Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat Supaya Boleh Pakai Baju Semasa Anak Dara





 Kurus Oh Kurus...Saya nak kurus...

Untuk anak dara haruslah hendak kurus, badan harus dijaga untuk keyakinan dan penampilan diri. Untuk mak dara lagilah hendak kurus terutama yang baru melahirkan, berat badan semasa mengandung perlu disingkirkan dengan segera. Lagipun geram kan hendak pakai baju semasa anak dara dulu walaupun sudah berkahwin dan bergelar ibu penampilan harus dijaga juga untuk diri sendiri dan tentulah untuk cik abang sayang. Insya allah saya cuba share tios yang saya dapat dengan korang semua sebab saya pun hendak kurus balik selepas kembar putus susu badan mula naik ni sungguh tidak best.

Tetapkan Matlamat
Tetapkan aim korang contohnya nak turun 10 kg atau nak pakai baju kebaya nyonya dalam masa 2 bulan. Tulis besar-besar tampal dekat tempat yang senang korang nampak ataupun buat wallpaper dekat handphone kalau mahu nak tampal. Semoga setiap kali nampak aim yang ditampal tadi semangat terus membara. Kalau ambil gambar sebelum pun bagus tampal sebelah dengan aim kita bagi membara lagi hendak kuruskan badan dengan cepat.

Makan Nasi Segenggam Sahaja
Nasi tu tak salah kita yang kena kawal makan dia, ambil segenggam sahaja setiap kali makan. Kalau boleh ambil complex carbs macam brown rice,kenapa? Complex carbs ini akan meningkatkan metabolisme dan memberikan kita tenaga yang lebih panjang daripada kita makan nasi biasa. Apabila kadar metabolisme meningkatkan dapat lah kuruskan badan dengan cepat.

Makan Dengan Kerap
Uih Bestnya bila nampak tips ni yer. Makan dengan kerap tidak bermakna makan selagi mahu, kerap makan tetapi amaun sedikit untuk mengawal nafsu makan.Makan 5 kali sehari iaitu sarapan (7 pagi), minum pagi(10 pagi), makan tengahari (1 tengahari), minum petang (4 petang) dan makan malam (7 malam) dan  sila pilih makanan korang yer, ambil makanan yang high fibre dan low sugar. Macam roti wholemeal, beras perang, daging tanpa lemak, ikan, sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Makan Snek
Ini juga bertujuan untuk kawal nafsu makan, ambil buah-buahan atau kekacang. Selalunya snek benda yang ringan sahaja bukan makanan berat, sesuatu yang untuk kunyah-kunyah sebelum waktu makan.

Minum Air Secukupnya
Air bantu melancarkan fungsi badan kita jadi jangan lupa minum air. Pastikan urin jernih dan bersih jika urin kuning maknanya badan tidak cukup air. Seeloknya minum air putih hendak minum air manis boleh tetapi sedikit sahaja kerana kandungan gula perlu dikawal jangan lupa. Kadangkala kita merasa lapar tetapi sebenarnya badan kita perlukan air, cuba setiap kali rasa lapar minum segelas air. Setiap kali sebelum makan, minum segelas air ini dapat elakkan kita makan berlebihan dan membuatkan kita cepat kenyang. Minum sebelum makan yer bukan masa makan berulam air, nanti kembung pulak.

Bersenam
Part ni memang ramai yang cuba elak, kalau tidak tak kan la ramai yang beli pil kurus kan. Bersenam itu perlu supaya lemak dapat ditukar menjadi otot jadi berat badan tidak mudah naik semula. Lagipun apa guna kurus tetapi semuanya lembik dan mengeleber kan.






 Buatlah sedikit senaman supaya metabolisme dapat diaktifkan dan ditingkatkan dan buat yang mudah-mudah dahulu nanti bila dan seronok bersenam buatlah yang lain pula. Kalau tidak suka berjogging buat brisk walk, kalau tidak suka pergi gym buat senaman dirumah jer macam-macam rutin ada yang boleh dibuat. Ini rutin yang saya dapat daripada page Kevin Zahri seorang instructor kempen Jom Kurus.




Nampak senang tetapi bila buat confirm berpeluh-peluh. Saya dan buat saya tahulah, ha nak kata saya tempek jer gambar tapi tak buat la tu. Bersenam itu perlu untuk meningkatkan metabolisme supaya dapat kuruskan badan dengan cepat. Ok la tak suka atau tak nak juga bersenam, cari aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti basuh kereta, mop rumah, main kejar-kejar dengan anak dekat taman, berkebun apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh kalau dah tak nak sangat bersenam. 





Pastikan ada Protein dan Serat Setiap Kali Makan
Protein itu penting sebab mengawal nafsu makan dan bekalkan tenaga sepanjang hari, pilih protein yang kurang berlemak macam ayam bahagian dada, daging batang pinang, ikan salmon dan selalunya semasa berdiet ini ramai yang cadangkan kurangkan ambil daging merah banyakkan daging putih. Serat juga penting kerana ia membuatkan kita rasa kenyang dan memudahkan proses penghadaman dan penyingkiran toksin. Jadi jangan lupa makan sayur yer dan buah.

Berhenti Makan Sebelum Kenyang
Rasulullah SAW pun sudah berpesan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kita akan merasa kenyang selepas 20 minit kita makan jadi kawallah nafsu makan tu yer. Itu yang paling susah sekali dalam proses menurunkan berat badan ni. KIta sentiasa lapar dan sentiasa rasa hendak makan. Ikut sunnah Rasulullah SAW insya allah boleh, sunnah itu ditinggalkan mesti bersebab dan mempunyai kebaikan kepada kita.

Sarapan Jangan Tinggal
Sarapan itu penting yer jangan ditinggalkan kerana badan sudah berehat sepanjang malam dan metabolisme sudah rendah jadi sarapan adalah untuk mengaktifkan balik kadar metabolisme. Nama "breakfast" tu sendiri sudah bermaksud berbuka puasa= break fast jadi jangan lah bagi badan kita berlapar lagi.

Jangan Ekstrem Sangat Berdiet
Jangan cutdown semua makanan secara mendadak kerana nanti semangat hendak kurus cepat hilang sebab rasa boring dengan makanan yang boleh dimakan. Ubah secara perlahan-lahan tetapi konsisten contohnya suka makan aiskrim hendak diet cuba cari aiskrim yang rendah lemak dan sugar dan kalau dulu suka makan mangkuk besar sekarang makan mangkuk kecik. Suka minum air soda cuba tukar minum air jus pula seeloknya fresh jus lah sebab yang ready made ni banyak gula juga. Bottom line jangan terlampau drastik dan ekstrem nanti takut bosan, bersederhana sahaja tetapi bukan perlahan. Kalau slow motion sangat bila nak kurus. Penting kurangkan gula dan garam dalam diet harian.

Lupakan Makanan Segera
Ini satu lagi susah hendak buat, siapa yang suka makan cikedes, fast food kenalah cuba lupakan atau kurangkan kerana makanan segera selalunya tinggi kandungan garam dan gula. Kalau bukan sebab hendak kurus pun untuk kesihatan memang tidak elok. Sekarang kan dah banyak resepi yang macam fast food contohnya nugget homemade macam rasa nugget McD banyaknya resepi tapi kena rajin lah yer. Nak kurus kan jadi jangan banyak alasan.

Berus Gigi Selepas Makan
Tips ni saya suka hehe gosok gigi selepas makan dapat mengurangkan rasa hendak makan. Lagi-lagi waktu malam, sebelum makan malam berus gigi siap flos dan kumur dengan listerin rasa hendak makan selalunya hilang.

Makan guna pinggan atau mangkuk kecik
Ini antara trick untuk mengawal nafsu makan, guna pinggan dan mangkuk yang kecil supaya size makanan kita pun kecil juga. Kalau keluar makan dengan kawan-kawan cuba ajak mereka berkongsi hidangan supaya size makanan kita jadi kecil dan menggunakan pinggan kecil untuk makan.

Katakan Tidak Kepada Makan Untuk Hilangkan Stress
Tabiat ini kalau ada pada korang sila buang kalau tidal susah nak kurus. Apabila rasa stress cuba buat benda lain untuk salurkan rasa stress tu contohnya dengar muzik ker, pergi berbual dengan kawan ker, pergi shopping ker, berzikir, buat solat sunat, baca al-quran ha kan banyak altenatif lain daripada makan. Nak makan jugak sila makan buah ataupun kekacang jangan makan coklat atau aiskrim. 

Detoks
Detoks ini penting seeloknya buat sebelum kita memulakan perjalanan menurunkan berat badan dan sentiasa buat. Detoks membuang toksin dalam badan dan ada sesetengah orang badan susah hendak turun sebab banyak toksin. Pelbagai cara dan makanan untuk detoks yang paling mudah pastikan sentiasa ada serat dalam makanan. Infused water juga boleh detoks sekarang tengah viral juga infused water ini macam-macam resepi ada. Hendak kurus dengan cepat dan selamat kenalah rajin. 



Tahu Keperluan Kalori
Ini susah skit nak praktis sebab tak nampak tapi kita kawal dari segi intake makanan. Bagi ibu menyusu kena ambil 500 extra kalori setiap hari berbanding orang lain jadi kena makan lebih sedikit tetapi tidak bermakna makan ikut suka. Kawal makanan yang mahu dimakan kerana menyusu sebenarnya membantu ibu mengurangkan berat badan tetapi ramai yang tidak berjaya malahan naik lagi berat badan kerana makan ikut suka atas alasan kena makan lebih untuk susu (saya salah seorangnya dahulu sekarang dah pandai). Betul kena makan lebih tetapi kena bijak pilih makanan dan kawal nafsu makan. Menyusu badan memang sentiasa lapar.

Ini Paling Penting BERSABAR
Sabar itu separuh daripada iman jadi kena bersabar untuk dapatkan impian anda. Hilang berat badan dalam masa yang singkat memang seronok tetapi senang juga hendak naik semula kalau tidak betul jaga. Selalunya memang naik balik lah sebab seronok sudah kurus jadi balas dendam makan ikut suka kemudian mengamuk berat naik sedangkan salah siapa. Apabila berat badan turun dengan betul secara semulajadi insya allah berat susah hendak naik semula tetapi tidak bermakna tidak perlukan maintenance. Masih perlu kalau tidak sia-sialah usaha selama ini kan.

Semoga tips-tips ini dapat membantu, jika ada yang salah saya minta maaf dan sila beritahu supaya saya dapat betulkan.

Ini ada senarai entri yang berkaitan, semoga dapat membantu :

15 Tips Mengawal Nafsu Nak Mengunyah, Kata Nak Kurus

Detoks? Penting ker?

Shaklee Shape Up Plan Sangat Terbaik

Tukarkan Lemak Kepada Otot Dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Cantik Mejelang Syawal

Sumber :
1. Kevinzahri.com

2. www.livestrong.com

3. www. webmd.com

4. www.health.com



0 comment... add one now