Suami Puji Tomyam Santan Salmon Ku


Salmon...ermmm tak tahu hendak masak apa, masak lemak cili api sudah pernah, masak black pepper pun sudah hendak masak asam pedas belum berapa pandai lagi. Masih belum dapat tune rasa yang betul lagi. Tetiba teringat tomyam santan lama tak makan, sedapnya. Muncul la idea hendak masak tomyam santan salmon, lantak la apa orang nak kata asalkan sedap dan boleh makan. Mula operasi selongkar barang-barang untuk masak tomyam nasib baik cukup bahan cuma sayur-sayuran takder cuma ada tomato dengan capsicum jer. Boleh la daripada takder langsung. Ok start masak.

Basuh ikan letak tepi, saya letak dalam peti ais bawah supaya tidak busuk takut banyak interuption lambat pula proses nak masak. Blender kelapa untuk dapatkan santan, ini saya belajar dari ibu mertua sebab saya selalu beli kelapa siap-siap simpan dalam freezer bila nak pakai baru defrost. Blender guna air panas supaya santan mudah keluar dan pekat. Jangan blender lama sangat sampai hancur kelapa tu sikit-sikit sudah dalam keadaan masih boleh diperah pakai tangan. Selepas blender, perah santan berapa yang hendak diguna selalunya kalau blender santan pekat sedikit daripada perah guna tangan. Santan letak tepi dulu, kupas bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. 

Mari mula memasak, tidak perlu tumis-tumis panaskan santan tadi masukkan serai,lengkuas, halia, cili api dan bawang putih. Petua yang jumpa untuk santan tidak pecah atau berkepala, gunakan sudip kayu dan biarkan sudip dalam periuk sudah cuba alhamdulillah menjadi. Apabila santan sudah mula panas dan bahan-bahan aroma yang kita masuk tadi sudah agak-agak meresap dalam santan masukkan kiub paste tomyam, yang ini nak guna kiub boleh nak guna paste pun boleh mana-mana yang suka. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Bawang besar tadi dipotong empat, tomato dan capsicum juga dipotong. Setelah kuah mendidih masukkan ikan salmon biarkan masak seketika, kemudian masukkan bawang dan capsicum serta sos ikan. Sos ikan ni masin dan kuat rasanya jadi agak-agak bila guna, masuk sedikit dulu rasa tak ok masukkan lagi. Saya guna tak banyak dalam setengah sudu jer sebab masak pun tak banyak. Kacau sebati dan letak garam, rasa dan baiki mana yang kurang. Akhir sekali bila ikan sudah masak masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan mendidih dalam 30 saat ke seminit tutup api. Siap dah!


Tomyam Santan Salmon
1 filet ikan salmon (2 orang makan)
1/2 biji kelapa 
(Ambil santan dalam 2 cawan atau lebih, kalau nak kuah banyak lebihkan santan)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
2 batang serai
3 ulas bawang putih 
1 ulas bawang besar
7 biji cili api 
(Bergantung pedas mana yang mahu, nak lagi pedas tambah lagi)
2 kiub tomyam
(Kalau rasa 2 kiub tak cukup kick tambah lagi 1 kiub. Kalau nak campur kiub dengan paste tomyam pun boleh)
Sos ikan
Garam
Daun limau purut
Tomato
Capsicum
(Kalau nak tambah sayur-sayuran yang lain dipersilakan. Tambah cendawan tiram pun sedap)
 
*Nota : Sayur-sayuran akan buatkan santan menjadi cair jadi kalau nak kuah pekat pastikan santan tu pekat jangan letak banyak air.

 Inilah resepi tidak seberapa saya, masak ikut tekak jer. Saya tak perah limau sebab rasa masam dari kiub tu sudah cukup kalau hendak tambah pun boleh, macam saya beritahu tadi ikut tekak. Nanti nak masak Kari Salmon pulak hehehe.

Part yang paling best suami puji sedap wuhuuuu, melompat ke bintang rasanya. Boleh macam dengan mee, spagetti dan macaroni ikut suka lah sebab sayang kuah tomyam kalau tidak dihirup betul tak? Makan tomyam kuah wajib hirup barulah nikmat. Ok la terima kasih kerana membaca.

Selamat berhujung minggu.
 

0 comment... add one now