5 Sebab Minum Air Secukupnya Itu Menjadikan Kulit Berseri-seri
Ayu ZalieAir semudah menyebutnya semudah itu orang lupa kepentingannya pada badan. Tubuh badan kita sahaja terdiri daripada 70% air malahan bumi juga lautannya lebih luas daripada daratan sudah cukup menunjukkan penting air.
Minum air secukupnya itu penting bukan sahaja untuk fungsi organ-organ didalam badan tetapi juga untuk mendapatkan kulit yang cantik dambaan semua orang. Chewah ayat tak hingat. Saya akui dulu saya memang susah nak minum air semasa kecil boleh kira la berapa kali sehari minum air. Masa tu masih kecil jadi tak terasa kesannya apabila sudah meningkat usia sudah pandai menjaga kulit baru nak minum air. Kesan paling ketara pada saya bila kurang minum air susah hendak ke tandas menyebabkan perut kembung kerana toksin tidak dibuang. Badan lesu sebab toksin berkumpul,
Air ini ibarat pelincir pada tubuh badan kita, jika kurang maka kurang lancar lah fungsi organ. Air juga penting untuk kulit sihat. Air juga membantu kita mendapat rambut dan kuku yang sihat.Dengan meminum air kulit akan terhidrat dan mengalakkan kulit yang segar dan bebas cela kerana toksin dan kotoran yang tersumbat pada liang-liang roma dapat disingkirkan memberikan kulit yang sihat dan berseri.
Air membantu kulit kita tegang dan kurang berkedut, menyingkirkan toksin dan kotoran. Badan secara semulajadi akan mengisi sel-sel dengan air menjadikan sel-sel tersebut tegang dan menyebabkan kedutan kurang kelihatan. Apabila sel-sel diisi dengan air ia akan menolak kulit dari dalam yang menjadikan kesan seperti selulit dan kulit mengelebar kurang kelihatan. Bak kata orang indonesia kulit jadi ketat dan kencang gitu. Nampak awet muda juga.
Apabila kulit bebas toksin dan liang-liang roma tidak tersumbat jerawat sukar hinggap.Salah satu punca jerawat juga adalah toksin yang berkumpul. Kulit merupakan salah satu agen menyingkirkan toksin, kalau agen tidak dapat menjalankan tugas dengan baik musuh iaitu jerawat datang menyerang. Apabila kulit sihat dan bebas cela tentulah kulit kita akan jadi licin, lembut dan berseri-seri. Tak nak ker semudah itu untuk dapatkan kulit yang cantik. Minum air secukupnya sepanjang hari bukannya sekali minum abis 3 liter, itu bukan caranya.
5 sebab minum air yang cukup itu penting untuk kulit kerana :
1. Kulit akan bebas cela.
2. Kulit akan tegang dan kurang kedutan.
3. Kulit akan kelihatan awet muda.
4. Kulit akan bebas jerawat.
5. Kulit akan berseri-seri dan bercahaya, glowing bak kata omputih.
Tambahan faedah jika minum air yang cukup, mudah untuk menurunkan berat badan jeng jeng jeng. Kadang kala kita berasa lapar tetapi sebenarnya badan kita kekurangan air, cuba minum air apabila rasa pada waktu yang tidak sepatutnya. Ini akan kita berasa kenyang dan tidak perlu ambil snek lagi. Rajin minum air kosong membantu kita mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian dengan itu kita akan jadi lebih sihat.Rambut yang cantik dan sihat juga antara hasil kalau rajin minum air kosong. Air menjadikan rambut kita lembut dan bersinar seperti juga kulit air menjadikan sel terhidrat rambut juga begitu.
Sumber : www.sheknows.com
Saya juga pernah menulis pentingnya air dalam kehidupan dalam entri yang lepas, boleh baca jika berminat :
Kepentingan Air Kepada Manusia
Masih lagi culas nak minum air, kalau malas macam mana nak sihat kan. Jadi haruslah rajin demi menjaga tubuh badan kurniaan Allah ini.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →