal bebas dan mengawal aliran darah.

Menentang Crow’s-Feet dan Laugh Lines
     Pengambilan sayur-sayuran hijau dan kuning membantu kulit kurang berkedut terutamanya disekitar mata. Sayuran hijau dan kuning mempunyai karotenoid (antioksidan) yang mengurangkan sensitiviti kulit terhadap cahaya matahari.

Tona Kulit Sekata
    Soya membantu mendapatkan kulit cerat seta tona kulit sekata kerana mempunyai mineral dan protein yang mengurangkan hyperpigmentasi.

Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik
     Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.

Ekstra Tips!

Makanan Terbaik Untuk…

Kulit Kering

Perbanyakkan pengambilan sayuran berwarna hijau tua, seperti bayam. Gunakan minyak yang kaya omega 3, sebagai salad dressing atau menumis.

Kulit Mudah Gatal

Vitamin B mampu membantu melancarkan perjalanan darah agar kulit tidak terlalu kering dan menimbulkan gatal-gatal. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menambahkan lagi alergi tersebut seperti telur, sotong dan lain-lain.

Kulit Berminyak

Hindari makanan manis dengan kadar gula tinggi dan jenis makanan segera. Sebaiknya gunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega ataupun bahan menumis.


Sumber :


MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
Eh!
Moms Avenue
Women Online Magazine


Kesimpulannya, perasan tak Omega-3 adalah paling banyak khasiat untuk UV, awet muda, kulit berjerawat. Antioksidan juga dititik beratkan kerana ia mengawal radikal bebas dan ia bertindak menyihat kulit dari dalam. Saya ada tulis mengenai antioksidan dan radikal bebas jemput baca untuk info tambahan. 

Antioksidan dan Kecantikan
Antioksidan dan Kesihatan

Shaklee mempunyai Omega Guard yang mengandungi sumber Omega-3 terbaik didunia dan ESP yang diperbuat daripada Non-GMO soya yang bagus untuk kulit. Jika berminat boleh hubungi saya akan saya bantu sedaya mungkin. Shaklee juga mempunyai Collagen Powder yang menjanjikan hasil selepas 8 minggu penggunaan secara konsisten dan juga Vivix yang tinggi dengan antioksidan.


 

0 comment... add one now