7 Sebab Mengapa Susah Turun Berat Badan



"Ish tension betul la, penat diet penat senam tapi berat tak turun-turun jugak! Napa susah turun sangat ni..Rasa nak give up la ni...huhuhu"

Macam familiar tak situasi ni, mesti pernah rasa kan. Macam-macam sudah buat dan cuba tapi hasilnya tidak la seperti yang diharapkan. Berat badan susah turun walaupun sudah berdiet sudah bersenam duit pun sudah banyak labur beli ubat kurus, kecewa sangat rasa hati. La tahzan jangan bersedih hati, ini kecik punya hal hehe nasib kita di akhirat lagi penting. Mari kita cuba kaji mengapa susah turun berat badan. 

Menurut Naszrin Nasser salah seorang coach program JK1M anjuran Kevin Zahri ada 5 kunci untuk berjaya mana-mana program menurunkan berat badan:
1. Fikir dan tulis “why” anda bermula: 5 sebab anda nak turun berat badan. Minimum.
2. Tuliskan matlamat: Berapa kg? Berapa lama? (Realistik 0.5kg sehingga 2kg dalam seminggu)
3. Belajar ilmu yang betul: Cara pemakanan, teknik senaman.
4. Tindakan: Terus bermula, usaha 100%, konsisten, bertahan sehingga berjaya.
5. Accountable: Dapatkan coach atau rakan yang sama misi untuk pantau prestasi.
Ingin kurus memerlukan keinginan dan usaha yang berterusan berserta semangat yang kuat. Bukan senang kita hendak tinggalkan makanan kesukaan kita ataupun gaya hidup tetapi untuk mencapai target pengorbanan perlu dibuat. Jom kita kaji kenapa susah turun berat badan.

Minum Air Soda
Pepsi, Diet Coke, Sarsi sedap kan? Tetapi kandungan gula yang terdapat didalam air soda itu sedikit sebanyak menganggu usaha kita untuk kurus walaupun diet coke. Seeloknya jangan ambil air soda tetapi banyakkan minum air kosong. Sekali sekala mahu menghilangkan craving boleh tetapi janganlah dijadikan kebiasaan kerana kita akan mula mencipta alasan untuk minum contohnya hari ni kurang makan jadi ambil segelas air soda tidak mengapa. Biasa buat kan, kita cuba ubah dari air soda ke air kosong ataupun jus segar.

Tidak Bersarapan
Sarapan penting kerana ia merupakan makanan yang membekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisme kita. Badan tidak mendapat makanan sepanjang malam jadi sarapan merupakan sumber tenaga dan mengaktifkan kembali metabolisme. Untuk turunkan berat badan tidak boleh skip meal kerana ini akan menyebabkan metabolisme rendah apabila kita sentiasa makan badan akan sentiasa membakar makanan sekaligus meningkatkan metabolisme. Ha disini bukan bermaksud makan ikut suka hati, makan dengan cara yang betul untuk menurunkan berat badan.

Kurang Minum Air Kosong
Minum air kosong sebelum makan boleh membantu kita mengawal nafsu makan sekaligus buatkan kita cepat kenyang. Air juga sebagai pelincir dalam badan jika kurang air macam mana badan hendak buang lemak dan bakar lemak. Jadi rajin la minum air kosong lagipun air kosong 0 kalori tak perlu risau pertambahan intake kalori kalau minum banyak sekali pun. Cuba tips ini apabila rasa lapar ambil segelas air kosong sebelum mula menyelongkar peti air mencari makanan.

Kurang Bersenam
Bersenam untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan kerana kita membakar lemak dan menukarkan lemak menjadi otot. Apabila badan aktif lemak senang dibakar lagipun senaman kan bagus untuk kesihatan. Kalau tidak mahu ke gym pun masih banyak senaman yang boleh dibuat dirumah.

Cuba baca entri ini :  Senaman Untuk Kurus Dan Tampil Langsing Bergaya

Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Bak kata Kevin Zahri nasi tak salah tapi kena kawal pengambilan nasi, ambil sengengam nasi sahaja. Lagi bagus gantikan nasi putih dengan beras perang kerana kompleks karbohidrat akan membuatkan metabolisme meningkat dan menghasilkan tenaga yang lebih panjang. Contoh kompleks karbohidrat adalah beras perang, roti wholemeal dan oat. 

Cepat Mengalah
Ini lebih kepada motivasi diri, semangat jangan luntur sentiasa berusaha untuk mencapai target. Jika baru seminggu berusaha sudah mengalah manakan dapat hasilnya, badan baru nak adjust dengan rutin baru tetapi sudah berhenti lemak tidak akan terbakar la jawabnya. Jika baca kisah-kisah mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan di blog Kevin Zahri semuanya mengambil masa berbulan-bulan sebelum mereka mencapai target. Jadi jangan cepat mengalah kalau mereka boleh buat kita pun boleh. Malaysia boleh!

Detox 
Toksin kadangkala menghalang usaha penurunan berat badan, toksin berkumpul menyebabkan susah turun badan. Selalu juga kita lihat testimoni mereka yang ambil teh detox atau ubat detox kemudian berat turun berkilo-kilo kan, kerana apabila toksin sudah disingkirkan badan akan lebih mudah beroperasi. Ibarat sinki dapur yang tersumbat, air turun pun lambat lepas buang sampah sarap baru laju air turun bila kita basuh pinggan kan. Macam itu juga dengan badan kita apabila detox berkurangkan badan akan lebih mudah menerima nutrien daripada makanan yang kita makan dan secara tidak langsung badan akan lebih sihat.

Kredit : Kevin's BlogMySumber

Usaha tangga kejayaan, mari kita cuba bersama-sama. Saya juga dalam proses menurunkan berat badan ni lepas babies wean off badan pun mula naik. Percaya tak Breastfeeding memang boleh kurus? Betul :D


0 comment... add one now